Skip to main content

Baiknya Tuhan

Salam sayang

Apa kabar semua? Semalam puasa tak? Kan dah janji nak puasa isnin khamis kan.. Moga kita semua diberi kekuatan untuk beristiqamah bagi mencukupkan syarat untuk menerima kemenangan dari Tuhan. Menunggu janji Tuhan yang pasti ni sesaat pun tak rugi. Kalau belum terjadi,kita makin meningkatkan diri. Supaya kalau berlaku nanti,hati kita dalam keadaan yang sangat takut dan cintakan Tuhan.

Sebenarnya aku sedang mencabar diri untuk update setiap hari selagi terdaya dek diri. Cheewah.. Yelah paling kurang diwaktu aku sedang agak lengang dan tidak sibuk sampai lintang pukang. Sibuk pun bukanlah macam perdana menteri ke,presiden ke. Tapi boleh tahan sibuk jugaklah sampai manalah ada masa nak mengetik. Bayangkan kalau keluar pagi,balik malam merewang ditengah pasar musta'mal(2nd hand) mencari segala jenis perabot untuk melengkapkan 10 premis yang berbagai jenis projeknya. Eh. Ada masa ke nak berdiam diri sambil menaip dan update blog? Terer lah sapa boleh buat kan? Multi tasking tak agak-agak. Mau kena syarah dengan Kak Azwa akibat kerja lembap macam kura-kura. Tapi aku berazam kalau tak sempat tulis apa pun,paling kurang aku akan post gambar. Orang kata gambar menyimpan seribu cerita. Yeke? Ok nanti aku nak try post gambar kusyen 2nd hand,korang pandai-pandailah buat 1000 cerita darinya ye..huh.

Buat semua yang juga sedang sibuk,aku doakan moga segala kerja yang dibuat akan berjalan lancar. Jangan lupa pasang niat sebelum bekerja. Niat yang baik walaupun belum melakukannya,Tuhan dah pun bagi pahala. Baik Tuhan kan? Mana nak cari bos sekarang ni yang baru terdetik je dalam hati nak buat kerja(yang baiklah) dia dah bagi gaji. Sebab tu best gila kerja dengan Tuhan ni. Rugilah orang yang makan gaji dengan yahudi lagi. Udah gak jaman,kata orang Indonesia. Sekarang orang semua sibuk nak mohon kerja dengan Tuhan. Kayanya tidak melalaikan,miskinnya tidak menderitakan. Dasyat pakej kerja macam ni! Sijil tak perlu tinggi,yang penting kena bangun malam setiap hari buat permohonan sepenuh hati. Kau nak berapa ribu? Tuhan boleh sangat bagi. Tapi adalah syaratnya. Nak pinjam duit kat bank pun berjela borang kau kena isi. Dengan Tuhan nak cincai-cincai pastu harap Tuhan bagi? Bertuahlaa..

Oklah..sampai sini je dulu untuk harini. Doakan aku ye untuk dapat teruskan cabaran esok hari. Mzb

Comments

Anonymous said…
Rindunya.....

Ya Allah.... janji Mu pasti benar. Kau tak pernah mungkir janji. Satu persatu ujian datang dan pergi, semua dilimpasi dengan tenang.

Ya Allah..... bantu lah aku.............

Amin..........

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a