Skip to main content

Perang duit

Entry kali ni kita cerita tentang tajuk Abuya juga cuma mungkin disudut yang lainnya. Abuya tu bawa islam yang bersifat global. Tidak terhad didalam satu-satu bidang saja. Tidak hanya cerita ibadah,tapi juga ada ekonomi,budaya,politik dan lain-lain. Bukan hanya berpesan bahawa isteri solehah tu kena taat suami,tapi juga mengingatkan tanggungjawab isteri kepada perjuangan islam. Abuya tak bawa islam untuk hanya duduk dimasjid,tapi islam Abuya juga boleh sampai kemerata pelusuk dunia. Maka sebagai orang yang suka dan ingin ikut sama dalam perjuangan islam yang Abuya bawa ini,fikiran,perasaan perlulah tepat. Jangan lihat Abuya seperti orang buta 'melihat' gajah. Bayangkan Abuya mengikut fikiran sendiri. Sedangkan yang turut sama menyayangi dan memahami Abuya ialah ribuan kawan,simpati,penyokong dari dalam dan luar negara. Sebab tu dipanggil GLOBAL IKHWAN. Kalau tak global,hanya akan wujud sebagai GENG sajalah!

Diakhir zaman,disaat yang kita kekal meyakini bahawa yang akan memenangkan islam kali ini juga adalah oleh Nabi Muhammad yang jasadnya sudah tiada tetapi rohnya sedang menguasai dunia,maka sepertilah pada kebangkitan islam yang pertama,bersama Nabi Muhammad ini juga kita terpaksa melewati medan-medan perang yang lebih kurang sama getirnya dengan yang pernah dilalui oleh sahabat. Cuma mungkin bentuk peperangannya yang berbeza. Perang apakah itu?

Abuya ketika awal-awal ditahan ISA,disaat semuanya terpaksa dimulakan dari zero telah berdoa,wahai Tuhan sekiranya bersamaku jni adalah kebenaran maka jadikanlah aku orang yang kaya. Kenapa Abuya minta untuk kaya? Kerana Abuya tahu bahawa peperangan paling sengit diakhir zaman ini ialah perang duit! Mana pergi orang cakap pasal duit. Orang bahkan melihat duitlah sebagai Tuhan. Lalu Abuya pun menggunakan duit juga untuk kembalikan manusia kepada Tuhan.

Kalaulah saat itu Abuya tampil dengan imej tok guru pondok usung kitab,agak-agaknya mampukah Abuya menawan hati kawan-kawannya dikalangan bangsa cina? Dapatkah Abuya lebarkan pengaruhnya keseluruh dunia? Cina tak minat kitab,cina suka duit! Bila melihat mewahnya kereta Abuya maka ramailah cina yang jatuh hati dan menjadi kawan rapat Abuya hingga kini. Cina-cina itu jadi kagum bilamana Abuya tunjukkan bahawa atas nama islam,kita juga mampu hidup kaya. Ala tak payah cakap cinalah. Melayu pun sama! Nampak kaya semua pakat datang hurung! Memang dah begitu resamnya dunia. Sebab itu Abuya tampil dengan imej islam kaya dan akhlak mulia!

Jadi, peliklah bila ada yang berkata,ala.. GISB tu dapat bertahan kat Saudi tu sebab depa banyak rasuah. Bayar sana sini. Tu yang boleh membesar! Hai.. Ceteknya penilaian. Dangkalnya pemikiran. Untuk pengetahuan semua,di Saudi ini tidak ada yang namanya jasa. Tidak ada. Yang ada hanya duit duit duit. Kalau ada orang nak bersalin anak dah keluar kepala sekalipun tapi tak dapat tunjuk duit pada pihak hospital,nescaya kena halau begitu saja (berlaku pada kawan kita kebetulan duit masih dibank) Kalau orang eksiden nak minta tolong tapi tak boleh bayar sebab miskin,matilah tepi jalan sorang-sorang. Takde sape heran. Kau nak apapun tunjuk duit dulu! Realitinya itulah undang-undang disini. Nak cium hajarul aswad pun kena bayar duit!

Baiklah.. Dinegara yang sudah begini sekali bentuknya,sebagai orang yang ada cita-cita islam,nak bangunkan ekonomi islam,apa yang dia kena buat sebenarnya? Bayangkan.. Nak buat iqamah secara legal kena bayar 40ribu seorang. Cara illegal boleh dapat 25ribu sorang. Macamana? Nak kata apa? Nak buka syarikat kena ada penjamin. Nak dapatkan penjamin kena bayar ratus ribu bahkan juta. Kalau tak,sampai sudah tak jadi apa! Nak buat macamana? Nak sambung visa kena bayar ribu-ribu kalau tak kau balik jelah! Nak buat macamana? Kat sini dah takde yang namanya rasuah. Semuanya dah jadi legal. Rasuah tu termasuk undang-undang. Jadi kita nak buat apa? Boleh ke kita kata,aku tak nak rasuah,jadi aku balik jelah. Tutup jelah kedai-kedai ni. Nak dapat lesen kedai pun kena bayar ribu-ribu jugak. Tak payahlah macamni. Susah! Mimpilah kalau ada orang tunjuk baik offer nak tolong tanpa bayaran. Kalau dia tolong tanpa cakap pasal duit tu lagi bahaya. Nanti bila dah siap dia akan tuntut melampau lampau. Lebih baik deal je dari awal berapa yang dia nak. Itu lebih jelas!

