Selepas skrip teater umrah,menyusul pula skrip terbaru iaitu Alfatehah. Maka kami pun kalut malut menyiapkan susun atur babak sebab Ummu hanya bagi matan skrip dan masa 5 hari untuk bersiap. Tenaga tambahan dari Jerash baru sampai 3 orang telah pun aku kerahkan untuk menyiapkan props yang diperlukan. Sponsor untuk baju belum ada,jadi teruslah reka sendiri kostum yang akan dipakai. Kedai kain India yang murah telah kami terokai untuk mencari material. Tugas mereka cipta koreografi dah aku serahkan pada Ema',Jiha dan Fairuz. Ajwad dan Adib pun aku minta usahakan juga walaupun tau depa tu sibuk dengan kerja-kerja yang dah sedia ada. Tapi memang macamnilah..siapa yang tak sibuk kan? Ummu yang sibuk sesibuknya pun sempat je buat skrip. Takde alasanlaa.. Inilah gambaran biasa bila baru dapat skrip untuk persembahan. Kita memang tak cukup tenaga profesional,kurang pengalaman,peralatan serba dhaif,sponsor tak ada. Tapi dalam keadaan inilah kita terus mengorak langkah. Kita cukup yakin be...