Skip to main content

Menanti pasti

Masih didalam mood haji yang sedang segar dikota suci ini. Sambutan Aidil Adha tahun ini jadi cukup berbeza dari tahun sebelumnya. Selain kerana berkesempatan merayakannya dipusat berlakunya sejarah pengorbanan agung itu,pengalaman melaksanakan latihan haji juga jadi cukup berharga. Ikut berwukuf setelah zohor dan berjalan ke Muzdalifah seterusnya ke Mina ditengah malam menuju subuh. Melakukan lontaran aqabah dan bertahallul setelahnya. Disambung pada hari-hari melontar berikutnya. Terima kasih Tuhan..

Ceria dalam cemas
Dikesempatan ini diucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua muslimin dan muslimat terutamanya bagi pembaca blogku ini yang masih setia. Maaf zahir batin dipinta atas segala keterlanjuran kata andai pernah mengguris jiwa. Semoga aidil adha memasukkan semangat pengorbanan yang dilakukan oleh Saidina Ibrahim dan keluarga. Sungguh cinta tidak terbukti hanya dengan kata. Sebaliknya pengorbananlah yang akan membuktikannya. Jadilah kita hamba yang kekal menghambakan diri kepada Tuhan. Bersetujulah dengan semuanya yang ditakdirkan.

Geram sebab tak sempat bergambar reramai
Bibik istana
Tahun ini yang merupakan haji akbar mendorong para pencinta kebenaran dari seluruh pelusuk dunia untuk berkumpul menunggu apa yang Tuhan janjikan. Kelahiran seorang pemimpin yang telah disabdakan sejak 1500 tahun yang lalu. Dialah Imamul Mahdi. Padanyalah keselamatan seisi alam. Janji Allah itu pasti. Hanya waktunya yang masih menjadi rahsia Tuhan. Betapa hati-hati terlalu mengharapkan agar Tuhan segerakan kedatangannya itu. Namun sebagai hamba,kita akur jika Tuhan belum mahu melakukannya lagi. Bukankah Tuhan maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya?

Salam dari Ajibah Mubarakah
Disaat perasaan penuh debar menanti..pernahkah kita tanyakan pada diri..Apakah perasaan cemas dan harap pada Tuhan ini sudah menyamai perasaan pengikut Nabi Ibrahim ketika Baginda sedang didalam api yang dibakar Namrud? Atau..seperti pengikut Nabi Musa ketika diburu Firaun dibelakang dan didepannya adalah lautan? Selamatkah? Menangkah? Bagaimana ya perasaan mereka dikala itu? Disaat nasib agama Tuhan ini benar-benar sudah seperti telur dihujung tanduk. Hanya menanti saat gugur. Pergantungan diwaktu itu terlalu solid..hanya kepada Tuhan.


Andai perasaan kita kepada Tuhan belum sama dengan rasa hati para kekasih Tuhan dan pengikutnya disaat genting itu,maka..akurlah dengan keputusan Tuhan yang belum memberikan kemenangan kemuncak itu. Bukankah kita hamba? Hamba tidak akan pernah persoalkan apa yang Tuhan lakukan. Hamba akan menerima saja. Jika belum berlaku hari ini,hamba akan tetap menunggu janji Tuhan itu hingga kehujung nyawa. Kerana penantian itu sesaat pun tidak rugi jika ia akan membawa kita semakin dekat dengan Tuhan.

Cahaya kebenaran pasti kembali
 

Comments

Anonymous said…
MasyaALLLAH ...
pertemuan Muhajirin Anshar adalah sebuah energy Maha Dahsyat 'sesungguhnya bagi mereka yang bersabar ALLAH SWT akan memberikan balasan tanpa HisabQS
mereka menanti KEBENARAN dan diuji silihberganti ubtuk meneguhkan Keyakinannya akan nsebuah Qalam Suci Baginda teramatmulia Rasulullah Muhammad SAW ketahuilah tak ada yang sia sia melainkan Ketaqwaan Hati....
Ketaqwaan Hati kalian menyuburkan bumi hati para muslimin sehingga mereka berlumba lumba mencari Pijar Cahaya Kebenaran

Shollu a'la Nabi SAW....

Duhai Insan Mulia Cahaya segala Cahaya Rasulullah Muhammad SAW
...tak ada asbab kejadian Pembaharu dalam setiap siklus Kehidupan kecuali Engakau yaa Mustafa

Rasulullah Muhammad SAW Namamu SAW terdengar nyaring bersahutan di langit semesta alam ...
membangunkan dan tak ada lagi kematian sesudahnya kecuali Hidupnya cakrawala Hati Qalbi Salim
tak ada kekuatan yang sanggup menahan Terbitnya Sang Fajar

Makkah Madinah
Muhajirin Anshar
Ikhwan Asoib
Seruan yang membangunkan tidur Ashabul Khafi
Bangkitlah Sempurna Kejadian hingga ditiupkan RUH maka Hidup

ukuran sebuah Perjuangan adalah Ukhuwah, derajat ikatan ukhuwah adalah penundukkan diri dan tiada penundukkan diri kecuali pengorbanan
Maukah ku beritahu tentang perniagaan yng tak ada kerugian didalamnya, bawalah harta anak isteri yang kalian cintai untuk ditukarkan dengan Iman
SubhanaALLAH MasyaALLAH

Shalawat salam bagi junjungan Teramat Mulia Rasulullah MuhammadSAW Keluaraga Ahlul Bait Para Sahabat Mulia dan Kekasihnya Ikhwan Asoib Akhir Zaman

Al Fatihah bagi Guru Yang Mulia
Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi
insan yang mengorbankan seluruh Hidup dan Kehidupannya hingga ke Akhir Perjuangan hanya untuk Kekasih Teragung Rasulullah Muhammad SAW demi Keyakinan akan Kehendak ILLAHI....
Yaa RABBI muliakanlah Orangtua dan Guru kami keluarga Generasi Penerusnya serta Kekasih dan seluruh murid yang senantiasa tetap berjuang dalam terpaan gelombang dunia yang menghanyutkan
Atas Rahmat ALLAH SWT Syafaat Rasulullah MuhammadSAW serta keberkahan Keyakinan Abuya maka satukanlah perbendaharaan yang terserak ikatlah dalam ikatan Shalawat Rasulullah Muhammad SAW
Ukhuwah Ikhwan Asoib
sebagai Buah kesabaran dalam Penantin
ampunilah kami Yaa ALLAH amiin amiin amiin

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b