Kita ni sedang perang hakikatnya. Peperangan sistem. Bukankah perang itu tipu daya? Kalau tak pandai strategi,habislah! Kerugian dan kemenangan itu pun jangan dinilai dengan cara kita. Tapi nilailah sepertimana Allah Rasul menilai. Contohnya bank. Kita guna bank,Yahudi suka. Supaya dia boleh niagakan duit kita untuk ambil untung lipat kali ganda. Belum kira riba' dan sebagainya tu. Abuya ajar kita guna bank tu untuk laluan duit saja. Memudahkan transaksi. Bukan untuk simpan duit lama-lama banyak-banyak. Jangan sampai rosak dengan sistem kapitalis tu! Jadi Yahudi tak dapat keuntungan,perjuangan islamlah yang untung. Abuya tak kata bank tu haram. Malah Abuya gunakan kemudahan yang ada secara halal untuk islam.

Maka,apakah membayar kepada semua ini demi melihat ekonomi islam terbangun oleh orang melayu itu dinamakan rasuah? Apakah dikira haram? Naifnya kita kalau tak sedar bahawa sebenarnya bayaran yang diminta itu ialah satu cara mereka untuk lihat kita mengalah. Sebab kalau orang takde duit memang angkat tanganlah. Aku kan pernah cakap,kat sini kalau kau miskin kau kena makan. Bodohlah kalau kita mengalah dengan alasan tak nak rasuah! Sedangkan memang sistem itu diciptakan untuk membunuh peluang islam untuk berkembang. Kalau nak tau,di Saudi ni siapa yang kaya tu dipandang mulia. Jahat pun takpe asalkan kaya. Lebih lagi yang kaya itu ialah orang Malaysia yang mereka anggap sebagai sebaik-baik manusia. Lebihlah tinggi nilainya. Waktu soal siasat awal-awal ditahan tu,soalan pertama yang ditanya ialah berapa pusingan perniagaan kita bulanan? Bila dengar je jumlahnya, terus pihak yang menyoal siasat itu memberikan penghormatan dan melayan baik kita. Tak mahal ke tu? Berapa juta nak kena bayar untuk dapatkan penghormatan sebegitu?

Risaunya kita dengan duit juta-juta yang dikeluarkan atas nama keperluan islam. Marahnya kita kerana menganggap semua itu sebagai dosa! Betulke kita memang fikirkan dosa? Boleh percaya ke kerisauan kita kalau-kalau kerugian jutaan ringgit itu atas dasar cintakan islam? Alangkah baiknya kalau kita juga risaukan duit-duit yang keluar atas nama peribadi kita! Macamana kalau ada yang pertikaikan semua pengeluaran peribadi kita itu sebagai pembaziran? Padahal Abuya ingatkan lama dah,peribadi miskin tapi islam kena kaya. Yang kita ni nampaknya senang hati je tengok islam miskin tapi peribadi kita kaya. Tukar gajet setiap bulan (akulah tu),kereta peribadi mewah (kereta persona aku dah bai'ah)! Bahkan ada yang dengan sinis berkata,kebenaran apa kalau kena bayar juta-juta. Kalau kebenaran tu dapat free jelah. Alahai.. time kita banyak dapat benda free tu,tidak juga kau melihat ini adalah satu kebenaran! Ternyata Tuhan hanya memberimu otak tapi tidak merezkikan akal kepadamu!

Rasul dan Nabi pun terpaksa perang,masuk dalam api,terjun laut,ada yang kena gergaji! Boleh ke kau cakap,apahal ni..kata kebenaran.. Kenapa kena susah macamtu sekali! Kenapa tak tidur-tidur je pastu menang? Boleh ke? Memanglah mentaliti makan tidur je puak ni! Tak tau ke Rasulullah tu disetiap medan perang membuka ruang syahid untuk para sahabat. Jahat ke Rasulullah kerana sanggup mengorbankan nyawa sahabatnya sendiri? Penipu ke Rasulullah yang membawa para sahabat ke medan perang padahal Rasulullah cukup tahu bilangan musuh jauh lebih ramai! Rasulullah tak rasa rugi ke? Lebih besarkah nyawa sahabat yang terkorban daripada duit juta-juta yang dikeluarkan demi melihat islam itu terus dapat dipertahankan? Sungguh.. Kalau kita berhabis duit sebanyak manapun dizaman ini nescaya tidak akan sama dengan nilai sebuah nyawa para sahabat yang dikorbankan oleh Allah dan Rasul dimedan perang dahulu. Duit yang kita keluarkan itu hakikatnya tidak dapat pun membayar ketinggian islam yang Tuhan hadiahkan!

