Skip to main content

Inilah Abuya kita

Rupa-rupanya bila kita sering menyebut-nyebut sesuatu hal tukan,ianya akan menambahkan rindu dan ingatan kita kepadanya. Macamlah bila kita sebut-sebut tentang seseorang,maka rindu pun kian menjelma. Kerana itu perlu rajin selawat untuk suburkan rindu pada Nabi kita. Dan rindu aku pada Abuya kian bertambah bila sering aku menulis tentangnya. Ini untuk korang dan semua yang selalu merindui Abuya tercinta..

Aku bukanlah anak Abuya yang terbaik. Malah aku boleh dikategorikan sebagai anak perempuan Abuya yang tercorot. Ye.. Anak perempuan. Sebab anak lelaki ada yang lebih gangster lagi. Setidak-tidaknya ranking itu berlaku dizaman dulu-dulu. Zaman ketika belum perasan diri itu masam waktu lepas balik sekolah dan rasa pelik bila orang suruh mandi. Ok.

Bila aku tengok mak ayah sekarang sedih-sedih nak tinggal anak bila mereka terpaksa musafir/berjauhan,aku sering bertanya dalam hati,sedihkah Abuya dan Ummu ketika terpaksa meninggalkan kami dulu? Seingat aku,bila sesekali dapat bertemu samada di Thailand/Singapore,aku tak pernah melihat riak kesedihan diwajah mereka menjelang saat perpisahan dengan kami. Malah bila aku cuba mengada-ngada bajet anak manja,Ummu Abuya buat biasa saja! Hanya sekarang baru aku katakan pada diriku, apa yang kau tahu tentang hati ayah dan ibumu?

Korang percaya tak yang aku sampai sekarang masih ada rasa cemburu bila tengok mak ayah gedik-gedikkan anak mereka. Aku macam jeles gila sebab dulu rasanya tak sempat dimengada-ngadakan oleh Abuya Ummu. Zaman kian berlalu. Sekarang kalau pisah,mak ayah boleh skype,bbm,voice note,fesbuk,twitter,telefon-telefon,sedangkan zaman aku dulu? Public phone pun tak mampu. Maka adalah perkara biasa bila tidak mengetahui kabar Abuya Ummu dalam tempoh berbulan lamanya. Tiba-tiba je akan adalah sesiapa yang baru balik dari xpdc dengan Abuya Ummu menjengah rumah yang kami diami bersama Kak Fizah dan Abang Zari di Sungai Penchala dan membawakan buah tangan yang banyak. Wahh.. Tak sia-sia merindu. Ada buah tangan lagitu! Buah tangan beserta surat tulisan tangan ibuku.

Syampu untuk Khaulah
Sabun untuk Atiah
Tisu untuk Khaulah
Jarum benang untuk Atiah
Gula-gula hacks untuk Fatim
* ok yang gula-gula hacks tu aku reka!

Demikianlah pembahagian buah tangan yang berlaku dengan adilnya. Buah tangan yang dimaksudkan ialah barangan hotel yang Ummu kumpul disetiap negara yang disinggahinya. Ala.. korang macam tak pernah terambil tuala hotel dan menyangka ianya free kan? Terima kasih Abuya Ummu. Untuk budak kampung,dapat barangan hotel yang masih ada bau hotel tu sangatlah berharga. Peluk erat sayang nak guna sebab tau barang ni dari Abuya Ummu. Kadang-kadang ada tambahan iaitu selimut dari kapal terbang yang Abuya Ummu naik untuk menuju ke destinasi perjuangan berikutnya. Cukuplah untuk kami 2 beradik waktu tu. Buah tangan itu bagai berkata kepadaku hingga kini,lihatlah bagaimana ayah ibumu merantau keserata dunia,singgah sebentar disini dan sana,untuk melihat islam kembali berbunga. Dan barang-barang hotel beserta selimut kapal terbang itu menjadi saksi akan kebenaran perjuangan ini. Macam sedih kelakar pulak cerita ni.

Rupa-rupanya tabiat Ummu mengumpul barang hotel dan barang kapal terbang untuk dijadikan ole-ole itu kekal hingga hari ini. Waktu Ummu naik flight Emirates kelas pertama menuju ke Jordan sekitar 3 tahun lalu,yang menjadi penemannya ialah adikku Kakak. Dialah adik dialah kakak dan kadang-kadang dialah mak! Macam biasalah penumpang kelas pertama layanan mesti best punya. Dah best sangat tu Ummu siap order makanan berulang kali dan minta Kakak packing lagi. Anak kami ramai,kata Ummu. Campur anak yatim di Jordan lagi (ada rumah amal GISB disana) Ramai dok tunggu! Pramugari yang tak pernah tak senyum tu pun akan ikut jelah menghantar itu dan ini kepada Ummu. Dasyat woo aura Ummu. Flight tu dia buat macam GISB punya je! Setiap kali masuk toilet Ummu akan kumpul semua barang toilet tu dan packing lagi! Terbayangkan anak yatim ramai di Jordan,katanya. Yaallah.. Siapa yang mampu naik flight first class sambil ingat nasib anak yatim? Aku naik kelas ekonomi pun dah lupa semua orang dah! Ummu memang selambalah. Kalau aku memang malu tak sudah! Malu tak bertempat rasa best. Sebab tu aku respek gila macamana Ummu boleh naik first class sambil bawak baldi! Korang berani?

