Skip to main content

Peristiwa tahanan di Mekah

Bila sampai je Malaysia,terus terasa macam sibuk yang tak henti-henti. Kesana sini,dari satu negeri ke negeri yang lain. Cuaca Malaysia yang suam-suam kuku ni menyebabkan badan mudah lesu. Cakap tu macamlah kau omputih! 

Aku sebenarnya dah niat nak cerita pengalaman bagaimana ditahan,disoal siasat dan seterusnya serba sedikit pengalaman dalam tahanan. Tapi bila dah sibuk sangat kononnya ni,jadi hilang fokuslah pulak. Nak menulis pun dah tak tau nak tulis tajuk apa. Tapi bila dah agak sebati ni maka sikit-sikit dah mula mendapatkan fokus kembali. 

Baiklah.. Aku sebenarnya mendengar pelbagai versi penceritaan berkenaan penahanan kami ni. Yang paling kemuncak dah tentulah berita tentang Ummu akan dipancung. Huh memang ngeri. Aku kalau ke Jeddah tu memang selalu lalu depan Masjid Qisas tempat orang dihukum pancung. Tak sangka pula nanti akan berlegarnya berita yang terkait-kait dengan masjid itu. Haru betul! Jadi kalini biarlah aku bercerita dari sudut orang yang mengalami sendiri peristiwa itu (dan juga direzkikan menjadi penterjemah ketika Ummu disoal siasat) Cerita yang bakal aku kongsikan ini kira kisah benarla kan pasal aku memang terbabit dari awal sampailah akhir. Memang akhir pun sebab aku balik pun dengan rombongan Ummu yang boleh dikatakan rombongan terakhir. 

Kami ditahan pada 27hb sekitar pukul 1-2 pagi. Aku pun tak tengok jam. Tererlah orang yang kena tahan sempat kerling jam kat dinding. Beberapa jam sebelumnya,aku dengan adik-adik masih di chalet sebab ada show depan jemaah umrah. Yang hairannya,malam tu kami show dalam keadaan menggigil. Tak tau kenapa. Dah sampai lagu yang ke berapa pun gigilan tu tak hilang lagi. Kami pun sembang-sembang belakang pentas kenapa semua menggigil? Lapar ke? Rasanya macam makan dah. Rupanya itulah petanda awal yang kami akan ditahan sebab selepas tu kami dimaklumkan bahawa pihak yang nak menahan tu dah kepung keliling chalet waktu kami masih show lagi. Kira depa dapat tengok show free lah kan. Tu yang pegawai soal siasat tu bila nampak je muka aku dia kata,kau kenapa menyanyi? Nampak Adib and the gang dia kata,korang asal menari? Hehe.. Dia boleh ingat muka kami tu yang mahal tu!

Lepas je show kami cepat-cepat balik naik Armada berkejar nak ke kedai beli barang. Takut kedai tutup. Jadi memang tak makan kat chalet sebab Abg Faah janji nak belanja makan. Bukan senang tu! Humam,Jun dan beberapa orang lagi yang kelaparan tu depa nak balik dengan jemaah umrah naik bas pasal nak makan dulu. Tula korang.. Sape suruh tak balik sekali? Kan dah tak kena tangkap. Hehe.. Maka kami pun bergegaslah melewati check point Syumaisi dan meluncur ke Mekah menuju Aziziah. Dah beli barang,makan,balik rumah dalam pukul 12 lebih. 

Rasa macam baru je terlelap bila tiba-tiba terdengar suara kata ada orang laki kat bilik. Disebabkan mamai,aku boleh tarik selimut balik untuk sambung tidur. Lepastu Fatim,Kak Izzah semua bising lagi kata ada orang masuk rumah. Aku nampakla ada orang kat pintu bilik tapi sebab mengantuk jadi boleh relaks je. Dalam hati dah tertanya-tanya,perompak ke? Barulah aku sedar rupanya kalau dah ngantuk tu,polis penuh satu rumah pun kau boleh layan masuk selimut balik. Bila Fatim dengan Kak Izzah sergah barulah aku macam sedikit segar dan baru kelam kabut bangun. Aku cakap kat budak pakai jubah kopiah putih tu (tak rupa polis langsung!) bagi can kami pakai jubah jap. Dia pun bagila tapi hingaqlah suruh cepat sikit. Lepastu ada sorang lagi pakai jubah singkat macam mangsa banjir masuk bilik tu minta handphone kami. Aku laju je ambik bb aku nyorok dalam laci. Dia tak perasan. Tapi dia sempat ambil ipad aku dengan ipad Fatim. Aku cakapla,tadi minta phone je kan? Kenapa ambil ipad? Dia macam malas layanla. Ok takpe! 

