Dah lama sangat aku nak buat entry ni. Tapi baru la ni ada kesempatan. Dah jadi jeruk pekasam kot cerita ni. Takpelah.. lagipun aku rasa banyak je orang suka makan jeruk dengan ikan pekasam kan? Jadi,terimalah..(bajet nak buat konsert) Aku sekarang tinggal dan bertugas di Chalet Al wahah atau nama komersialnya ialah Chalet Nur Muhammad. Chalet ni milik syarikat Global Ikhwan sdn bhd dan rasanya merupakan satu-satunya chalet milik orang melayu kat Mekah ni. Chalet NM ni terletak di Shumaisi,Mekah(dulu dikenali dengan nama Hudaibiyah)berada betul-betul diborder antara tanah haram dan tanah halal. Kalau korang biasa ke Mekah korang taulah apa tu tanah haram dan halal. Panjang pulak aku nak cerita. Chalet ni terletak ditanah halal. Dekat dengan Hudaibiah,tempat miqat bagi mereka yang ingin berumrah. Kedudukan chalet ni memang strategik gilela sebab memang tepi highway Mekah-Jeddah. Susahla kalau kata sesat tak jumpa cari. Tak cari pun memang akan jumpa,insyAllah.. Pintu masuk ke Cha...