Skip to main content

Bersusah-susah didunia..

Terkebil-kebil mata orang Saudi tengok wanita-wanita kat Chalet NM ni kerja dah macam orang lelaki. Pagi-pagi lepas subuh tadi kami ber6 dah tercongok kat luar buat kerja buruh kasar. Angkut pasir dari padang pasir(sedangkan memang semuanya padang pasir) lepastu sorong pakai kereta sorong,tonggengkan dan ratakan. Kawasan yang dulunya tapak khemah kini nak dijadikan tempat parking kereta. Dalam masa yang sama aku tolong Abg Faah bagi unta makan. Sejak pekerja Sudan yang tengok unta ni benti,aku rasa macam nak masuk unit unta lah pulak. Sebab unta ni senang bawak bincang,dia takde nak agresif sangat. Slow motion je. Jalan pun kedek-kedek. Itu yang syair kuno arab dulu sering menyamakan wanita cantik itu jalannya macam unta. Tergedik-gedik. Aku jalan macam kambing kot. Sebab tak masuk kategori wanita cantik.

Pagi tadi Hamdan(unta jantan paling besar) sakit perut rasanya. Dah sua makanan kat mulut pun dia tak respon. Jenuh aku jolok badan dia supaya dia duduk. Sebab sakit tu dia baring je. Kalau sihat si Hamdan ni mana tau dok diam. Mulut kerja nak mengunyah je. Unta lain semua breakfast,dia dok menung lagi. Tapi tula..unta ni Allah jadikan muka dia senyum je. Sakit ke,nak beranak ke,tetap tersenyum manis. Lepas sarapan aku angkut depa gi mengembala. Bila unta sakit perut,kena bawak dia jalan. Bagi keluar peluh nak legakan perut. Memang tiap pagi kena bawak unta jalan-jalan pun kalau tak depa boring. Apa ingat orang je ke tau boring?

Tengah semua sibuk dengan kerja masing-masing,satu bas rombongan umrah datang melawat. Alhamdulillah..berkat datang lagi. Semua jemaah seronok main dengan unta. Ada yang sibuk bertanya tentang kuda. Sakan depa bergambar. Ada sorang akak tu sampai nak tertinggal bas sebab ralit amek gambar dengan kibasy. Binatang-binatang ni pulak bukan main lagi. Bila tetamu datang pandai pulak depak layan. Semua pakat hulur kepala. Nak minta makan la tu. Ish..

Orang arab Saudi ni meletakkan wanita kononnya macam permaisuri. Tak boleh kerja,tak boleh penat. Depa kena goyang kaki dan apa yang depa nak semua suami/ayah akan usahakan. Kerja depa hanya berhias,berkumpul sesama sendiri dan menayangkan segala macam barang kemas yang dimiliki. Bangun pagi memang dah dekat zohor. Semua kerja ada maid Indon yang tolong. Pastu kang bila suami sangkut dengan maid,barulah nak meroyan. Apalaa.. 

Aku tak sangguplah nak jadi permaisuri. Walaupun Abuya bisnes besar,tapi sejak kecik kami dilatih hidup susah. Pergi sekolah turun naik bas jugak. Pernah sekali je kot ada maid,itupun kerja dia hanya cuci pinggan. Pinggan dia. Pinggan kami,kami basuh sendiri. Dia jadi maid tu pun pasal Abuya nak tolong dia. Nak bagi gaji,jadi buat-buatla macam orang gaji. Padahal sebenarnya kami yang layan dia. Abuya tak suka kami hidup macam tuan. Kita boleh kaya atas nama islam,sedangkan peribadi kita biarlah tetap besederhana. Teringat waktu operasi Restoran di Jerash,owner restoran tu terkejut besar bila tengok kami anak bos ni yang jadi kuli bersihkan seluruh bangunan. Sedangkan anak dia sendiri dah hampir lawan tokey.

Suasana ni macam kena je dengan teater umrah yang akan kami sembahkan malam esok tentang kesusahan Rasulullah. Malam ni nak kena all out lah latihan.
 Yaallah..bantulah semua kerja-kerja kami dan andai ada pahala darinya,kami hadiahkan buat Ayahanda dan Bonda tercinta.

Comments

Puteri Olis said…
best suma crita kak olah...sy baca smua...tringn nak tgl sna,,,

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...