Abuya Ummu selalu bagitau,kita ni heran sangat apa kata orang. Tapi ada kita heran apa kata Tuhan? Dengan orang tu jaga sangat tatasusila,protokol dan sebagainya. Tapi dengan tuhan? Solat pun malas pakai baju! Orang lakila tu. Kalau orang perempuan buat memang nak kena sebat! Macam Abuyalah kalau makan dihotel mewah manapun,Abuya selamba je pakai tangan. Lepastu dah habis makan boleh siap jilat jari lagi untuk pastikan takde nasi yang terlekat dijari terbuang. Abuya bukan heran! Punyalah taknak membazir. Kalau akulah kan,padahal kalau makan pakai sudu tu jelaslah tak kan kenyang! Kau bukan orang putih dari kecik makan pakai sudu. Lahir-lahir je dah makan pakai dulang. Tapi pasal konon nak jaga standard kan,padahal takde orang tengok kau pun,kemain lagi bersudu garpu pisau bagai. Ha lepastu siap boleh terpelanting daging ke meja sebelah lagi. Malu tak malu? Nak jilat-jilat jari lepas makan ni lagilah takde! Takut orang kata pengotor. Kerana orang,kau lupa kata Tuhan tak bagi membazir walau sebijik nasi. Aduiii.. Tak halusnya hatiku. Tapi memang dah macam mentaliti setengah masyarakat kita,kalau makan bagi licin pinggan tu kira macam kebulurla. Makan tu kena bagi sisa sikit supaya orang tengok kau makan sikit. Alah! Kalau dah badan gempal macam kau ni apa ingat orang percaya kau makan secoit?

Ummu cakap,Abuya tu sebelum makan akan tenung makanan sambil mengenangkan semua yang berjasa untuk sampainya makanan itu ke meja. Abuya bahkan akan mendoakan semua mereka. Aku? Termenung pasal apa lauk harini banyak ni je? Tuhan.. Susahnya nak meniru peribadi Abuya dan Ummu. Moga-moga dengan bercerita tentang ini,aku mendapat berkat darinya. Sikit pun jadilah..

Terlalu banyak bahkan makin dicerita makin banyak rasanya hal yang ingin dikongsi bersama disini. Korang doakan aku boleh sambung lagi ye..

Comments

Anonymous said…
tolong cerita lagi.rsa seronok baca pasal Abuya dan Ummu.menangis sambil gelak bca posting kali ni.
Anonymous said…
Time kaseh tuhan.time kaseh RSA yg tlh mgerak2kn hati putri Abuya ni utk brkongsi mutiara2 yg x trnilai arge nya.tlg sambuuug lg.kami x sabar nk bc lg.time kasih putri Abuya...
Anonymous said…
Kongsi lh lg..
Anonymous said…
Kolah .."̮ best2 .."̮ moge kte dpt meniru peribadi Abuya&umu ckit pon jd la .."̮
Anonymous said…
Sambung!! Jgn tak sambung! Ni permintaan dari Mekah ni...hehe
Anonymous said…
Sambung juga bu, ini permintaan khas dr papua nun jauh disana. Paling timur.....
Paling jauhhhh.....kami sangat terasa menyirami hati2 kami. Trimakasih
Anonymous said…
Perkongsian yg sgt mahal!takleh dapat kat mane2 pun selain disini..jd wajiib sambung ye Putri Abuya.
Anonymous said…
Subhanallah,hebatnya perbadi abuya n ummu..kongsi lagi..seronok membaca..
Anonymous said…
Crite lah lg... Org Kuching nak dpt berkat gak...
Anonymous said…
Nangis bila dengar seorg ibu sanggup amik brg2 hotel...utk buah tangan anak2..sungguh buj manusia berhati malaikat..tk ibu khaulah ceritakan pengalaman bersama Abuya dan Ummu..jgn berhenti..smpai bila2..teruskan..supaya kami tahu kisah perjalanan Abuya dan Buj ar..
Anonymous said…
Kalau boleh, mohon ada perkongsian pengalaman dan perkongsian rasa dari Ibu Athiah juga. Pengalaman dan rasa yg orang lain takde. Anak2 Abuya kalau ramai2 boleh buka cerita dan berkongsi pengalaman mcm ni, lgila best. Makin terubat rindu dgn Abuya.
Anonymous said…
terima kasih k.olah atas perkongsian...janganla nak geram2 kat kami kalau kami beria2 nak amek berkat..dahla jarang jumpa..anak2 Ummu la yang selalu ikut Ummu kulu kilir, jadi, memangla nak keberkatan tu. pengalaman kami ni xdelah seberapa dibandingkan k.olah dan adik bradik...pengalaman menyebarkan Islam seantero dunia...
Anonymous said…
Rindu abuya..
Anonymous said…
isshh....kubace kisah ini dengan lelehan airmata....tersentuh hati lelaki aku bile bace kisah Abuya ni...teruskanlah menulis, sangat berharga utk mrk yg sdg belajar2 mencipta rindu dalam hatinya dgn pemimpin sebaik Abuya...
Unknown said…
btul3....sambung lagi.... hubby sampai tarik muka pelik tngok saya baca blog sambil senyum2, sambung lagi ye..
Anonymous said…
Salam...klu ummu tu igt sgt kat anak2 yatim tu..pasti dia naik kelas ekonomi je kan? He3
Abuya yg plg syg anak yatim tu pun spnjg naik flight mmg amik 1st class.hehe.. Kena pndai letakkan seseorang kena pd tmptnya dik.. Sbb tu kereta Abuya lexus,alphard. Tak pula naik kancil.kan?

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b