Skip to main content

Suatu ketika dulu..musim panas yang indah


Tahun pertama aku ke Jordan memang batak gila dengan winter/syita'/musim sejuk. Bila masuk musim luruh,sibuk aku mengitung berapa hari lagi nak winter pulak. Angin musim luruh tu memang sangatlah aku nikmati terasa tiba-tiba akan turun salji. Ok jakun. 
Sampai pernah bila aku balik cuti ke kampung siap nangis lagi sebab konon tak biasa dengan cuaca panas lembab + nyamuk Kg Temalang. Huh! Lupa diri. 
Tapi bila masuk tahun ke 9-10 aku kat oversea,aku dah mula rimas dengan musim sejuk. Asiklah nak terkencing. Pastu habis sakit semua tulang aku. Sebab dulu-dulu cinta sangat kat winter sampai sanggup tahan tak pakai baju tebal,mandi tu sampai biru,dalam rumah boleh pakai tshirt lengan pendek lagi. La ni aku lebih suka menikmati summer. Oh matahariku. Aku dah jadi macam orang arab yang tunggu sangat musim panas datang untuk dapat kerap berehlah,malam-malam boleh bbq tepi highway atau mana-mana port yang ada rumput hijau walaupun hanya sekangkang ayam sahaja. Aku rasa lagi bebas tak payah nak pakai sweater bagai,mafla,glove dan lain-lain. Sedangkan adik-adikku yang masih baru itu sangatlah teruja dengan kesejukan dan salji. Apatah lagi anak sedaraku Dhirar yang kelihatan agak jakun tapi cover taknak ngaku.

Tapi dan tapi.. Walaupun aku dah mula mencintai summer,aku taklah maksudkan summer macam kat Saudi ni! Waaaaa... 50 darjah celcius kau. Kalau musim panas kat Jordan bolehlah tahan lagi. Cuaca panas tapi angin dia sejuk. Tapi kat sini,grrrgggrr.. Lagilah kami warga padang pasir ni duduk kat chalet. Dari bilik nak ke dapur tu open tanpa bumbung. Kaki rasa macam memang dalam api. Kalau gagah redah jugak tanpa selipar,maka akan menjeritlah barang 5-10 minit. Ha..tak ke seksa tu. Sidai baju sesaat je dah kering. Pukul 7 pagi matahari dah mula tinggi. Muka kami dah macam zebra berbelang-belang. Adui..ini baru permulaan. Dekat dengan Ramadhan nanti lagi panas memuncak. Malas nak bayangkan. Matahari..sudilah bersimpati dengan kami..
Orang arab sini memang selamba gila je tak puasa tu. Sebab tak tahan sangat panas katanya,relaks je minum depan orang. Kat masjid Nabi lak tuh. Innalillah..

Bila panas dah parah macam ni,kita hanya mampu terbayang kepanasan padang mahsyar dan api neraka nanti. Dipadang mahsyar kita dihimpunkan,matahari hanya sejengkal diatas kepala. Oh Tuhan.. Otak menggelegak.
Neraka lebih dahsyat lagi. Kepanasan didunia hanya setitik kalau nak dibandingkan dengan kepanasan disana. Takutnya..

Comments

Iejah Normateen said…
wah,dh berubah la ghupe blog k.olah..
comel gila la pulk..
lawak ah k.olah ni,sakit perut gelak.
org arab pn xpuase ke,lorh...
Iejah Normateen said…
wah,dah berubah wajah la blog k.olah..
lebih comel cz ade PINK >.<
haha,lawak a k.olah ni..
lorh,org arab xpuasa ke..pelik kot =.=

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...