Skip to main content

Rambang

Salam rindu (mengade)

Tak berapa lama haritu aku direzkikan Tuhan untuk menerima hadiah seketol kamera sony nex c3 oleh seseorang. Syukur alhamdulillah.. Jadi dengan wujudnya kamera tu bolehlah aku mengambil gambar dengan cara yang paling adik beradik kami suka iaitu objek depan jelas,objek belakang kabur,ataupun sebaliknya. Nampak sangat buta kamera bila main sebut objek depan objek belakang. Sebelum ni bukan main teruja bila sesiapa dikalangan kami berjaya menghasilkan gambar sedemikian walaupun hanya menggunakan kamera blackberry bold 3 yang konon-konon autofocus. Bila dapat je kamera ni haaa...amek kau. Semua gambar jadi camtu. Kamera ni sesuaila untuk aku yang dibawah tahap amatur tapi konon nak gambar macam profesional kan. Bila orang tanya,eh.. cantiknya gambar ni,sape amek. Aku pun..huhu..

Terima kasih Tuhan sebab dengan kamera ni banyak manfaat yang didapatkan. Kami dapat menghasilkan beberapa produk untuk TVRSA. Malangnya aku update harini guna ipad jadi masih bengong tak tau nak post gambar macamana. Tak gode lagi fungsinya. Lain kalilah ye. Nanti sampai korang tak larat tengok gambar!

Aku sekarang kat Madinah. Ada kerja sikit. Dari dulu lagi dalam buat-buat sibuk aku teringin sangat nak belajar 2 benda ni. Pertama teringin nak belajar menjahit. Yang kedua teringin nak jadi golongan yang pandai ambil gambar dan mengedit gambar. Tak tau nak panggil golongan ni apa. Kenapa aku suka nak belajar menjahit. Sebab nak jahit baju sendiri yang sesuai dan kena dengan diri. Kan orang kata ukur baju dibadan sendiri. Ok takde kaitan. Susahla..kat Malaysia semua baju pendek. Yang xxl lebar tapi tangan senteng. Kat negara arab adalah jugak saiz tapi kadang-kadang pun nak kena oter. Itu yang rasa nak sangat pandai jahit. Nak buat sendiri pueh hati. Boleh je nak tempah sebenarnya,tapi mahal kadang tu. Kalau buat sendiri kan senang. Macam masakla. Aku suka makan. Bila teringin nak makan apa-apa,aku masak sendiri ikut selera anak tekak sendiri. Tak gaduh nak komplen masakan orang lain. Ye dok?

Pastu teringin jadi jurugambar profesional. Ooo...nama dia jurugambar eh. Sebab sukala tengok hasil gambar/video yang lawa-lawa. Kan best kalau pandai buat sendiri. Hmm.. Itulah 2 hal yang Tuhan tak izinkan aku kuasai lagi. Selalu curi masa untuk belajar tapi tak pernah dan. Setakat jahit seluar koyak tu bolehla. Tapi nama nak buat baju raya tu memang takla. Macamtu jugak amek gambar. Bolehlah nak guna BB pastu post kat group. Tapi nak sampai pandai buat cover album GH atau video klip,hmm..

Apa hikmahnya Tuhan tak izinkan kita kuasai semua bidang? Walaupun kadang-kadang kita teringinla sangatkan. Sebab..Tuhan nak bagi kita rasa perlu pada orang. Memang pun kita perlu pada orang. Apa kita ingat mati nanti boleh mandi sendiri ke? Pandai ke nak kapankan diri sendiri lepastu gali kubur sendiri? Takkan..? Kemudian dalam kita bekerja,kan lebih indah kalau kita pandai bekerja dengan team. Taklah buat kerja sorang-sorang. Jadi dengan kelebihan dan kekurangan yang kita ada,itulah yang nantinya akan dapat membentuk team yang baik. Aku ni memang jenis suka rasa mampu dan nak buat semua kerja. Tapi Abuya dengan Ummu selalu tegur. Kerja sorang ni susah nak kekal rasa hamba. Kita rasa kita yang buat semua. Dan setelah itu aku dapati diri aku ni memanglah macam berdikari tapi jauh disudut hati sangatlah memerlukan orang lain. Yelah..kalau lenguh kat belakang badan,boleh ke nak urut sendiri? Nasib baik ada adik bongsu Iyah yang pandai mengurut. Hehe..

Oklah..macam kelakar je entry aku ni. Takpelah..orang tak nak baca,aku baca sendiri,gelakkan diri sendiri. Tapi mudah-mudahan taklah sia-sia. Kot lah ada orang ceruk dunia mana yang tersinggah blog picisan aku ni dan mendapat sedikit manfaatnya. Sebab ada aku tengok haritu visitor blog aku ni dari macam-macam negara. Tak taula betul ke idak rekod tu. Kalau betul alhamdulillah..

Berhati-hatilah dengan hati.. Maaf zahir batin.

Eh dibawah nilah contoh gambar objek depan objek belakang tu..

Comments

Iejah Normateen said…
ni Iejah duk bace blog k.olah..
tersenyum dalam hati je..hehe!
Iejah pun teringin nak blajar menjahit cz badan iejah terlalu kecik..semua baju xmuat,kene oter dulu.xbest,xde saiz..
yaya said…
da lama tunggu kak khaulah update. stiap entri kak khaulah bnyak minda yg sy dpt..entri tuk kali ni menyedarkn sy tentang rasa hamba. saling memerlukan.klau smua bna kita pndai mungkin kita akn bngga diri..itu yg ptut di buang..^^
pertama kali singgah sini, seronok la pula baca isinya...


http://sweetandsimple47.blogspot.com

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b