Sekarang ni dah macam-macam jenis skim cepat kaya yang ada dipasaran. Ada yang berhasil,banyaknya yang kecundang. Memang..siapa yang tak nak kaya kan? Maklumlah dunia sekarang ni semua benda pakai duit. Masuk tandas pun kena bayar. Semua ini membuatkan semua orang berlumba-lumba mengejar kekayaan supaya dapat hidup senang.
Satu hari kami adik beradik makan dalam dulang ramai-ramai dengan Abuya,kami semua ditanya tentang cita-cita masing. Besar nanti nak jadi apa?
Maka budak-budak yang tak cukup akal lagi ni pun bukan main lagi menglistkan cita-cita mereka.
Doktor
Cikgu
Peguam
Hakim(akula tu)
Pramugari(eh?)
dan beberapa profesion lagi yang semuanya amboi amboi belaka.
Lepastu Abuya cakap,semua kerja tu gaji sikit. Susah nak kaya. Kalau nak kaya kena meniaga. Sebenarnya bukanlah Abuya nak suruh kami jadi kaya raya tak ingat dunia. Tapi Abuya hanya nak mengalih perhatian kami yang masih hingusan tu. Nak luaskan lagi fikiran yang tak berapa nak luas.
Berniaga ni salah satu sunnah Nabi. Kalau kita tengok sejarah Nabi sejak kecil dah pandai meniaga. Berdagang dari satu tempat ke tempat yang lain. Nabi pun ada menyebut bahawa 90% rezeki itu datangnya dari perniagaan. Patutlah Abuya tak bagi kami makan gaji. Abuya pernah cakap,kalau nanti Abuya dah tak ada,Abuya takkan wariskan duit yang melambak. Tapi Abuya akan tinggalkan khazanah kitab miliknya dan juga rangkaian perniagaan.
Kenapa Abuya tak bagi kami makan gaji? Setelah dah agak dewasa sikit aku makin faham. Semua ni sangat terkait dengan akidah. Kalau makan gaji,kita kurang bergantung dengan Tuhan. Sebab tiap bulan kompem duit masuk punya. Tak payah susah-susah fikir. Sedangkan orang meniaga lebih tinggi tawakalnya. Rezeki bulan lepas belum tentu sama dengan bulan ni. Dengan itu hati kita akan terbentuk untuk sentiasa memohon pada Tuhan agar dimurahkan rezeki. Perhubungan dengan Tuhan tidak boleh terputus bagi menjamin rezeki.
Yang aku cakapkan ni dah tentulah bila orang yang meniaga tu betul-betul menjadikan Tuhan sebagai modal. Macam Abuya pun meniaga tak pinjam bank. Tak terlibat dengan riba' dan sistem kapitalis yang sangat merosakkan. Tapi kalau orang meniaga,Tuhan bukan jadi matlamat,takdelah maknanya jugak. Lebih baiklah orang yang makan gaji tapi hati kuat pergantungan dengan Tuhan.
Selain itu,orang meniaga ni dialah bos dan dialah kuli. Ikut suka hatilah. Tak terikat dengan jadual tetap. Bebas nak bercuti bila-bila pun. Kalau makan gaji kan susah sikit. Lebih terikatlah. Itu satu untungnya lagi meniaga ni.
Makan gaji bukanlah tak elok. Rezeki halal jugak insyAllah. Kalau takde orang yang makan gaji pun susah jugak. Siapa nak jadi cikgu dan lain-lain tu kan?
Ini hanya satu perbandingan kecil diantara keduanya yang aku rasa orang lain pun akui. Takkanlah kita tak akui,sedangkan Nabi pun meletakkan berniaga sebagai sumber utama rezeki. Dan kita sendiri pun dapat tengok,jutawan-jutawan kat dunia ni semuanya hasil bisnes. Ada ke orang makan gaji jadi jutawan? Aku tak pernah jumpa lagi..
Kat Malaysia aku rasa semua kenal keluarga kami sebagai keluarga bisnes. Dari Ayah,mak,anak,menantu,cucu,cicit,segala yang disemendakan,semua terlibat dalam bisnes keluarga ni. Tapi Abuya sangat pesan,ingatkan bahkan memberi amaran. Janganlah sampai semua kekayaan ini menjadi milik peribadi. Tapi biarlah ianya dapat dikongsikan dengan semua masyarakat. Sebab itulah banyak premis perniagaan Global Ikhwan ni menawarkan khidmat. Macam klinik dengan biaya yang murah,malah disediakan juga pusat khidmat bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk mengambil barang-barang keperluan secara percuma.
Aku hairan jugak bila timbul cerita kata kita ambil duit anak yatim bangunkan syarikat. Macam kelakar pun ada. Berapa sen sangatlah duit anak yatim tu. Sedangkan atas nama syarikat pun memang banyak menanggung anak-anak yatim yang kebanyakan mereka ni dari anak staf yang kehilangan ibu ayah. DiJordan tu saja ada dalam 20orang anak yatim yang berpotensi,kita sponsor dan hantar belajar keluar negara. Begitu juga dengan Mesir,Syria dll. Memang kita ada mengajak masyarakat untuk turut menyumbang saham pada anak yatim ni. Tapi kalau orang tak sumbang pun,syarikat memang dah siap menyumbang. Alhamdulillah..rezeki tu dari Allah.
Walau apapun semuanya kembali pada Allah. Daripada niat,matlamat,cara,hasil dan sebagainya semua itu dari Allah dan untuk Allah. Kalau untuk mengumpul kekayaan peribadi,kita tidaklah sampai sanggup membela seramai-ramainya staf untuk turut sama berkongsi hasil kekayaan atas nama islam. Kita meniaga untuk menegakkan sistem ekonomi islam. Yahudi cukup bangga dengan sistem ekonomi mereka. Apakah islam tak ada cara? Lupakah kita bahawa Nabi dan para sahabat telah berjaya menghalau Yahudi dari Madinah dan menyebabkan mereka gulung tikar? Itu semua hasil sistem ekonomi islam berlandaskan Tuhan. Tidakkah kita berniat mengikuti jejak agung itu?
Memang mentaliti orang melayu ni banyaknya makan gaji. Tak sanggup hadapi risiko. Tak laratlah nak bersusah payah. Dah macam-macam subsidi dari kerajaan pun tak diguna dengan baik. Malah yang lebih parah,bila tengok mereka yang sebangsa berjaya,didengkinya pulak.
Tuhan..tolonglah selamatkan bangsa ini dari terus terjerumus ke lembah kehinaan..

Comments
Sebab abuya lah saya tertarik utk meninggalkan sistem yahudi....