Nasi goreng tomyam
(resepi ni sempat dibuat oleh adik saya,fah yang memasuki pertandingan masak dan kalah)
Bahan-bahan
Nasi putih
5 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 biji bawang besar dipotong nipis
Daun limau purut dipotong nipis
Cili kering siap giling/blend
Serai dipotong bulat
Ayam/daging dipotong kecil
Sos tiram
Nampla/air ikan
Sedikit perahan limau nipis
Garam
Gula
Cara-cara
Panaskan sedikit minyak kedalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Masukkan ayam/daging serai dan cili giling. Setelah cili masak,masukkan sos tiram,nampla juga daun limau purut. Tuang air perahan limau nipis,perasakan dengan garam dan gula. Rasanya agak masam manis. Kemudian masukkan nasi dan adun dengan api yang agak kuat. Boleh juga dicampur cili padi,sayur-sayuran. Ikut suka la.. Anyway,nasi goreng ni kalau jadi memang sedap. Tapi kalau tidak,akan kalah ye dalam pertandingan memasak peringkat Jerash. Fah jangan tegang..!
Sup siam
Bahan-bahan
Bawang besar dibelah 4
Serai dititik
Cili padi dibelah tengah
Cuka
Daun limau purut
Garam
Ayam/lembu/kambing/seafood
Daun ketumbar
Cara-cara
Rebuskan daging sehingga separuh masak. Masukkan bawang,serai dan cili padi. Setelah masak semuanya,masukkan cuka dan perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan daun limau dan daun ketumbar. Simple dan sedap.
*Saya bukan chef hotel mahu pun restoran 5 bintang. Masak untuk memenuhi selera diri,keluarga,dan masyarakat sahaja. Maaf,belum sempat sertakan gambar. Insyaallah lain kali.

Comments
tabiklh k.khaulah pandai masak.... hehehe