Untuk itu kenapa susah hati? Kenapa rasa rugi? Depan mata aku tengok Abuya bagi 600ribu pada orang yang meminta Abuya beli rumahnya. Setelah diserah duit,rupanya rumah tu tak dapat diserahkan kepada Abuya kerana menjadi rebutan keluarganya. Abuya bahkan berkata,tak apa.. Rumah itu saya hadiah saja. 600ribu rm. Bukan rupiah! Berlaku juga depan mata aku Abuya selamba je bagi 60 ribu hampir tiap bulan kepada seorang kawan cina yang sangat memerlukan. Abuya kata semua ini kerana hendak membeli iman. Maka jatuh hatilah ramainya orang kepada Abuya melihatkan akhlak islam yang ditunjukkan kepada mereka. Mana pernah Abuya rasa rugi pun! Bukan Abuya tak tau yang kadang-kadang cina owner bangunan yang GISB sewa tu mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Tapi mereka akhirnya tersungkur bila melihat kekuatan Abuya mempertahankan semuanya. Lihatlah bagaimana islam bangkit diatas kerja-kerja menghancurkannya. Kejahatan yang ditabur oleh musuh selalunya menjadi baja yang akan semakin menumbuhkan benih kebenaran itu.

Kita baru diajak keluarkan duit,belum diajak korbankan nyawa lagi. Itupun dah banyak bunyi. Selalunya yang bising tu ialah orang yang tak pernah pun berhempas pulas untuk islam! Lebih fikir diri! Tapi kecohnya bukan main lagi. Walhal orang yang mengusahakan tulang empat kerat demi melihat islam hebat,bahkan boleh terhibur dengan semua yang dilakukan itu.

Kerana itu memperjuangkan islam tak boleh ada kepentingan. Kalau kepentingan masih banyak,memang akan tergelincir dimana-mana selekoh. Orang yang betul inginkan kebenaran itu mendapatkannya dengan hati. Bukan boleh reka-reka. Bukannya dulu yakin sekarang ragu! Dulu menyokong sekarang menyepak! Tuhan.. Tolonglah.. Tolonglah rezkikan kebenaran yang mahal ini kepada kami..

Comments

Anonymous said…
Isu serius,
Bahasa simple,
Utk yg ada akal je!
Anonymous said…
Itulah bezanya org yg mnjadikan duit segalanya bukan Allah sebagai Tuhannya.Nafsu yg dh menguasai akalnya. Yg menjadi berat mengorbankn duit sbb duit akal brkata bukan senang cari duit, tetiba nk dikorbankn utk Islam yg tk nampak menfaatnya. Dia tak tau bukan senang utk dptkn Tuhan, bila dpt Tuhan, tk pula berkorban utkNya sebab dia mencari Tuhan dgn akalnya bukan dgn hati.
Unknown said…
Kasihan....suruh orang guna akal utk membenarkan agenda jahat yg tersembunyi, tapi x bagi org lain guna akal bila kena batang hidung sendiri. Menyalak lah selagi boleh...Allah takkan biarkan pendusta2 yg menjual nama kekasih-kekasihnya terus berleluasa...anjing yg tersepit, salakannya mmg kuat.....
Unknown said…
Sangat makan dalam..
Marahnye encik makar mekar ni :-) kalau kesian,doakan ye.. Jgn mrh2 nnti cepat tua.
Anonymous said…
Blh je gna akal tapi mesti dipandu.klau tak, terpesong dr jalan kebenaran.
Anonymous said…
Kasihan makar mekar.. Terima kasih doakan kami.. :)
Anonymous said…
Krn kita jumud dan tak ikut pimpinan, tp sok pandai dan sok faham, dan tak mau diberi faham. Akhirnya melihat sedih dg duit yg dibelanjakan atas nama islam. Dah kena tipu oleh musuhlah tu
Anonymous said…
Benar, hujah2 yg sangat memberi kekuatan kpd strategi perjuangan GISB. Memang bodohlah dan berpenyakitlah orang yg tdk melihat kebenaran ini. Dia mau kebenaran dr dirinya, tetapi dia sendiri tak buatpun bertungkus lumus unt islam. Duit tu alat je unt matlamat. Matlamat tu orang jadi baik, orang jadi yakin dg islam, orang jadi terselamat imannya. Kalau melalui duit, boleh diguna unt matlamat tu, malah wajiblah kita guna duit tu. Betol3x
Anonymous said…
Org yg brkorban utk islam pengorbanannya dh dikira oleh Allah sdh ada ganjaran kebaikannya.tp org yg sangat hasad dengki pengorbanan utk islam pun dianggap kejahatan.tak fahamnya jenis fikiran mcm ni.

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b