Baiklah.. Marilah kita menyambung kembali kisah penahanan di Mekah. Moga-moga ianya masih relevan walaupun peristiwa itu dah berlalu hampir 2 bulan.
Setelah beberapa ketika menunggu diruang legar imigresen Mekah,menjelang subuh datanglah beberapa pegawai kearah kami dan mencari Ummu Jah. Kebetulan Ummu dalam toilet waktu tu,jadi bila Ummu keluar je,aku terus iring Ummu dan kami diarahkan untuk naik keatas. Aku teruslah offer diri dengan kelam kabutnya untuk teman Ummu dengan alasan nak jadi penterjemah. Ajwad pun ikut sekali teman sebagai muhrim. Alhamdulillah kami berdua dibenarkan jadi pengiring.
Kat atas tu kami dibawa ke satu bilik kecik. Bilik tu macam pejabat pun ye jugak. Ada 2 buah meja kalau tak silap,dan ada almari isi fail-fail. Seingat aku kalau bilik soal siasat yang aku tengok dalam CSI tu tak rupe macamni. Aku bayangkan bila sebut soal siasat maka suasananya akan jadi seram sejuk. Tapi sangkaanku meleset. Sudahlah tak seram,sejuk pun tidak sebab bilik tu macam takde aircond sangat. Kami pun dipersilakan duduk dan ada 3 pegawai yang ikut masuk. Depa tak pakai uniform. Ada sorang yang agak muda sedang duduk atas meja sambil pakai stokin. Muka dia basah macam lepas ambil wudhuk. Solat tahajud agaknya. Sorang lagi berbadan besar,berkulit hitam duduk didepan kami. Dan ada beberapa lagi yang keluar masuk bilik tersebut. Keadaan tu wallahi tak tegang langsung. Tegang lagi suasana ketika nak buat pasport di imigresen Shah Alam sebab abang yang jaga kaunter nak ambil gambar tu garang gile. Soalan pertama yang ditanya ialah,apa tujuan tinggal di Saudi? Ummu pun cerita serba sikit tentang bisnes GISB disekitar Mekah dan Madinah. Lepastu dia tanya berapa pusingan perniagaan sebulan. Kami pun sama-sama congak sambil terconvert-convert rm kepada riyal. 2 juta riyal sebulan. Hah? 2 juta? Pegawai tu terkejut sambil tengok kawannya dan membulatkan mata. Kami terus dipindahkan ke bilik yang lebih besar,ada aircond,bilik air siap jakuzi lagi. Kalau bukanlah kerana ditahan,mungkin saja aku dah merancang untuk sauna dan spa disitu.
Soal siasat berjalan dalam suasana yang mesra. Semua soalan diajukan dengan tenang walaupun pegawai yang menyoal siasat bagitau yang dia agak mengantuk. Kesian dia. Padahal kami sama-sama tak tidur malam. Tapi mungkin pasal depa ni dah tabiatnya tidur subuh kot. Sepanjang ditahan dari rumah sampailah kat imigresen tu,aku memang tertanya-tanya,kenapa kami ditahan? Kerja sapalah ni? Aduan sape? Pihak kerajaan Malaysia ke? Yelah.. Dulu Abuya pun diekstradisi dari Thailand ke Malaysia. Nak berulang lagi ke kes tu? Kalau nak kata kesalahan takde visa,macam tak berapa kuat rasanya. Bayangkan..kami dah duduk sana 2 tahun lebih tanpa visa (sambil menunggu) Pergerakan kami memang bebaslah kesana kemari. Mekah-Madinah tu dah biasa sangat. Belum kira lagi Mekah-Jeddah. Lokasi Chalet pula betul-betul terletak ditepi check point Syumaisi yang dipenuhi dengan pegawai polis dan imigresen. Kami pun sehari puluh-puluh kali lalu lalang kat situ. Malah pegawai polis dan imigresen pun selalulah sangat datang chalet tanya-tanya iqamah sambil berpura-pura menyergah. Depa taulah sangat puak Malaysia ni takde iqamah! Abil anak sedara aku tu dah berbelas kali kena tahan polis waktu sedang drive. Walaupun polis tau dia takde iqamah,dia lepas macamtu je. Tapi mungkin pasal Abil terer menggoreng pun ye jugak! Jadi,apa sebenarnya yang berlaku?,getus hati kecilku. Wahh.. Kau dah pandai guna perkataan getus sekarang eh!
