Skip to main content

Tangisan rindu

Kewafatan Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dihati salah seorang sahabat Baginda iaitu Saidina Bilal r.a. Kesedihan dihatinya itu membuatkan dia berhenti daripada melaungkan azan, meninggalkan Madinah dan pergi ke Syam.

Setelah beberapa tahun berlalu dari hari kewafatan Rasulullah, Saidina Bilal melihat Rasulullah di dalam mimpi. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, "Mengapakah kau bersikap keras sebegini Ya Bilal, tidakkah kau ingin menziarahiku?"

Saidina Bilal terjaga dari tidurnya dan terus merancang untuk kembali ke Madinah. Sebaik saja tiba di Madinah, beliau terus menuju ke makam Rasulullah. Saidina Bilal duduk bersebelahan dengan makam Rasulullah sambil menangis, menangis & menangis, mengingati hari-hari indah beliau bersama Rasulullah s.a.w. Bergetar hatinya penuh cinta dan rindu terhadap seorang yang telah memberikan kehidupan dunia akhirat kepadanya. Bagindalah yang telah melepaskan Saidina Bilal dari perhambaan dan memuliakannya,seterusnya mengangkat beliau menjadi seorang muazzin.

Sedang Saidina Bilal menangis keharuan disisi makam yang menyimpan jasad mulia Baginda Rasul itu,beliau melihat Saidina Hasan dan Saidina Husin. Terus dipeluk dan dicium kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah itu bagaikan ingin melepas rindu kepada Nabi yang sekian lama ditanggungnya. Saidina Hasan dan Husin kemudiannya meminta Saidina Bilal untuk melaungkan azan. Maka ketika tiba waktu solat,Saidina Bilal pun mengumandangkan seruan azan dan azan ini adalah yang pertama kali selepas kewafatan Rasulullah.

:: Tuhan..andai aku memohon untuk puluhan tahun lagipun,nescaya aku tidak akan dapat hidup (secara jasad) bersama kekasihMu yang dirindui itu. Namun izinkanlah aku untuk mendapatkan rohnya agar keindahan bersamanya tetap bisa aku perolehi..

 

Comments

Anonymous said…
terubat rndu dkt korg bla tgk pic ni

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b