" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu.
" Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan.
" Jommm...!" Semua mereka bersorak girang.
Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn..
Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh
Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5. Tahun depan nak UPSR. Semoga lulus cemerlang. Ok kelaut.
Sepanjang tahun-tahun itulah banyak aku belajar tentang adat bangsa arab ni. Haritu aku ada bagitau tentang depa ni yang sangatlah memuliakan tetamu. Memang itulah pun sebhagian dari adat mereka. Kadang tu baru jumpa tepi jalan,sembang-sembang terus ajak makan tengahari kat rumah. Hidang tu pulak punyalah semangat. Kalau kata nak mai 4orang,ayam kompem 2ekor. Ish la..kita kat Jerash 60 orang ayam 4ekor je. Macamanalah depa ni makan. Kita baru suap semulut dia dah kalut nak tambah nasi dalam pinggan kita. Sudahnya membukitlah makanan dalam pinggan. Lepastu semua jalan mendongak langit tak larat tunduk pasal perut dah nak meletup. Astaghfirullah..
Inilah contoh bukit itu(sori gambar hudoh) |
Jadi selama kat Jordan tu kami sangatlah dimanjakan oleh kawan-kawan dengan layanan makanan sebegini rupa. Biasanya sepanjang Ramadhan kami tak gaduh nak masak untuk buka. Sebab setiap hari kawan-kawan dah booking nak jemput kerumah. Kita layan je. Tu yang sampai overweight. Ni salah depalah ni. Lagi-lagilah bila ada Qasr Lubnan ni ramai pekerja arab. Depa ni semua orang kampunglah kiranya. Lagilah suka menjamu. Setiap saat kami akan mengendeng nak makan tengahari/malam kat rumah depa. Sarapan tak best sebab takde nasi. Amboi demand!Tapi memang..berkat jamu makan macamnilah hubungan semakin akrab. Agaknya air tangan tuan rumah tu menambah berkat..
Oh..tapi sedih bila aku kat Saudi ni dah masuk tahun kedua berulang alik,bayangkan..sila bayangkan.. Belum satu rumah pun aku direzkikan untuk makan didalamnya. Adalah sekali tu. Dia call kata nak ajak makan kat rumah. Bila sampai dihidangnya air SAHAJA. Ok. Terpaksalah kami buat muka tak malu cakap lapar. Depa pun teruslah bagi roti dengan telur. Nasib baiklah dah macam keluarga jadi taklah malu sangat. Itu dah taraf macam keluarga,baru dapat roti dengan telur..huhu
Menyantap dirumah Majdi pekerja Qasr Lubnan(paling kiri) |
Jadi setelah diselidiki rupanya itulah perbezaan adat diantara arab Jordan dan Saudi. Rakyat Jordan masih mengekalkan adat memuliakan tetamu yang sangat kuat diwarisi turun temurun. Watak bangsanya pun agak lebih lembut dari arab Saudi. Banyak hal depa boleh tolak ansur. Sedangkan Saudi agaknya dikeranakan mereka ni ialah negara kaya,jadi adat tu dah hilang. Nak dapat kawan sorang pun cukup susah. Kalau belum betul-betul kenal rapat,takkan diajak kerumah. Mereka agak prejudis terhadap orang lain. Lihat saja di Saudi,dimana-mana ada polis yang mengekori. Check point disetiap sempadan antara negeri. Sangatlah curiga. Yang lebih mengesalkan ialah mereka agak tertutup bila terkait wanita ikut berperanan dalam masyarakat. Mati kutu jugak dibuatnya. Nak drive kereta tak boleh. Nak kerja dikedai pun tak boleh. Nak makan pun dikedai-kedai yang ada sediakan tempat perempuan je. Kalau tak,memang tak boleh masuk. Nak ambil duit kat bank pun kadang-kadang kena halau. Alahai..
Banyak lagi rasanya perbezaan diantara bangsa yang sama tapi lain negara ni. Sayang ye. Kenapa negara-negara arab yang sama bangsanya,bahasa,agama,tapi tak boleh nak bersatu macam Eropah. Padahal menyebut bangsa arab,semua akan tergambar islam sebagai agamanya.
Satukanlah kami atas nama islam Yaallah..
Mampu tak nak makan camni? |
Comments