Skip to main content

Kerajaan atau pembangkang?

Makin dekat tarikh PRU 13,makin panaslah bahang yang dapat dirasakan dinegara kita Malaysia. Tapi disebabkan aku berada nun jauh dari negaraku itu,maka bahang tu tidaklah terasa sangat. Walau bagaimanapun,bukankah kini dunia dihujung jari? Maka jari jemariku inilah yang telah berperanan menyambungkan aku dengan dunia diluar sana. Dunia tanpa sempadan katanya!

Facebook,twitter,blog dan sebagainya itu kini dipenuhi dengan bermacam-macam berita. Tak kurang juga sejenis provokasi,gosip (nak cakap fitnah takut salah),gaduh-gaduh manja,gaduh tak manja pun banyak.. Yang paling rajin aku ikuti ialah pergaduhan penyokong U*N* dengan sorang artis yang telah berhijrah dan kini aktif dalam dunia politik iaitu Abby Abadi. Fuh!! Memang panas. Yang kelakarnya macam-macam hujah dikeluarkan untuk menyokong kebenaran dipihak masing-masing. Waktu nilah semua ayat quran,hadis habis digunakan untuk menyerang dan juga mempertahankan kubu.

Bagi aku yang tidak memihak pada mana-mana puak ni,bukan sebab takde pendirian,tapi pada aku,bahkan aku yakin ramai lagi yang sependapat dengan aku melihat,samada kerajaan mahupun pembangkang,hakikatnya keduanya itu bukanlah alternatif terbaik untuk menerajui negara kita. Boleh dikatakan dua-dua pun tiada bezanya. Oleh kerana tiada pilihan,maka tidak memilih juga ialah satu pilihan aku kira. Disaat kita lapar nasi,kalau orang offer mihun atau mee,dua-dua pun kita reject.

Kita mahukan sebuah negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan. Negara yang melindungi semua rakyatnya tidak kira bangsa dan agama. Kalau dikatakan kerajaan yang ada ini tidak mampu mewujudkan semua itu,pembangkang juga belumlah terbukti kemampuannya. Beberapa negeri dibawah taklukannya itu pun tidaklah berjaya dilaksanakan betul apa yang dikata. Apa lagi hendak mentadbir seluruh negara! Nanti hasilnya sama saja dengan apa yang sedia ada.

Kita hanya mampu berdoa agar Tuhan terus melimpahkan rahmatnya keatas negara Malaysia tercinta. Janganlah hendaknya negara ini sampai dibala terus menerus tanpa belas kasihan dari Tuhan. Moga Tuhan datangkan pemimpin bersama kerajaannya yang akan mewujudkan sebuah negara islam terbaik seperti yang pernah wujud dizaman kebangkitan islam yang pertama. Perkenankanlah...

Aku masih terus mengaminkan doa Abuya untuk negara ini..

Yaallah.. Ya rahman..
Cucuri rahmat dan berkatMu
Keatas negara Malaysia
Kerajaannya rakyatnya aset-aset dan seluruh isinya
Jadikanlah negara ini baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur
Satukan rakyatnya tidak kira etnik bangsa dan agama

Yaallah berilah hidayah kepada seluruh rakyatnya
Pemimpin ulama-ulama dan pegawai dan seluruh penduduknya
Selamatkanlah kami dari kehinaan dan juga bala bencana
Satukan rakyatnya aman damaikan kami sepanjang masa

Majukanlah insaniah kami dan majukanlah negara kami
Jauhkan kami dari sebarang jenayah
Dan dari gejala yang tidak sihat
Selamatkanlah kami dari musuh-musuh yang berniat jahat
Berilah kami iman berilah kami taqwa
Perpaduan sebagai kekuatan

Jadikanlah Malaysia negara contoh
Setidaknya bagi negara islam seluruh dunia
Jadikanlah Malaysia negara aman makmur
Dan mendapat keampunan Tuhan
Yang mana ia berjalan didalam suasana
Alquran dan assunnah

Itulah cita-cita kami Yaallah..Ya tuhan kami
Kabulkanlah permintaan dan hajat kami
Sesuai dengan cita-cita seluruh rakyat negara ini
Untuk membangunkan negara aman makmur
Dunianya maju dan cahaya akhiratnya lebih-lebih lag









Comments

Anonymous said…
bgus khaulah msh ambk thu psal krjaan mlysia..mmg sedeh skrg ni bla cter psl ngara mlysia...mgundi tah bla xthu asik duk tding jri je..smp bpuak2.alhamdulilah ana ni jns bkn berpolitik..bla tgk yg tlalu finatik dgn politik ni kdg tu nek pleik tgk dorg ni..emm..riso nya lh andai ngara mlysia ni jd mcm ngara gaza..masyaallah..ya ALLAH lidungi lh ngara kmi.aminn..
Anonymous said…
Akhirnya Kak Khaulah update jugak blog nie.....ALHAMDULILLAH....

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b