Skip to main content

Soal siasat bermula

Baiklah.. Marilah kita menyambung kembali kisah penahanan di Mekah. Moga-moga ianya masih relevan walaupun peristiwa itu dah berlalu hampir 2 bulan. 

Setelah beberapa ketika menunggu diruang legar imigresen Mekah,menjelang subuh datanglah beberapa pegawai kearah kami dan mencari Ummu Jah. Kebetulan Ummu dalam toilet waktu tu,jadi bila Ummu keluar je,aku terus iring Ummu dan kami diarahkan untuk naik keatas. Aku teruslah offer diri dengan kelam kabutnya untuk teman Ummu dengan alasan nak jadi penterjemah. Ajwad pun ikut sekali teman sebagai muhrim. Alhamdulillah kami berdua dibenarkan jadi pengiring.

Kat atas tu kami dibawa ke satu bilik kecik. Bilik tu macam pejabat pun ye jugak. Ada 2 buah meja kalau tak silap,dan ada almari isi fail-fail. Seingat aku kalau bilik soal siasat yang aku tengok dalam CSI tu tak rupe macamni. Aku bayangkan bila sebut soal siasat maka suasananya akan jadi seram sejuk. Tapi sangkaanku meleset. Sudahlah tak seram,sejuk pun tidak sebab bilik tu macam takde aircond sangat. Kami pun dipersilakan duduk dan ada 3 pegawai yang ikut masuk. Depa tak pakai uniform. Ada sorang yang agak muda sedang duduk atas meja sambil pakai stokin. Muka dia basah macam lepas ambil wudhuk. Solat tahajud agaknya. Sorang lagi berbadan besar,berkulit hitam duduk didepan kami. Dan ada beberapa lagi yang keluar masuk bilik tersebut. Keadaan tu wallahi tak tegang langsung. Tegang lagi suasana ketika nak buat pasport di imigresen Shah Alam sebab abang yang jaga kaunter nak ambil gambar tu garang gile. Soalan pertama yang ditanya ialah,apa tujuan tinggal di Saudi? Ummu pun cerita serba sikit tentang bisnes GISB disekitar Mekah dan Madinah. Lepastu dia tanya berapa pusingan perniagaan sebulan. Kami pun sama-sama congak sambil terconvert-convert rm kepada riyal. 2 juta riyal sebulan. Hah? 2 juta? Pegawai tu terkejut sambil tengok kawannya dan membulatkan mata. Kami terus dipindahkan ke bilik yang lebih besar,ada aircond,bilik air siap jakuzi lagi. Kalau bukanlah kerana ditahan,mungkin saja aku dah merancang untuk sauna dan spa disitu.

Soal siasat berjalan dalam suasana yang mesra. Semua soalan diajukan dengan tenang walaupun pegawai yang menyoal siasat bagitau yang dia agak mengantuk. Kesian dia. Padahal kami sama-sama tak tidur malam. Tapi mungkin pasal depa ni dah tabiatnya tidur subuh kot. Sepanjang ditahan dari rumah sampailah kat imigresen tu,aku memang tertanya-tanya,kenapa kami ditahan? Kerja sapalah ni? Aduan sape? Pihak kerajaan Malaysia ke? Yelah.. Dulu Abuya pun diekstradisi dari Thailand ke Malaysia. Nak berulang lagi ke kes tu? Kalau nak kata kesalahan takde visa,macam tak berapa kuat rasanya. Bayangkan..kami dah duduk sana 2 tahun lebih tanpa visa (sambil menunggu) Pergerakan kami memang bebaslah kesana kemari. Mekah-Madinah tu dah biasa sangat. Belum kira lagi Mekah-Jeddah. Lokasi Chalet pula betul-betul terletak ditepi check point Syumaisi yang dipenuhi dengan pegawai polis dan imigresen. Kami pun sehari puluh-puluh kali lalu lalang kat situ. Malah pegawai polis dan imigresen pun selalulah sangat datang chalet tanya-tanya iqamah sambil berpura-pura menyergah. Depa taulah sangat puak Malaysia ni takde iqamah! Abil anak sedara aku tu dah berbelas kali kena tahan polis waktu sedang drive. Walaupun polis tau dia takde iqamah,dia lepas macamtu je. Tapi mungkin pasal Abil terer menggoreng pun ye jugak! Jadi,apa sebenarnya yang berlaku?,getus hati kecilku. Wahh.. Kau dah pandai guna perkataan getus sekarang eh!

