Skip to main content

Makanan Malaysia busuk

Sepanjang duduk bertahun kat Jordan tu memang banyak dapat kawan. Lagi-lagi bila dah masuk jamiah. Makin besarlah network. Eh. Tapi yang paling akrab ialah dengan Hadeel. Hadeel Assafi namanya. Perempuan ye. Rapat sampai sekarang walaupun dah lama tak berhubung. Namun hati kekal bersatu. Ceh! Boleh berkawan lama ni biasanya sebab serasila kan. Kenapa serasi? Padahal rupa paras kami memang jauh berbeza. Kalau aku jalan sebelah dia orang akan sangka aku ialah orang gaji. Ok. Serasi itu soal hati ye kawan-kawan. Sila semak entry terdahulu tentang hati. Huhu..gaya cikgulah sangat.

Kami lahir bulan yang sama,perangai suka lompat-lompat pun sama (waktu muda dulu dan masih ringan),ketinggian pun sama,suka sembang dalam kelas dan dimarahi pensyarah pun sama-sama,kawin ditahun yang sama,sekarang duduk Saudi pun sama-sama cuma dia nun jauh di Abha,dan aku di Mekah. Hanya keindahan wajah yang berbeza. Terpaksa ulang banyak kali tang wajah ni demi membuktikan bahawa orang yang cantik macam Hadeel tetap boleh berkawan baik dengan orang tak cantik macam aku. Asal saja kita bahagia.

Banyak sangat kalau nak cerita tentang kawanku yang sorang ni. Macam-macam hal. Tapi kalini nak cerita berkaitan dengan tajuk iaitu makanan Malaysia busuk. Wahh..ini penghinaan ke apa? Boleh masuk ISA ni. Err..

Hobi kami ialah lepak diperkarangan kolej. Sementara nak tunggu waktu kelas seterusnya tu kami akan bersembang sambil berjajan. Jadi ada satu hari tu Hadeel suruh aku bawak jajan khas Malaysia. Yang takde kat Jordan katanya. Maka aku pun gagahlah goreng keropok ikan dan bawak ke kolej pada esoknya. Hadeel ajak kawan-kawan lain jugak untuk join makan jajan melayu tu. Sudahnya apa? Depa bisingla haii..pasal keropok tu bau ikan. Tangan busuk,mulut busuk ikan katanya. Padahal aku rasa biasa je. Kan? Keropok ikan je kot. Bukannya aku bagi ikan bilis orang pantang bersalin tu. Jenuhlah depa cari shinggam untuk cover kebusukan yang didakwa itu. Oh ya..shinggam iaitu chewing gum diibaratkan sebagai deodorant untuk mulut oleh kebanyakan orang arab. Selalunya deodoran dipakai untuk wangikan ketiakkan? Dan bagi mereka shinggam adalah untuk mewangikan mulut. Bangun tidur terus makan shinggam. Besar jasa kau shinggam! Colgate tak laku.

Rentetan dari peristiwa itu satu hari Hadeel bagitau aku yang Dr Hisyam Sultan (kawan Abuya) yang mengajar kelasnya tu salu ke Malaysia. Dan selalu cerita tentang Malaysia. Rasanya Dr Hisyam dah boleh dilantik sebagai duta melawat Malaysia ye. Dokter bagitau yang ada satu buah kat Malaysia,berduri,rasanya sedap tapi baunya busuk. Kalau nak bawak naik flight memang tak lepas takut pilot terganggu dengan baunya. Ok itu agakan akulah. Benda sedap tapi busuk. Durian. Aku gelak besarlah. Dahlah kes keropok ikan tak setel lagi,sekarang timbul pulak cerita sejenis lagi benda busuk dari Malaysia. Aku cubalah untuk membela negaraku dengan berkata,alaa..makanan arab pun kan ada yang busuk macam jeruk-jeruk tu. Tapi ok je bila kita makan. Namun hujah aku itu sia-sia kerana ternyata kebusukan durian/keropok ikan bagi mereka tak dapat menandingi busuk jeruk bagi aku. Seliratnya ayat.

Tapi bila difikir dalam-dalam,akui jelah wahai orang melayu bahawa makanan kita memang banyak yang bersifat busuk tapi sedap. Hah? Tak tau makanan apa tu? Janganlah nak buat perangai lupa asal usul. Budu,tempoyak,belacan,cencaluk,rebung,ikan masin,ikan pekasam,nampla dan yang sekategori dengan mereka. Familiarkah anda dengan makanan busuk-sedap itu? Huhu.. Akhirnya aku tersenyum kambing dan mengaku depan Hadeel yang bangsa melayu memang hebat kerana mereka boleh makan makanan yang busuk..

Comments

Anonymous said…
hahaha...btotl2..suspen jek tajuk entry..cam pelik je k.lah nak kutuk mknn malaysia kann..terime seadanyaa sekaliann...makanan malaysia busukk..hehe..(^_^)

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...