Skip to main content

Artis datang rumah lagi!

Alhamdulillah...malam tadi seramai 15 orang team produksi drama Kau yang terindah termasuk pengarahnya Erma Fatima,pelakon Aqasha,Neelofa,Johan Asaari,Nazim Othman dan Hafil(pelakon Indonesia) telah datang bertandang untuk makan malam di Wisma GISB Mekah. Depa datang ni untuk shooting,sekaligus mengerjakan umrah.

Pertemuan malam tadi tu boleh disebut sebagai jejak kasih jugakla diantara Erma Fatima dan Ummu setelah berapa tahun terpisah. Erma ni dulu pernah datang jumpa Abuya dan dah pun jadi anak angkat Abuya. Tak sangka sampai sekarang dia masih ingat dengan kami sekeluarga.

Cerita nak terjumpa tu ialah bila ketua rombongan umrah iaitu Datuk Lajim Ukin (Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan) bersama keluarga telah datang ke Chalet Nur Mohd untuk lawatan dan sarapan. Beliau berpuas hati dengan layanan dan persembahan yang diberikan. Datuk Lajim sampaikan untuk membawa semua rombongannya ke chalet termasuk para artis dan team produksi.

Menurut Erma Fatima,mula-mula sampai di chalet dia tertanya-tanya syarikat melayu mana yang mampu untuk buka projek besar di Mekah ni? Sebab semua orang pun tau bukan mudah nak buka projek disini. Sembang punya sembang barulah dia tau ini ialah projek GISB milik Abuya. Terkejutlah sangat sebab tak sangka nak jumpa kat sini. Hebat Tuhan yang mentakdirkan pertemuan ini. Sempat juga mereka shooting di Chalet Nur Mohd ini dengan Adib dan Ajwad telah terpilih menjadi pelakon extra. Hehe..

Setelah itu Ummu pun mengundang mereka untuk malam dirumah pada malam tadi. Riuh rendahlah rumah dibuatnya. Sungguh meriah. Sempat juga mereka melihat tayangan Tvrsa dan melawat keseluruh rumah. Sepanjang makan asyiklah depa memuji kesedapan makanan yang dimasak oleh Chef Azam. Maklumlah dah lama tak dapat makanan melayu.

Sebelum balik tu Erma dan Aqasha dijemput untuk berucap. Mereka sampaikan rasa terima kasih terhadap sambutan dan layanan yang diberikan. Mereka doakan semoga perjuangan ini dapat diteruskan dan segala impian Tuhan tunaikan insyAllah.

Kadang-kadang rasa rumah ni pun dah jadi macam satu tempat lawatan bila orang pergi umrah. Sebab memang tak putus-putus tetamu jemaah umrah datang. Sesuailah dengan rumah ini yang kami panggil sebagai Istana Rasulullah. Kenapa? Sebab orang datang sini mencari nabi mereka tapi tidak berjumpa. Sudahlah makam nabi susah sekali untuk dilihat apa lagi nak berdoa,rumah kelahirannya pun habis dirantai. Mudah-mudahan tetamu yang datang ke Istana Rasulullah ini setidaknya merasa kalau nabi kita sedang sangat ada di kampungnya ini..

Comments

Ayuni Sara said…
rahmat Tuhan sentiasa melimpah2..

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a