Skip to main content

Tutup aurat vs Balut aurat

Aku memang suka betul tengok fesyen orang bertudung sekarang. Nampak stylo. Macam Yuna, Hana Tajima dan lain-lain selebriti yang cantik belaka penampilan mereka. Kalau kat Indonesia tu ada Zaskia,Ineke dan seangkatan dengannya. Satu sudut nampaklah orang bertudung semakin up to date. Taklah nampak macam kulup je. Dah semakin maju dan berkembang. Mungkin dengan itu orang bukan islam semakin membuka mata terhadap islam yang dilihat cantik.

Tapi sebenarnya betul ke teori kita tu? Kenapa kita bertudung? Rasanya semua orang akan jawab,sebab Allah yang suruh. Jadi,agaknya pandangan kita tentang bertudung tu tepat tak macam yang Allah nak ye? Iyelah.. Kalau kita berbuat kerana Allah,mestilah tepat dengan cara yang Allah nak. Katalah bos suruh kita buat satu kerja,kita pun buatlah cara yang kita rasa betul. Tapi rupanya bos tak suka pun. Agak-agak bos buat ape? Silap haribulan kita boleh dipecat!

Begitu jugalah dengan perintah Tuhan untuk semua wanita menutup aurat. Kalini aku cakap tentang tudunglah. Sedangkan tutup aurat tu bukan tudung je. Allah minta kita tutup aurat,bukan balut aurat. Maksud aku,tudung yang dipakai itu mestilah bertujuan untuk menutup rambut,leher,dagu,dan juga bahagian dada. Supaya bila pakai tudung tidaklah nampak bekas atau apa-apa yang menonjol. Tapi kalau kita pakai tudung tapi jambul terkeluar,leher nampak,dada pun tertonjol,aku rasa itu dah tak dinamakan bertudunglah. Takde bezanya dengan orang yang tak bertudung. Sebab konsep menutup aurat itu sendiri tidak kita patuhi. 

Aku bukak topik ni bukan untuk menyinggung sesiapa. Tapi memang betul-betul untuk peringatan  kat diri sendiri jugak. Aku pun bukannya sempurna sangat menutup aurat. Kadang ternampak juga hal yang tak sepatutnya. Sebab tulah aku jadikan entry harini untuk renungan.

Kita orang perempuan ni memang bahaya. Jelas dah perempuan memang ramai yang dalam neraka. Punyalah dahsyat Yahudi merosakkan kita,ditambah lagi dengan nafsu yang 9. Yang dah tak pakai tudung tu satu hal lah,tapi yang dah elok nak bertudung ni pun dibuatlah macam-macam fesyen sekira-kira taklah nampak kolot kononnya tapi dah sampai melanggar syariat. Belum lagi cakap tentang yang bertudung tapi baju dan seluar ketat,memang balut macam nangka. Ada yang lengan pendek atau setengah sampai nampaklah tangan. Dan macam-macam lagi bentuklah yang aku rasa semua orang pun tahu. Tak payah aku bebel panjang dah. Orang akan cakap tak mesti yang tutup litup tu baik. Tapi yang tak tutup tu memang dah tentu tak baik. Nanti ada pulak yang marah aku cakap depa tak baik. Yelah..tak baik itu terkait dengan Tuhanlah. Tuhan suruh buat lain,kita buat lain. Baik ke tu? Aku ni pun selalu kena tegur dengan Umu sebab kadang baju terketat. Bukanlah sengaja. Tapi maklumlah badan tak slim macam selebriti. Memang ada jelah. 

Aku harap Tuhan pandu aku dan kita semua untuk lebih halus dalam melaksanakan syariat. Biasanya kalau akidah sempurna,automatik melahirkan pelaksana syariat yang baik. Dalam erti kata lain,kalau kita memang seorang pencinta Allah dan sangat takutkannya,pasti kita akan jadi seorang yang sangat cemerlang syariatnya. Kalau masih longgar sana sini tu,curigalah dengan diri kita yang konon rasa sudah bagus akidahnya..

Yaallah..ampunkan segala apa yang kami terlalai. Mzb

Comments

Anonymous said…
Yang eloknya tudung aurad bukan tudung beraurad::::::)....
Like this n3
amin said…
Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka, Selangkah seorang istri keluar dari rumah tanpa menutup aurat maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Maka tutupilah auratmu dan jilbab adalah lebih baik bagimu wahai wanita serta berhati-hatilah dari ber-tabarruj (berlebih-lebihan dalam berhias).

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...