Skip to main content

Bukan tengok mulut..

Ada orang cakap banyak tapi tak buat. Ada pulak yang mulut senyap tapi kerja jalan. Macam-macamlah jenis manusia yang Tuhan jadikan.

Bila seorang anak dara ditanya,setuju tak untuk dinikahkan? Gadis itu pun tunduk,diam dan sedikit tersenyum dihujung bibirnya. Diamnya anak dara itu bermakna setuju. Assukut 'alamatur redha,kata orang arab. Diam itu tanda setuju. Jadi anak dara tadi tu tak payah cakap,aku setuju..cukup dengan diam dan tersenyum saja pun,mak ayah tau dah yang anaknya itu setuju. Taat jelah dengan percaturan mak ayah hinggalah selamat dinikahkan.

Ada seorang lagi anak dara,ditanyakan apakah dia setuju untuk berkahwin. Dia pun cakap,saya setuju...saya ikut je mak ayah. Saya taat setaatnya. Saya sayang mak ayah dan yakin dengan percaturan mak ayah untuk nikahkan saya. Mak ayah pun gembira. Tapi bila esok tok kadi dah datang,tetamu dah penuh rumah,tengok-tengok si anak tiada dalam biliknya. Rupanya dah lari dari rumah kerana dia tak setuju untuk berkahwin. Padahal haritu mulut beria cakap dah setuju,nak taat dengan mak ayah. Maka ternafilah kata-kata yang keluar dari mulutnya dek kerana perbuatannya itu.

Namun yang hairannya,bila ada orang berjumpa dengan si anak yang lari dari rumah tadi tu,dia akan cakap,saya setuju dengan mak ayah..saya sayang mak ayah..siapa kata saya tak taat kat mak ayah? Terhairan-hairanlah orang dibuatnya. Katanya sayang,taat kat mak ayah. Tapi sanggup lari dari rumah,malukan mak ayah didepan ramai orang dihari yang sepatutnya dia dinikahkan. Boleh pakai ke kata-kata taat dan sayang dari mulut si anak tadi?

Tapi ada juga yang kurang cerdik,tak reti nak menilai. Boleh pula disalahkan mak ayah tadi. Anak kamu tu baik..dia kata sayang dengan mak ayahnya..dia taat..kenapa kamu buang dia dari rumah?

Dari kisah ni ada beberapa hal yang boleh diambil perhatian.
Pertamanya,ketaatan itu bukan dimulut,tapi perlu pembuktian. Mulut saja bercakap taat,kalau tanpa bukti,tiada gunanya.
Keduanya,penolakan tidak semestinya dilakukan dengan kata-kata,tetapi tindakanlah yang menjadi kayu ukur. Kalau mulut tidak menolak,tapi sikapnya jelas menolak,itu sudah cukup untuk menafikan kata-katanya.
Ada orang kata taat,tapi perbuatannya tidak melambangkan ketaatan.
Ada pula yang tidak bercakap banyak,namun dapat dilihat melalui tindakannya..

Comments

Anonymous said…
Nak gelak tapi sedih. Sedih tapi nak gelak. Satu perumpamaan yg rasanya tak pernah berlaku tapi berlaku dalam hal lain.

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b