Skip to main content

Jalan itu aku susuri

Sekali lagi kulalui jalanan sepi,yang cukup diri ini kenali..

Dalam mamai aku gagah update blog.

Hari Sabtu lepas subuh- Aku,Kak Azwa dan Abil(anak sedara) terus meluncur dari Mekah menuju Jeddah membawa misi biasa yang belum selesai-beli barang. Setelah bertungkus lumus,kami sampai Mekah dah dekat maghrib.

Lepas isyak dekat pukul 9 malam- Kami konvoi 2 kereta Armada dan hilux menuju Madinah. Pak Nur yang berpengalaman jadi supir pada orang arab selama 2 tahun disini mengetuai rombongan. Lucu. Kami tersesat sampai Yanbu. Pelik jugak kenapa boleh sesat sedangkan... Rupanya Pak Nur try ikut jalan lain dan bila malam dah mula rabun dan sedikit tersasar. Alhamdulillah akhirnya kami sampai Madinah jam 2 pagi.

Setelah rehat,lepas asar aku,Kak Azwa dan Kak Azni(adik Kazwa) bergerak semula ke Jeddah bersama Tam sebagai driver. Sampai Jeddah dekat pukul 9 malam. Operasi barang.

Gerak ke Mekah. Sampai sekitar pukul 11. Operasi barang lagi. Itulah misinya pun. Baru teringat tak makan apa lagi. Sembahyang,makan. Pukul 2 pagi dah?

Jalan balik ke Madinah. Tiba jam 7 pagi. Kaki aku dah membesar 2x ganda. Mata aku dah sembap macam menangis dalam tidur(memang pun sebab rindu Abuya)badan dah rasa macam patah dua.

Korang kira sendirilah jarak perjalanan dari satu negeri ke negeri yang lain. Dengan kadar pemanduan berhemat.

Dalam perjalanan aku cakap kat Tuhan. Aku tidak direzkikan seperti mereka yang lahir dengan hati yang cantik,indah. Mereka yang dianugerahkan hati yang sempurna. Hati aku busuk. Mudah berubah. Bila dipuji kembang,bila dikeji merajuk. Tapi aku tak bahagia pun memiliki hati macam tu. Aku harap Tuhan sudi merubah hati ini kepada hati yang lebih baik. Aku niatkan andai ada sedikit pahala dari kerja yang aku buat,berkat merentasi 2 tanah haram yang mulia,hadiahkan pada mereka yang terlalu berjasa menyelamatkan. Moga aku boleh menumpang mereka dan akhirnya turut diselamatkan. Aminn..

Comments

mun said…
like. hello, I'm started reading and visit your blog. thanks. I wish to manipulate your blog through my artwork. can i?

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a