Tuhan ciptakan manusia dengan akal yang sangat terhad jangkauannya. Sedangkan kehebatan Tuhan itu sangat luar biasa dan tidak mampu difikirkan dengan akal.
Tuhan isytiharkan dirinya sebagai raja segala raja yang menguasai seluruh dunia dan akhirat. Tuhan minta kita hambanya untuk memohon dan bersandar hanya padaNya. Dia terlalu mampu untuk memenuhi setiap hajat kita. Sedangkan hal yang tidak kita minta pun Dia telah pun memberinya.
Aku dalam menung-menung kat tengah padang pasir ni sempat terfikirkan satu hal tentang Tuhan. Tuhan tu punyalah baik..bila kita minta,semua Dia bagi. Kalau Dia belum bagi pun sebab sebenarnya Tuhan suka dengar kita merintih merayu tu. Itu yang Dia bagi lambat sikit. Sebab kalau Dia bagi awal,kita tak doa dah. Tak merintih merayu dah.
Dahsyatnya Tuhan.. Kalau kita,bila orang minta kita tak bagi,dia dok minta lagi..memang nak kenalah. Tapi Tuhan tak macamtu. Malah Tuhan sebut lagi,kalau nak apa-apa mintalah kat Dia. Dia je yang mampu penuhi semua hasrat kita. Kenapa engkau minta kat orang yang juga sama lemah macam engkau. Aku kan Tuhan,mintalah kat Aku. Begitu sekali Tuhan.
Tapi Tuhan baik macam ni pun aku boleh lupa. Sedangkan kalau ada oranglah bagi itu ini kat aku,tolong semua,bukan main lagi aku ingat sangat. Tapi kat Tuhan yang dah bagi kehidupan pada aku,boleh pulak asek terlupa. Terpaksalah Tuhan datangkan kejadian-kejadian untuk ingatkan aku balik tentangNya.
Jadi bila sesekali Tuhan uji dengan kesakitan,segeralah kembali kepadaNya. Tuhan sebenarnya sedang mengingatkan hamba yang lupa bahawa Dia tidak pernah terlupakan kita..
Comments
Menariknya Tuhan xpulak lupa kat saya, Dia beri apa saje pada saya walhal saya xminta pun....
Jadi malu sungguh saya pada Tuhan kerana dah ar saya lupa kat Dia, lupa segala tapi Dia layan saya dan beri ketenangan di hati saya.....
Artikel yg menarik dan akan buat saya belajar nak merayu pada Tuhan yang Tersangatlah Baiknyer....