Assalamualaikum
Bismillah..
(ok,ramai yang tak tau,mafi kalam qobla salam. Terjemahannya,tiada kata-kata sebelum mengucapkan salam. Jadi sila jangan baca Bismillahirrahmanirrahim,assalamualaikum)
Teguran diatas tiada kena mengena dengan tajuk entry eh. Sekadar ingatan buat diri,keluarga dan masyarakat..
Diantara keajaiban yang Tuhan ciptakan ialah manusia itu tidur dengan berbagai-bagai gaya. Nampak kecik,macam tak ajaib. Tapi cuba bayangkan kalau bentuk kita tidur sama je. Katalah tidur lasak. Ha..tak ke haru kalau satu rumah tidur lasak? Ataupun satu asrama tidur ganeh? Na’uzubillah..
Saya memiliki 38 adik beradik. Yang batch saya sekitar lebih kurang 20 an orang. Maksudnya ialah,adik beradik yang saya sempatla tengok mereka tidur. Yang lain tu tak dan sebab semuanya sudah berumahtangga sebelum sempat saya membesar dan pandai menilai tidur orang. 20 tu pun..hish..macam-macam gaya! Antara gayanya ialah:-
Tidur tegak tanpa bergerak dari malam ke pagi
Tidur bergerak seperti sedang berenang
Tidur lasak sehingga mencederakan kawan sekatil dan yang bawah katil
Tidur mati-tak akan bangun kalau tidak diugut
Tidur berjalan-jalan. Bukan ke taman. Tapi hanya persekitaran bilik tidur
Tidur tak lena-tak boleh dengar bunyi langsung akan terbangun
Tidur tak sengaja secara tiba-tiba-seperti tidur dikerusi imigresen KL ketika sedang sibuk isi borang renew pasport
Tidur tegang-tidur sambil marah-marah sebab adik beradik ramai jadi asyik keluar masuk bilik,buka lampu dan terlupa tutup,konker kipas dsb
Muka memang comey2,tapi time tido camne..?
Itulah senarai gaya tidur adik beradik ajaib kesayanganku. Boleh dijadikan panduan dalam mengkategorikan gaya tidur kawan/keluarga anda
Yang paling dekat dihati ialah gaya tidur no 3. Nama pengamal gaya itu terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Tapi diharap dia sendiri akan buat pengakuan melalui FB. Bukan saya ye. Jangan silap. Saya gaya no..eh,rahsia! Saya ialah MANGSA. Seringkali menjadi mangsa. Tapi kejadian paling sadis berlaku kira-kira 5 tahun lalu di St Quentin,Perancis rumah Abdul ilah. Sedang asyik tidur tiba-tiba saya dihempap dari kepala hingga kaki oleh satu objek legap. Berat. Tak boleh bernafas sama sekali. Allah..apakah ini? Saya cuba menolaknya sekuat hati tapi gagal. Saya terpaksa bersuara,
Saya: ****(nama rahsia tadi),kenapa tidur atas k.lah ni?
**** : Mana ada! Ni tempat **** lah..(sambil meneruskan tidur seolah-olah...?)
Esok pagi saya buat kuliah berjudul tidur menurut islam. Antara isinya ialah,tidur kalau tak kena gaya pun boleh jadi dosa tau! Lebih lagi kalau boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian. Hasil kuliah tiada kesan kerana kejadiannya tetaplah berulang sampai ke hari ini. Tapi tak pe. Sakit pun,adik punya pasal,tahan jee..
Adakah mereka ini watak dalam cerita diatas?
Motif entry ini bertujuan nak sampaikan bahawa:
Adik beradik ramai
Adik beradik suka tidur
Teringat kenangan di St Quentin,Perancis
Hobi buat kuliah
Sayang kat adik beradik
Tuhan maha hebat menciptakan semua keajaiban dan keindahan ini
Selingan lah..Isu berat dah selalu :-)
Ok..ampun maaf. Salam
Sebahagian adik-adik yang disayangi. PEACE!

Comments