Skip to main content

Bicara dari kasur

Menjelang tidur ternyata saat terindah mengenang suka duka kehidupan yang dilalui. Sedih gembira..keduanya menguras airmata. Airmata ternyata peneman paling setia mendodoikan hingga terlena.

Sesekali dari kasurku ini ku jenguk kebawah. Semuanya sudah lena dibuai mimpi. Sedang aku masih berbicara sendiri didalam hati. Saban malam mereka lebih enak melepas lelah ditilam usang berwarna merah. Membiarkanku ke sendiri menikmati tilam empuk yang hanya aku merasakan indahnya,kata mereka.

Aku telusuri semuanya yang telah Tuhan aturkan didalam perjalanan yang terasa singkat..namun kadang terasa sudah begitu lama.. Indahnya warna yang Tuhan lakarkan dikanvas putih hidupku ini. Penuh warna warni. Sesekali dilihat rona hitam bagai menguasai. Namun bukankah hitam itu menawan hati?

Maha bijaknya kuasa tertinggi yang mentakdirkan semua ini. Yang telah turut mengurniakan kebijakan kepada setiap hati. Boleh saja menelan kepahitan sebagai ubat. Bahkan terasa gusar jika hanya kemanisan yang dihampar.

Siapa yang mampu atau dimampukan untuk melihat kehidupan dari sisi yang berbagai-bagai..sungguh sangat beruntung. Bagai pelangi yang hadir setelah hujan. Begitulah mekar senyuman dibalik tangisan. Andai hujan syarat datangnya pelangi,tidakkah hujan akan sangat dihargai? Tidak mengapa sedikit menanti kerana hujungnya indah..pasti..

Jangan pernah takut dengan hujan.. Ia bahkan penyiram kekeringan. Penyubur kegersangan.. Bukankah ia rahmat dari Tuhan?

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum
Bicara anda tersirat makna yang mendalam untuk dijadikan renungan.
Anonymous said…
Salam ziarah..:)




http://abuyaidol.blogspot.com
Anonymous said…
semoga tuhanku merahmatimu...tahniah buat bonda ummu diatas segalanya..

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....