Tapi memang aku ingat sangat Naif-kawan sekaligus keluarga angkat kami di Saudi yang banyak berurusan dengan imigresen pernah bagitau,pihak berkuasa ada beri kelonggaran kepada mereka yang nak duduk di Mekah ni. Cuma syaratnya jangan ada orang yang buat pengaduan. Pengaduan yang kata kita ni buat masalahlah maksudnya. Sebab bila dah ada aduan,terpaksalah dibuat tindakan. Rasanya setakat ni takdelah kami buat masalah. Meragut ke,merompak ke,mengintai jiran ke. Ala.. kalau itik kami terbang ke reban jiran tu biasalah kan. Bukanlah jenayah pun. Sebab tu jiran-jiran bila tau je kami ditahan semuanya terkejut. Kawan-kawan yang kenal dengan GISB pun sangatlah yakin bahawa kita difitnah. Mereka tak percayalah kata kita ni jahat! Kecualilah orang yang memang jahat dan hasad dengki,memang akan sentiasa bersangka jahat! Jahat! 

Pegawai yang menyoal siasat itu menyoal dengan merujuk kepada sekeping kertas yang tertera laporan dalam bahasa arab. Maka sempatlah aku intai-intai kertas tu untuk tengok apa yang ditulis? Laporan tu siap ada gambar projek-projek GISB di Mekah Madinah yang ada tulisan bahasa melayu dibawahnya lagi. Setelah diintai dengan senangnya (sebab pegawai tu pegang kertas menghala kearah aku),barulah aku tau dari mana datangnya laporan itu. Laporan dibuat oleh sebuah syarikat travel yang telah mengeluarkan visa umrah untuk 65orang Malaysia (GISB) Bila jemaah umrah tidak keluar dari Saudi dalam tempoh yang ditetapkan,maka syarikat travel akan didenda. Pihak GISB telah pun membayar denda kepada mereka,lebih dari jumlah yang perlu dibayar,namun mereka teruslah meminta wang lagi dan mengugut untuk melaporkan ke pihak berkuasa perihal kami ini. Kerana merasakan takde apa yang perlu kita takutkan,maka ugutan itu tidaklah dipedulikan. Untuk menambahkan lagi rencah didalam laporan itu,mereka telah mendakwa bahawa GISB mengamalkan ajaran sesat,bidaah,dan mempercayai hal-hal yang berkait dengan Imam Mahdi. Bila soalan berkenaan Imam Mahdi diajukan,aku rasa nak tergelak pun ada. Sebab antara dakwaannya ialah Ummu telah mengatakan bahawa Abuya itu Imam Mahdi. Fuh! Ini karutan apa ni? Ummu pun dengan tenangnya telah menceritakan semuanya tentang GISB,kepercayaan,aktiviti dan sejarah penubuhannya. Ummu katakan bahawa Abuya bukanlah Imam Mahdi tetapi Abuya ialah seorang yang sangat menunggu dan memperjuangkan Imam Mahdi. Rasanya Imam Mahdi ini bukanlah satu persoalan asing lagi bagi masyarakat islam didunia pada hari ini. Semuanya melihat Imam Mahdi sebagai satu harapan untuk ummat manusia diselamatkan dari kerosakan dunia yang kian parah. Semangat gila kan cerita pasal Imam Mahdi sampai terlupa dah kata bahawa wahabi ni pantang dengar hal-hal macamni. Tapi aku fikir balik,kalau dia nak dakwa kita kerana percayakan Imam Mahdi,maka mereka sebenarnya bukan saja berhadapan dengan kami,tetapi berhadapan juga dengan jutaan umat islam lain yang turut mempercayai Imam Mahdi. Hmm.. 

