Sejak akhir-akhir ni selalu sangat berlaku gangguan letrik kat chalet ni. Sudahlah cuaca semakin panas. Harini je mencecah 54 darjah. Aduii..bahangnyaa Yaallah. Naik Armada pasang aircond pun macam takde hasil. Duduk dalam bilik bukak aircond paling sejuk pun tetap berpeluh. Apa lagilah bila Tuhan uji dengan letrik takde ni. Nak latih untuk pandai syukur dengan ujianlah ni.. Semalam lepas tawaf bawak adik-adik ke maktabah tempat Rasulullah lahir. Ada tulisan disitu yang mengatakan,disini tiada bukti yang kukuh bahawa Nabi dilahirkan disini. Jadi dilarang berdoa atau mengambil berkat. Hm.. Macam-macam cara wahabi buat untuk melenyapkan pengaruh Nabi dimuka bumi. Nasib baik Tuhan jadikan hati sebagai telefon untuk menghubungkan kita dengan roh Nabi yang sangat berperanan dari dulu sampai sekarang. Kalau nak harap apa yang dilihat dengan mata je,memanglah takde apa yang tersisa. Hebatnya Tuhan pencipta hati. Menghubungkan kita dengan orang-orang kesayangan yang jauh dimata,tidak dap...