Skip to main content

Prisoner of Tehran

Semalam lepas asar tengah melepek sambil berbaring dan bersembang tiba-tiba Iyah kelam kabut tarik tudung dan tutup kepala. Kebetulan dia duduk mengadap pintu jadi dia nampak ada orang lelaki datang ke ambar (sel) kami. Orang Malaysia katanya! Yeay.. Sapa yang datang melawat nih? Bila aku toleh aku nampak muka Muaz. Kebetulan aku masih bertelekung cepat-cepat aku dokong Asyraf dan menuju kearah pintu dan tingkap kaca. Nampak Humam dan Abil sedang angkut-angkut beg yang dibawa dari Mekah untuk dibawa balik oleh rombongan esok (harini). Yaallah..terubat rindu. Sempatlah Asyraf dan Jibah widak dengan ayah mereka sebelum musafir. Entah bilalah akan dapat jumpa lagi. Mungkin waktu nak daftar masuk darjah 1 nanti kot. Itulah adat perjuangan.. Macam kami adik beradiklah juga. Dah darjah 4 barulah aku merasa duduk berlama-lama dengan Abuya dan Ummu. Selalunya dapat jumpa kejap-kejap je.

Tadi tengah tidur dalam pukul 10 tiba-tiba riuh rendah. Rupanya rombongan yang nak balik harini dah dipanggil. Awal pulak. Kalau tak salah flight depa malam karang. Mungkin hari Jumaat kena gerak awal sikit kot. Siannya depa tak sempat makan tengahari dulu. Kelaparanlah tu. Takpe.. Sampai Malaysia nanti dah berderet orang menunggu nak belanja makan itu ini. Bila tengok Iyah pergi tu tiba-tiba laju pulak airmata aku mengalir. Adeh macamana nak cover ni. Ummu dahlah kat sebelah je. Cepat-cepat tarik selimut tutup muka. Sedihlah Iyah dah takde nanti siapa nak buat lawak time boring-boring!

Antara beg yang lepas masuk dalam ni semalam ialah beg bagasi Samsonite aku. Tapi dah aku lepaskan ke Malaysia. Biar dia tunggu aku kat sana. Dalam ni cukuplah aku dengan beg kecik kain jeans ni. Dapatlah ambil baju sikit dan sempat juga tarik satu novel yang aku beli di Jarir bookstore tajuknya Prisoner of Tehran,(international best-seller) ditulis oleh Marina Nemat. Novel ni ialah catatan kisah benar pengalaman penulis menjadi banduan Penjara Evin iaitu sebuah penjara tahanan politik di era revolusi Iran sekitar tahun 1982. Aku dah baca novel ni 2-3 kali tapi tetap tak boring. Jalan ceritanya cukup baik dicampur dengan pengalaman menarik dan luarbiasa yang dilalui oleh penulis. Kadang-kadang sambil baca tu aku membayangkan aku sedang berada dimasa dan tempat yang dilalui oleh Marina Nemat,seorang yang beragama kristian tapi telah dipaksa untuk masuk islam kerana pengawal penjara yang menjaganya telah tertarik padanya dan memaksa untuk mengahwininya. Kak Azwa pun ada tulis tentang pengalamannya 40hari di Penjara Qanathir. Walaupun tak dipaksa kahwin dengan pengawal penjara,tapi lepas bebas tu Abuya ambil dia sebagai menantu. Huhu..

Aku kalau ada duit memang akan habiskan samada untuk makan,gajet atau buku. Buku mahal mana pun kalau dah minat,aku akan gagahlah usaha beli. Dulu kat Indonesia boleh kata setiap minggu aku borong buku. Dari situlah aku belajar bahasa Indon. Balik pada novel Prisoner of Tehran tadi,bila aku baca balik kisahnya membuatkan aku rasa teringin nak tulis novel tentang pengalaman aku sepanjang dalam tahanan ni. Aku dah mula menulis ni sejak darjah 5 lagi. Rajin buat cerpen. Tapi lepastu tak pernah ada masa untuk menulis beria-ia. Entah kerana kekangan masa atau kerana malas nak mengetik aku pun tak tahu. Jauh disudut hati aku akan terus menyimpan hasrat untuk menghasilkan buku walau hanya sebuah untuk seumur hidupku. Mohon doa semuanya ye..

Jumaat 3/5/2013
10.55 malam
Ambar 17,depoh tahanan Jeddah

- saja tulis tarikh sebab tak pasti bila dapat post tulisan ni. Internet dah habis -

Comments

pak farok said…
terbaik kak khaulah..jasa mu tetap ku kenang. pak farok
Abg fezal ke? Rindunya dgn semua..
Anonymous said…
Insya Allah, moga yg dicita-citakan dikabulkanNya. Amiiin

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b