Seperti biasa bila tiba hari keraian,kami akan diagihkan dengan bermacam tugasan. Pada raya haji kali ini,aku dan banat mengambil bahagian mengendalikan pencuci mulut orang putih cakap dessert. Marilah mencuci mulut dengan manisan..suke! Pada kali ini cadangnya nak buat 3 jenis manisan. Pavlova,Tiramisu dan Pana cota. Ok nama memang nak gempak jekan. Maka kami telah dengan rajinnya memanfaatkan application masakan yang melambak di ipadku ini untuk menggali segala khazanah didalamnya. Bilik yang aku duduk ni memang dah bersifat macam all in one. Disinilah tempat tidur,inilah kelas,inilah dapur goreng ayam dan ini jugalah bakeri. Segala barang-barang telah kami himpunkan dibilik ini bersama 2 mixer. Fuhh.. Renyah dia takyah citerla kan. Habis satu bilik bau makanan. Memang terhibur.. Pengurus bakerirenyah.com Mixer yang berjasa Alhamdulillah...segala yang dirancang berjalan lancar walaupun diawalnya sempat merasa cuak kerana Pavlovaku macam bantat sikit. Aku tak tau pun Pav ni boleh ...