Tapi memang aku ingat sangat Naif-kawan sekaligus keluarga angkat kami di Saudi yang banyak berurusan dengan imigresen pernah bagitau,pihak berkuasa ada beri kelonggaran kepada mereka yang nak duduk di Mekah ni. Cuma syaratnya jangan ada orang yang buat pengaduan. Pengaduan yang kata kita ni buat masalahlah maksudnya. Sebab bila dah ada aduan,terpaksalah dibuat tindakan. Rasanya setakat ni takdelah kami buat masalah. Meragut ke,merompak ke,mengintai jiran ke. Ala.. kalau itik kami terbang ke reban jiran tu biasalah kan. Bukanlah jenayah pun. Sebab tu jiran-jiran bila tau je kami ditahan semuanya terkejut. Kawan-kawan yang kenal dengan GISB pun sangatlah yakin bahawa kita difitnah. Mereka tak percayalah kata kita ni jahat! Kecualilah orang yang memang jahat dan hasad dengki,memang akan sentiasa bersangka jahat! Jahat!
Pegawai yang menyoal siasat itu menyoal dengan merujuk kepada sekeping kertas yang tertera laporan dalam bahasa arab. Maka sempatlah aku intai-intai kertas tu untuk tengok apa yang ditulis? Laporan tu siap ada gambar projek-projek GISB di Mekah Madinah yang ada tulisan bahasa melayu dibawahnya lagi. Setelah diintai dengan senangnya (sebab pegawai tu pegang kertas menghala kearah aku),barulah aku tau dari mana datangnya laporan itu. Laporan dibuat oleh sebuah syarikat travel yang telah mengeluarkan visa umrah untuk 65orang Malaysia (GISB) Bila jemaah umrah tidak keluar dari Saudi dalam tempoh yang ditetapkan,maka syarikat travel akan didenda. Pihak GISB telah pun membayar denda kepada mereka,lebih dari jumlah yang perlu dibayar,namun mereka teruslah meminta wang lagi dan mengugut untuk melaporkan ke pihak berkuasa perihal kami ini. Kerana merasakan takde apa yang perlu kita takutkan,maka ugutan itu tidaklah dipedulikan. Untuk menambahkan lagi rencah didalam laporan itu,mereka telah mendakwa bahawa GISB mengamalkan ajaran sesat,bidaah,dan mempercayai hal-hal yang berkait dengan Imam Mahdi. Bila soalan berkenaan Imam Mahdi diajukan,aku rasa nak tergelak pun ada. Sebab antara dakwaannya ialah Ummu telah mengatakan bahawa Abuya itu Imam Mahdi. Fuh! Ini karutan apa ni? Ummu pun dengan tenangnya telah menceritakan semuanya tentang GISB,kepercayaan,aktiviti dan sejarah penubuhannya. Ummu katakan bahawa Abuya bukanlah Imam Mahdi tetapi Abuya ialah seorang yang sangat menunggu dan memperjuangkan Imam Mahdi. Rasanya Imam Mahdi ini bukanlah satu persoalan asing lagi bagi masyarakat islam didunia pada hari ini. Semuanya melihat Imam Mahdi sebagai satu harapan untuk ummat manusia diselamatkan dari kerosakan dunia yang kian parah. Semangat gila kan cerita pasal Imam Mahdi sampai terlupa dah kata bahawa wahabi ni pantang dengar hal-hal macamni. Tapi aku fikir balik,kalau dia nak dakwa kita kerana percayakan Imam Mahdi,maka mereka sebenarnya bukan saja berhadapan dengan kami,tetapi berhadapan juga dengan jutaan umat islam lain yang turut mempercayai Imam Mahdi. Hmm..
Ada juga disebutkan kenapa ramai orang datang Chalet sembahyang,tahlil,doa dan siap ada show lagi. Aku pun cakaplah yang benda tu semua dah macam adat kita. Jemaah umrah yang datang memang nak sangat tempat untuk berkumpul,boleh dengar tazkirah,tahlil untuk arwah,akikah dan sebagainya. Maka chalet lah yang dipilih memandangkan dihotel tidak disiapkan dewan untuk berkumpul. Walaupun adat kita itu bercanggah dengan kefahaman mereka,tapi aku tak rasa mereka berhak mendakwa kita hanya kerana berbeza pandangan tentang agama. Lagi-lagi Malaysia dikenali dengan pengamalan islamnya yang terbaik! Macamana tu?
Yaallah mengantuknya.. Baru lepas operasi beli barang butik di Ben Than Market,Ho Chi Minh,Vietnam. Boleh sambung lain kali kan? Panjang lagi ceritanya.. Nanti ada pulak yang tak larat baca. Sambung eh? Sambung eh? Ok terima kasih..
Comments
Terima kaseh kongsi citer ya Puan olah at tamimi,.
kitab tua®
-KhadamWasilah-
sambong tau..sblom ari jumaat ni..sbb jumaat saye da blik klntn da..tk dpt bukak blog da la..:(
(tolong ye)
tp tk mmkse pon sbb ibu kn sibok..kalau ade MASE TRLUANG je la...:)
Ibu doaknla saye dpt jumpe Bonda Ummu ye..