Kami pun dikumpulkan diruang legar depan bilik tu,lepastu terus diarah keluar naik bas. Ha kau bas dia macam nak bawak pergi manasik haji. Waktu nak keluar tu Ummu cari kasut takde,aku pun minta izin kat pegawai imigresen tu nak ambil kasut mak kat pintu lain. Dia tengok aku dia tanya,kau pandai cakap arab ke? Aku jawab na'am. Lepastu dia tanya,kau orang Indonesia ke? Aku jawab,Malaysia. Dalam hati aku cakap,muka aku ada macam orang Indonesia ke? Bila dia tau aku orang Malaysia,muka dia macam pelik. Dia tanya lagi sekali,Malaysia? Ish pakcik ni lagi mau tanya! Yelah orang Malaysia!  

Naik bas je aku nampak Kak Azwa,Abg Am dengan yang lain-lain. Kak Azwa sempat capai handphone dari dirampas oleh pakcik jubah pendek. Kami memang tertanya-tanyalah kan apa yang berlaku? Macam cemas,macam kelakar pun ada. Bas tu terus bawak kami ke imigresen Mekah. Alah sebelah rumah je pun. Sampai je situ kami pun diminta duduk dikawasan legar dalam bangunan imigresen tu. Waktu tu jam menunjukkan sekitar pukul 3 pagi kalau tak salah. Yang lucunya dah gawat macamtu pun ada je yang boleh layan tidur lagi. Betullah korang ni!

Eh! Kita sambung siri 2 nak tak? Hehe.. Drama bersiri lebih best rasanya. Aku dalam flight AirAsia  dari Penang menuju KL ni. Pramugari dah bising suruh off fon. Depan seat aku ni ada Yusri KRU dengan isterinya yang comel Lisa Surihani. Artis pun naik Airasia lah ;-) Now everyone can fly kan? 

Punyalah kalut hidup aku,boleh je buat kerja naik flight bawak laundry bag. Nampak benar tak dan nak basuh baju. Tapi tak boleh lawanla Ummu naik flight bawak baldi!

Oklah.. Untuk anak-anak saudaraku yang disayangi semuanya yang masih berxpdc sambil berkursus,Cik Olah ucapkan selamat berjuang. Doakan Cik Olah boleh join korang lagi nanti. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap Cik Tim,Cik Yah,Cik Faah,Abg Wan tau! Kalau prestasi baik,barulah akan dibelikan ole-ole! Jumpa lagi insyAllah.. Salam

P/s: Ada yang minta aku update blog sehari 2 kali. Aduii.. Memang tak mampula. Bbm orang pun kadang tu tak sempat balas. Apalagilah nak membebel panjang kat blog. Minta maaf sangat yee..


Comments

Anonymous said…
Bukan calang-calang, jika tidak ada rasa hamba, takkan mampu bawa baldi dalam flight. Cuba suruh Yusri KRU bersama isterinya Lisa SuriHani bawa baldi.. Agak-agak mau ke..hehe
Anonymous said…
alahai, xpela i.olsh..lambat update pon xpe..fahamla sgt byk keje..yg suh update sehari 2 kali tu xde keje ke?...hehe..
Anonymous said…
kawin dg saya nak?
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
saye;) said…
eheh..mmg tkde keje pon..sbb blik rumah..tu yg duduk mnghadap blog ni je tk abis2..
update ni tk update ke??
Unknown said…
Wakaka...lawak ah k.olah ni...pungomen2 die pun 2kali5 je..."̮ƗƗA ƗƗA"̮ ...terhibur giler,siot ngan blok ni...wakakaka...
Anonymous said…
I.khaulah...mne update trbru? Hr2 sy mnuggu...hu3..
saye..;) said…
cakap dgn Ibu lah..:(
Anonymous said…
Ibu nk jumpa ibu


Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b