Ada juga disebutkan kenapa ramai orang datang Chalet sembahyang,tahlil,doa dan siap ada show lagi. Aku pun cakaplah yang benda tu semua dah macam adat kita. Jemaah umrah yang datang memang nak sangat tempat untuk berkumpul,boleh dengar tazkirah,tahlil untuk arwah,akikah dan sebagainya. Maka chalet lah yang dipilih memandangkan dihotel tidak disiapkan dewan untuk berkumpul. Walaupun adat kita itu bercanggah dengan kefahaman mereka,tapi aku tak rasa mereka berhak mendakwa kita hanya kerana berbeza pandangan tentang agama. Lagi-lagi Malaysia dikenali dengan pengamalan islamnya yang terbaik! Macamana tu?

Yaallah mengantuknya.. Baru lepas operasi beli barang butik di Ben Than Market,Ho Chi Minh,Vietnam. Boleh sambung lain kali kan? Panjang lagi ceritanya.. Nanti ada pulak yang tak larat baca. Sambung eh? Sambung eh? Ok terima kasih..

Comments

Unknown said…
Aduh..ni yg ambe malas nok bace nim..tengah2 suspen ade aje sambung nye puan olah ni..dok sabor dah tunggu sambungannya..ape2 pung sungguh ngeri dh begitu takajut ambe sekeuarga..heehe..

Terima kaseh kongsi citer ya Puan olah at tamimi,.

kitab tua®
Anonymous said…
Wah...kat vietnam ye i.olah..kongsik2kanla pngalaman kat sane ye...:)
Unknown said…
Aik,ljunye k.olah gi vietnam...bukan bru2 ni kt malaysia...???hehe sje tanya...wt keje ape pulak kt situ???ade pojek mega plak ke kt situ???
Anonymous said…
amboi..sampai hati k olah hntr gmbr gi vietnam,nanti bengkak je "MEKAR" tgk...huhuhuhu...
Anonymous said…
Minggu lepas di Belungkor. Hari ini di Ho Chi Minh. Seronoknya. Saya suka menonton 'Around The World In 80 Days'.
saye..;) said…
ehh..Ibu da ade kt vietnam ye..ingt kn ade kt penang lg..tmn Bonda Ummu..giliran sape pulak yg Bonda Ummu??Ibu..time kasih sbb update blog arini..trharu sbb trse mcm Ibu nk pnuhi prmntaan saye..:)saye nk blik asrama klntn da nnt..bile ibu g klnnk dttn??:)
Anonymous said…
Sambung..... jgn tak sambung.!
Anonymous said…
Duit dah berjuta dalam akaun..shopping sakan je lah kerjanya...
Macam kelakar pulak bunyinya.. Duit juta-juta dong (duit vietnam) adela.. Ala.. Sakan shopping utk barang butikla.. Kan nak ramadhan ni.. Ade nak kirim apa2 ke? ;-)
Anonymous said…
K Olah terbaik, getus hatiku. :)
-KhadamWasilah-
saye..;) said…
ibu saye nk kirim salam jela..
sambong tau..sblom ari jumaat ni..sbb jumaat saye da blik klntn da..tk dpt bukak blog da la..:(
(tolong ye)
tp tk mmkse pon sbb ibu kn sibok..kalau ade MASE TRLUANG je la...:)
Ibu doaknla saye dpt jumpe Bonda Ummu ye..
saye..;) said…
maaf ye ibu..bru perasan comment saye tu bnyk salah eja..MAAF..HEHEH
Unknown said…
Dlm akaun mmg brjuta-juta dan blh dikeluarkn utk shopping nak penuhkn butik tp Bank yg dmaksudkn ialh Bank Tuhan. Kalo nak draw kauntr dbuka jam 3am - 4am, slepas tu kauntr bank dtutup dan hny org yg brkelayakn je blh draw, yg x layak pg main jauh jauh
Anonymous said…
Kawan tu dengkila,nk wat Cmne.. Ini lah acam+mucoh.. [н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅]:D[н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅]:D.
Anonymous said…
SiAnnn dengkila tu tk dpt ikot g bli brg butik
Anonymous said…
Terima kasih ibu, krn sudi singgah ke Mat'am Ikhwan Spore dlm perjalanan transit Viet-Sg-Msia....Terkilan krn tk dpt nk berjumpa ibu.....

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a