Aku ada satu tabiat buruk. Ya..sangat buruk. Iaitu apabila aku lapar,teringin sesuatu makanan,malah ketika berpuasa sekalipun,aku akan makan secara maya. Apakah itu makan secara maya? Iaitu mengenyangkan perut dengan cukup hanya melihat gambar makanan itu. Aku akan google semua jenis resepi makanan yang aku sedang terliur itu,aku tatap gambarnya dan hatiku puas. Tak sopan bukan? Tapi ianya berkesan mengurangkan sedikit keteringinan aku terhadap makanan itu. Dan tabiat ini aku masih mengamalkannya hingga hari ini.
Salah satu makanan yang aku suka gila tapi jarang boleh diperolehi melainkan kena masak sendiri tapi selalu tak sempat ialah Couscous/Kuskus. Jangan risau..ia bukanlah makanan yang berunsurkan tikus kerana walaupun aku memiliki selera makan yang besar tapi tetap mementingkan kehalalannya. Kuskus ni sejenis makanan yang berasal dari Afrika atau lebih terkenal di negara Maghribi. Hasil aku berulang alik ke Eropah dan banyak bertemu dengan bangsa arab Maghribi,Tunisia dan Algeria memberi peluang aku mencuba sajian ini. Mula-mula aku memang tak suka langsung dengan Kuskus ni sebab bentuknya yang seperti serdak kuih raya tapi disajikan dengan lauk ayam/daging membuatkan aku rasa ianya satu padanan yang sungguh tak logik. Alah..macamlah orang arab komplen sate kita kenapa manis. Eh biarlah.
Tapi kali terakhir aku ke Perancis pada tahun lepas akhirnya telah menumbuhkan rasa cintaku pada Kuskus ini. Cinta tanpa syarat,itulah gambaran cintaku pada Kuskus-smiley hug
Inilah Kuskus yang membuatkan aku ragu-ragu dengan puasaku harini
Memang macam serdak kuih raya kan?
Dan...Tuhan sangat baik. Aku jumpa Restoran Maghribi kat Mekah ni. Dapatlah melepas rindu dendamku. Rasa macam nak menangis setiap kali lalu restoran tu. Nak nangis sebab terharu dan juga nangis kalau tak dapat berhenti makan disitu.
Ampunkan aku Tuhan kerana tulis entry pasal makanan ketika sedang puasa. Moga-moga tak batal. Korang pun nanti cubalah cari tau.
Ok itu je. Mzb

Comments
Cuma nk tanya mobile app tuh mcm mana, kna download ker? Ampun maaf hamba yg naif nie tak berapa arif lak.
camne ye nak masak kuskus tu?
Keep іt up!
Feel free to surf tο my blog ροst; Make a website