Skip to main content

Hudud di Masjid Qisas


Semalam angkut adik-adik ke Jeddah untuk beli barang butik yang dah banyak habis. Dalam keadaan berhimpit dengan makanan yang perlu dihantar ke airport,kami gagahkan diri jugalah. Bukan senang nak dapat keluar ramai-ramai macam ni.



Akibat diharamkan memandu di Saudi ni,kalau ke Jeddah selalulah sangat sesat. Sebab driver yang bawak memang tak jenis nak tanya jalan kat orang. Harapkan aku yang dah banyak kali pergi tapi tetap dungu jalan sebab kononnya tak pernah drive. Tapi semalam taklah sesat teruk sangat,agak lancar juga Alhamdulillah..





Lepas melalui saat-saat getir bila tak dibenarkan masuk ke airport(terminal hajj),akhirnya misi hantar makanan terlaksana jua. Aku sepanjang keliling banyak negara kat dunia ni memang tak pernah jumpa satu pun airport yang tak bagi orang masuk kecuali sapa yang nak naik flight sahaja. Dimana logiknya? Bukan ke airport ialah tempat terakhir untuk kita berpisah dan melambaikan tangan kepada mereka yang nak musafir? Sungguh tak faham! Tapi sebab malas nak bergaduh dengan puak yang memang takkan nak kalah punya,aku rela beralah. Beralah bulan bererti kalah. Huhuhu..



Bila dah masuk asar,kami cari masjid dan berhenti solat di Masjid Qisas. Bagi yang belum tahu,Masjid Qisas ini adalah tempat dilaksanakan hukum hudud yang diguna pakai oleh kerajaan Saudi. Setiap lepas solat jumaat,pesalah akan dibawa ke sini dan akan dijalankan hukuman keatas mereka. Bayangkan..anda akan dapat lihat manusia dipenggal kepalanya,dipotong tangannya disini. Seram sejuk. Ambulan yang berderet bukan hanya untuk bawa pesalah yang dihukum,tapi juga untuk penonton yang pengsan,pitam,sawan,meracau dan sebagainya. Dah tau tak kuat tapi gagah nak tengok. Ish..ish..





Hukum hudud ni memang ada didalam syariat islam. Ayahanda saya juga ada menulis buku tentangnya (www.kawansejati.org) Malah dizaman kegemilangan islam dahulu memang hukum hudud ini yang diguna pakai. Tapi perlaksanaannya tidak mudah. Tuhan mengenakan syarat yang cukup ketat. Ia mesti dijalankan bila rakyat semua dah dikenalkan Tuhan,diberi ilmu tentang Tuhan yang cukup,dididik dengan sistem dan cara hidup islam,dan bila bersalah juga barulah hudud dikenakan. Sebelum dihukum,pesalah diajak bertaubat,muhasabah dan menginsafi diri,memohon sebanyaknya kepada Tuhan agar diampunkan dan dilepaskan dari hukuman diakhirat. Biarlah ketika dihukum,mereka didalam keadaan sudah ditaubatkan dan cukup bersedia untuk bertemu Tuhan. Zalimlah kalau kita sibuk untuk menghukum tapi tidak pun memberikan kesedaran yang baik sebelumnya. Bukankah kita juga mahukan kesudahan yang indah iaitu husnul khatimah..



Jika semua perkara diatas belum pun dilakukan,rasanya hudud tidaklah akan memberikan kebaikan. Kejahatan tetap merata dimana-mana. Manusia tidak pun takut untuk berbuat dosa kerana merasa Tuhan sedang sangat melihatnya,sebaliknya hanya menambah derhaka. Jadilah hudud hanya hukuman lahiriah yang dibuat konon atas nama islam sedangkan yang melaksanakannya pun belum cukup kenal,cinta dan takutkan Tuhan. Maka hudud yang dijalankan tidak pun menjamin mereka untuk terlepas dari hukuman Allah diakhirat sana.



Berlaku waktu aku masih menuntut di Jordan.. Ada seorang budak perempuan melayu lari kerumah kami di Amman( dia tinggal dinegeri lain) untuk menyelamatkan diri dari hukuman hudud iaitu dia akan direjam. Waktu dengar cerita dia tu kami macam,eh dia ni bergurau ke apa. Tapi bila melihat kesungguhannya siap merayu memohon simpati,kami percaya jelah walaupun rasa macam kelakar pun ada. Tak lama tu ada seseorang yang call aku dan marah sebab kami memberikan perlindungan untuk pesalah yang layak untuk direjam. Dan orang misteri itu telah mengugut kami untuk tidak masuk campur dalam hal ini. Tapi disebabkan aku tak yakin yang pihak itu mampu untuk melaksanakan rejam dinegara yang orang tak pakai sistem hudud ni,silap haribulan depa yang akan direjam balik,jadi aku abaikan saja. Dan memang pun lepastu dia tak hubungi aku lagi setelah aku pulak yang ugut dia entah apa yang aku cakap dah lupa!



Bila islam kembali gemilang,masyarakat sangat mencintai Tuhan dan berkasih sayang sesama,manusia akan sangat takut untuk berbuat dosa. Jika bersalah,mereka sendiri akan menyerah diri dengan perasaan sangat takutkan neraka Allah dan sanggup dihukum didunia daripada dihukum diakhirat sana..


Comments

Anonymous said…
Alhamdulillah... Terima kasih atas perkongsian. Post Khaulah agak panjang juga skrg...
:-) mood rajin sedang meriah..
kittyLady84 said…
salam olah sayang.hajar here...alhamdulillah,i finally found you here...lama olah menyepi.i read everything u jot down.it's really touch my heart so deeply and so many thing that i don't even know it.feel free to contact me at kittylady84@gmail.com,send me ur contact number and i'll call you.i miss you,really.
Love.

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b