Skip to main content

Antara poligami dan kemiskinan

Mana lebih susah,hidup poligami dengan suami yang berkemampuan ataupun monogami dan suami miskin?

Itu soalan dari Ummu untuk kami pagi ni waktu kuliah subuh.
Soalan ni dah tentulah untuk kaum ibu saja. Sebab orang laki memang ok je dengan poligami (secara lahirnya) walaupun bini bergaduh sampai periuk melayang itu sama sekali tidak indah ye..

Dikalangan kami ni ada yang berpendapat bahawa poligami lebih susah. Ada juga yang rasa suami miskin lebih derita. Pada aku suami miskin lagi susah. Huh! Janganlah tuduh aku mata duitan. Walaupun aku artis(konon-konon) tapi tak bermakna aku mengejar lelaki berpoket tebal. Ayat macam dalam ruangan gosip. Yang aku maksudkan tu ialah yang macam Ummu bayangkan iaitu suami itu miskin sampai anak hanya mampu pakai kain perca buat lampin. Bila ada yang cakap pakai tisu. Ummu cakap nak beli tisu pun tak mampu. Ok jujur aku tak sanggup. Tidak.

Tapi ada je yang sanggup dengan alasan miskin boleh usaha. Sedangkan poligami mujahadahnya selama-lamanya. Betulla jugak tu. Tapi bila dapat tarbiah,macam mudah je poligami tu. Eh tapi kalau miskin boleh redha pun ok je kan. Hah! Pening nak pilih mana.

Akhirnya Ummu jawab,dua-dua pun susah. Poligami dah tentulah jadi night mare bagi kaum wanita kan. Tapi tengoklah juga kesusahan yang terpaksa Siti Fatimah binti Rasulullah tanggung. Hidup dalam kemiskinan yang bersangatan. Namun dia tetap redha dengan Tuhan dan tenang menghadapi semua itu. Tepung dikisar sendiri. Air terpaksa diangkut berbatu dari rumah. Mana nak jaga anak lagi. Harta suami pula hanyalah baju besi. Bila Siti Fatimah memohon pada ayahnya agar diberikan pembantu untuk kerja-kerja beratnya itu,Rasulullah menolak permohonan itu dan membekalkan bacaan tasbih saja kepadanya. Hebat didikan Rasulullah untuk anak kesayangannya itu. Siapa cakap kalau sayang anak kena bagi intan permata emas berlian? Padahal Rasulullah kalau nak kayakan anak tu bolehla sangat. Dunia akhirat ni dicipta kerananya.

Sebab itu Siti Fatimah tanpa poligami pun dia sudah layak untuk menjadi wanita penghulu syurga. Kerana dia melalui penderitaan yang sama seperti poligami bahkan mungkin lebih berat lagi. Dan dia setuju dengan Tuhan. Tak pula dia melatah melalut. Tetaplah tenang dan meyakinkan. Bahkan iman taqwanya makin menebal.

Jadi bila ada yang kata tak perlulah poligami sebab Siti Fatimah pun tak lalui! Boleh..syaratnya engkau kena kisar tepung sendiri,jangan beli tepung yang dah ada kat Tesco,sila angkat air berbatu-batu,jangan cuba pakai bekalan air dari syabab dan pastikan harta suamimu hanya baju besi. Atau baju kemeja. Saja. Sahaja. Boleh? Kalau tak sanggup,sila akur untuk dicabar nafsu yang 9 itu dengan poligami indah dari Allah dan Rasul. Tak mampu takpe. Tapi jangan tolak!

Ada orang kata sanggup susah senang dengan suami lautan api pun ku renangi. Tak caya!

Comments

Anonymous said…
Erm, testing2, syabas k.olah, suka baca blog kamu,teruska menulis ya.nak tanya satu soklan lah? Harap sudi jawab ye.. Yelah da kak olah duk citer psal poligami ni kan, nak tau kak olah ni da kawin blom?
Unknown said…
Assalamualikum... wahh sngt hebat didikan Abuya bt isteri dan anak2nye... subhanallah maha hebatNya Allah....

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...