Skip to main content

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah.

Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah.

Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula bila kita dok beli kuda dari salah seorang kawannya. Mulanya memang segan nak jengah ke stable kuda Sidi Hisyam ni sebab katanya itu tempat lepak kerabat diraja. Tapi takdir Tuhan akhirnya menemukan kami. Setelah melihat kuda-kuda miliknya,kami pun telah membeli seekor kuda betina arab yang sedang bunting bersama anaknya yang berusia 2bulan. Elok pula Sidi Hisyam telah menjual murah kuda itu dan mengizinkan untuk dibayar secara ansur selama 10bulan. Kuda yang nama asalnya Black Lily itu kini telah pun berada di stable kuda Chalet Nur Mohd dengan nama baru,Puteri Bilal bersama anaknya Mohd Zulfaqar yang kami panggil Mat. Tak komersial langsung!

Bukan mudah sebenarnya syarikat asing lebih-lebih lagi orang melayu untuk bertapak di Saudi ni. Sudahlah urusannya serba serbi rumit,ditambah pula dengan kewujudan industri penipu terbesar didunia yang semua orang pun tau sangat kuat disini. Kalaulah Tuhan tidak menghadiahkan kami dengan orang-orang tempatan yang sudah seperti keluarga,sudah tentu nasib kami akan sama dengan syarikat-syarikat melayu sebelum ini yang banyak dikhianati partner sendiri. Yaallah..lindungilah kami dari kejahatan musuh. Tuhan datangkan Naif sebagai penjamin,Muhandis Salim owner rumah yang budiman,Dr Saad,Sidi Hisyam dan lain-lain untuk ikut membantu Global Ikhwan membesarkan projek-projeknya disini. Kita yakin dikampung Allah dan Rasul ini segala keajaiban akan tercurah buat mereka yang benar-benar menjadikan Tuhan sebagai modal utama dalam kehidupan.

Balik pada cerita Sidi Hisyam tadi. Sewaktu perasmian stable kuda di Chalet Nur Mohd bulan lepas,beliau telah sudi mencemar duli untuk merasmikan. Bila dibawa melihat kuda-kuda yang ada,beliau terkejut bila tengok kuda Sultanah yang merupakan kebanggaan kawannya telah pun kita beli. Malah Puteri Bilal kesayangannya pun sudah kita dapatkan. Kuda telah menjadi penghubung kami dengan orang-orang besar di Saudi.

Oklah..cerita panjang sangat dah. Layanlah gambar-gambar pulak. Sori gambar tak tersusun. Tak sempat nak buat skrip..

Comments

Anonymous said…
Mudah-mudahan aku dapat peluang jenguk stable Sidi Hisham ni...

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...