Skip to main content

Minggu gila!

Minggu yang gila! Minggu yang gila atau akukah yang gila? Ok.. Gila yang aku dan kita semua maksudkan dizaman ini tidak lagi berbentuk negatif.
" ayah aku hensem gila..! "
" mak aku sporting gila..! "
" anak kau comel gila..! "
Ok..dah tentulah kita sama sekali tidak memaksudkan bahawa keluarga kita gila. Kan? Gila sekarang ni lebih kepada hal yang positif bilamana kita nak gambarkan sesuatu itu dengan bersangatan. Bukanlah kita ada habit suka nak mencarut ye.. Dan gila yang kita beberkan ini tidaklah hingga membawa ke Tanjung Rambutan. Tapi adik-adik aku dulu waktu masih kecik,comot dan masam ketika sekolah rendah,suka sangat guna ayat macamni..
" cikgu kami baik gila macam setan "
Ok. Yang ni aku rasa keterlaluan.

Panjang bebelan aku diatas hanya untuk buat intro bagi menceritakan perihal minggu yang sibuk. Selain mat'am yang dah kembali sibuk dengan katering untuk jemaah haji,kami juga baru buka warung burger dan masak panas. Bukan main lagi kau bukak warung kat Mekah. Ini adalah satu bukti bahawa orang Malaysia tidak hanya pandai makan makanan yang sejuk. Sebab kawan arab kat sini suka bising sebab dia kata kita suka hidang makanan sejuk. Bukannya sejuk beku macam peti ais tu pun. Cuma tak cukup panas buat mereka. Ha.. Ni dah siap ada warung masakan panas lagi!

Dengan adanya warung ini maka bertambah kuranglah lagi rinduku pada (makanan) Malaysia. Mabruk untuk Encik Rizal bersama skill memasaknya yang telah berjaya membuatkan perut melayu kami kembali segar. Kalau tak sebelum ni dah layu bila setiap malam kena makan syawarma jubun (keju). Kita ni orang Kg Temalang. Mana pergi pun cari rebung. Jadi kalau nak sogok dengan keju,syawarma,nasi mandi dan sejenis tu selalu sangat boleh lemau. Huhu..

Aku dengan makanan memanglah tidak boleh dipisahkan. Maka aku pun secara sukarela melantik diri sendiri jadi pengurus tak rasmi kepada warung ni. Tiap hari kena beli barang,siap bahan,ambil order,hantar makanan.. Walaupun warung namun tetap disediakan khidmat delivery secara percuma. Setiap malam kami tidur dengan bau bawang kekal dibadan. Moga bawang tu nanti sudilah nak jadi saksi diakhirat sebab kami niatkan semuanya untuk islam. Tolonglah kami bawang ye..

Diwarung ini juga tersedia ayam broast. Biasa kita panggil ayam KFC. Padahal bukan KFC punya pun. Macamtulah kita.. Nak makan MAGGI. Padahal kadang jenamanya indomi. Tolong belikan COLGATE. Sedangkan yang kita maksudkan ialah ubat gigi paling murah yang namanya Sugi dan bukannya COLGATE yang mahal tu. Ok sambung balik pasal ayam broast tu. Kat sini orang panggil ayam broast. Kalau kita pergi kedai dan mintak ayam KFC,maka tuan kedai akan suruh kita keluar dan cari kedai KFC. Jadi kalau nak order kena cakap,nak ayam broast. Tau? Tapi resepi yang kami buat ni ialah ARI. Ayam rangup Ikhwan. Memang ada resepi khasnya. Sedap insyAllah. Untuk ARI ni aku dengan anak-anak muridku yang rajin tulah yang akan siapkan bahan,kemudian hantar ke mat'am untuk digoreng oleh Abg Faah dan Ghazi. Sumpah! Aku tak yakin langsung nak suruh depa goreng. Aku rasa nak goreng sendiri je. Tapi kerana kita perlu lahirkan pelapis dan belajar untuk beri kepercayaan kepada orang,sepertilah kita diberi kepercayaan oleh orang,maka aku lepaskan ayam itu ke tangan mereka. Setakat ni alhamdulillah. Reject sikit-sikit tu biasalahkan. Walaupun mungkin depa saja rejectkan supaya dapat makan. Ok tak boleh sangka buruk.

Meriah..alhamdulillah tambah meriah.. Sampai tak cukup tangan,tak cukup tidur,tak cukup makan. Tapi hati lapang. Lapang sebab masih ada sebab untuk tidak melepek tanpa sebarang kerja. Kelas bahasa arab jalan macam biasa. Kami dah memasuki fasa belajar bahasa arab dengan ayat quran. Rasa menarik dan indah sangat. Sungguh quran membuatkan jiwa kita subur dan hidup untuk menghidupkan alquran.

Kepada korang yang setia membaca blog picisan ini,aku ucapkan terima kasih. Yang menyampah,tapi terus sudi untuk singgah pun aku ucapkan terima kasih. Kita hidup ni tidak hanya memerlukan orang yang menyayangi kita saja,tapi orang yang benci pun turut kita perlukan untuk kita kekal merasa nilai diri kita hanyalah manusia yang hina. Ok..saling doa mendoakan ye..

P/s: Demi Allah aku sedih gila tak dapat tempek gambar suasana warung..

Comments

Anonymous said…
askm. Ni hamzah. Slmt berjuang u islam. Hanya doa yg bisa sy bantu. Moga2 RSA selalu menjaga khaulah.
Anonymous said…
Seronok dengar suasana d sana. D proses jasad dan roh.

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b