Skip to main content

Prisoner of Tehran

Semalam lepas asar tengah melepek sambil berbaring dan bersembang tiba-tiba Iyah kelam kabut tarik tudung dan tutup kepala. Kebetulan dia duduk mengadap pintu jadi dia nampak ada orang lelaki datang ke ambar (sel) kami. Orang Malaysia katanya! Yeay.. Sapa yang datang melawat nih? Bila aku toleh aku nampak muka Muaz. Kebetulan aku masih bertelekung cepat-cepat aku dokong Asyraf dan menuju kearah pintu dan tingkap kaca. Nampak Humam dan Abil sedang angkut-angkut beg yang dibawa dari Mekah untuk dibawa balik oleh rombongan esok (harini). Yaallah..terubat rindu. Sempatlah Asyraf dan Jibah widak dengan ayah mereka sebelum musafir. Entah bilalah akan dapat jumpa lagi. Mungkin waktu nak daftar masuk darjah 1 nanti kot. Itulah adat perjuangan.. Macam kami adik beradiklah juga. Dah darjah 4 barulah aku merasa duduk berlama-lama dengan Abuya dan Ummu. Selalunya dapat jumpa kejap-kejap je.

Tadi tengah tidur dalam pukul 10 tiba-tiba riuh rendah. Rupanya rombongan yang nak balik harini dah dipanggil. Awal pulak. Kalau tak salah flight depa malam karang. Mungkin hari Jumaat kena gerak awal sikit kot. Siannya depa tak sempat makan tengahari dulu. Kelaparanlah tu. Takpe.. Sampai Malaysia nanti dah berderet orang menunggu nak belanja makan itu ini. Bila tengok Iyah pergi tu tiba-tiba laju pulak airmata aku mengalir. Adeh macamana nak cover ni. Ummu dahlah kat sebelah je. Cepat-cepat tarik selimut tutup muka. Sedihlah Iyah dah takde nanti siapa nak buat lawak time boring-boring!

Antara beg yang lepas masuk dalam ni semalam ialah beg bagasi Samsonite aku. Tapi dah aku lepaskan ke Malaysia. Biar dia tunggu aku kat sana. Dalam ni cukuplah aku dengan beg kecik kain jeans ni. Dapatlah ambil baju sikit dan sempat juga tarik satu novel yang aku beli di Jarir bookstore tajuknya Prisoner of Tehran,(international best-seller) ditulis oleh Marina Nemat. Novel ni ialah catatan kisah benar pengalaman penulis menjadi banduan Penjara Evin iaitu sebuah penjara tahanan politik di era revolusi Iran sekitar tahun 1982. Aku dah baca novel ni 2-3 kali tapi tetap tak boring. Jalan ceritanya cukup baik dicampur dengan pengalaman menarik dan luarbiasa yang dilalui oleh penulis. Kadang-kadang sambil baca tu aku membayangkan aku sedang berada dimasa dan tempat yang dilalui oleh Marina Nemat,seorang yang beragama kristian tapi telah dipaksa untuk masuk islam kerana pengawal penjara yang menjaganya telah tertarik padanya dan memaksa untuk mengahwininya. Kak Azwa pun ada tulis tentang pengalamannya 40hari di Penjara Qanathir. Walaupun tak dipaksa kahwin dengan pengawal penjara,tapi lepas bebas tu Abuya ambil dia sebagai menantu. Huhu..

Aku kalau ada duit memang akan habiskan samada untuk makan,gajet atau buku. Buku mahal mana pun kalau dah minat,aku akan gagahlah usaha beli. Dulu kat Indonesia boleh kata setiap minggu aku borong buku. Dari situlah aku belajar bahasa Indon. Balik pada novel Prisoner of Tehran tadi,bila aku baca balik kisahnya membuatkan aku rasa teringin nak tulis novel tentang pengalaman aku sepanjang dalam tahanan ni. Aku dah mula menulis ni sejak darjah 5 lagi. Rajin buat cerpen. Tapi lepastu tak pernah ada masa untuk menulis beria-ia. Entah kerana kekangan masa atau kerana malas nak mengetik aku pun tak tahu. Jauh disudut hati aku akan terus menyimpan hasrat untuk menghasilkan buku walau hanya sebuah untuk seumur hidupku. Mohon doa semuanya ye..

Jumaat 3/5/2013
10.55 malam
Ambar 17,depoh tahanan Jeddah

- saja tulis tarikh sebab tak pasti bila dapat post tulisan ni. Internet dah habis -

Comments

pak farok said…
terbaik kak khaulah..jasa mu tetap ku kenang. pak farok
Abg fezal ke? Rindunya dgn semua..
Anonymous said…
Insya Allah, moga yg dicita-citakan dikabulkanNya. Amiiin

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a