Skip to main content

Hadiah Abuya untuk kita

(Sebenarnya nak sambung post kisah adik-adik aku tapi semalam tak sempat edit tulisan depa yang aku rasa nak marah semua orang tu sebab ifon habis bateri malam tadi! Jadi aku post jelah yang ni dulu)
Selamat membaca..

Aku kisahkan perihal ibu ayahku itu bukan kerana mereka itu ibu ayah yang melahirkanku,tapi kerana aku tahu ibu ayahku itu juga aku kongsi bersama dengan ribuan lagi anak-anak yang tidak mereka lahirkan yang turut merindu..

Mendengar cerita bagaimana Abuya mampu menyusahkan anaknya sedemikian rupa pasti mengundang ngeri dihati. Boleh ke? Tak kesian ke anak? Takde hati perut ke? Anak-anak tak cukup kasih sayang nanti!

Aku paling pantang kalau ada antara adik beradik aku yang cakap kami tak cukup kasih sayang. Aku rasa nak jentik mulut. Eh! Cukup kasih sayang tu macamana sebenarnya? Makan bersuap,tidur bertepuk,duduk beriba ke? Ewah.. Sampai bila kau nak jadi baby. Suap nestum sampai darjah 6 kang baru tau!

Dengar sini wahai adik-adikku yang comel dan comot,antara banyak mak ayah kat dunia ni kan,sedar tak sebenarnya mak ayah kita yang paling mewahkan kita dengan kasih sayang. Tau tak sebab apa? Sebab mak ayah kita bagi TUHAN. Tuhan tu lebih besar lebih kaya lebih sayang kita melebihi seisi dunia. Kalau kita betul mengambil Tuhan yang mak ayah kita pusakakan tu,konfem kita jadi anak yang terlebih-lebih kasih sayang hinggakan kita juga turut mampu memberi kasih sayang pada orang lain yang lebih memerlukan. Tapi kalau kita buat tak peduli je dengan Tuhan tu,itu yang merapu-rapu cakap tak cukup kasih sayanglah,apelah!

Kepada ibu bapa,jangan pernah takut untuk memberi kesusahan kepada anak-anak. Sesungguhnya kesusahan itu bagai menyemai benih yang sudahnya kita dapat menuai hasilnya. Berbaloi-baloi. Tapi biarlah kesusahan yang diberikan itu bersama Tuhan. Sebab Tuhan tu penyelesai segala masalah. Semua benda kena bersama Tuhan. Jangan pandai-pandai rasa kau mampu setelkan anak-anak tanpa Tuhan.

Ok.. Aku sebenarnya heran tau kenapa melancong ke Eropah itu bagi kebanyakan orang ialah sesuatu yang exclusive. Sebab pengalaman aku berapa kali dah kesana tak pernah pun rasa gempak. Rasa lawak adalah. Kat Eropahlah aku belajar untuk hidup jauh lebih susah dari biasa. Ok ceritanya macamni. Biasanya show yang betul-betul confirm dari pihak penganjur tu hanya sekali show sahaja. Memang takde undangan lain. Tapi melampaulah kalau pergi Eropah tiket mahal pastu duduk 2 hari jekan? Jadi biasanya Tuhan buat lepas show yang pertama tu akan ada undangan show yang berderet-deret. Kerana prinsip kita tak minta bayaran,maka pihak yang menjemput untuk show seterusnya itu kadang setuju untuk siapkan tempat tinggal dan sedikit kos perjalanan. Itu saja. Duit belanja,royalti,duit poket,duit jajan,apetah lagi duit raya memang tiada ye. Sila jangan tertipu dengan gambar kami diEiffel Tower itu sebagai sedang kaya raya. Itu hanya lakonan semata-mata.

Maka untuk mengorek duit belanja buat sekumpulan adik beradik yang tak pernah kenyang itu bagaimana? Belanja yang kami maksudkan ialah teringin roti,keropok,kebab,jus dan lain-lain yang dijual distesen minyak ye. Atau sesekali akan beli stokin,tshirt dan pakaian yang berharga 5euro kebawah. Atau juga untuk beli ole-ole keychain untuk kawan-kawan yang bernilai 1 euro ke bawah. Harap faham definisi belanja kami! Hehe..
Minta dengan Abuya Ummu? Ewah cantik muka kau! Ummu akan menidak pedulikan permohonan itu ye. Sebelum mohon pun dah tau dah jawapan. Jadi aku akan pakat sesama adik-adik yang agak boleh berfikir (sebab ada adik yang tak suka fikir) untuk cari modal beli barang untuk dijual disana. Dalam masa yang sama kami memang akan sentiasa bawak cd/vcd yang dihasilkan selalunya last minute sebelum keberangkatan. Dari hasil jualan cd tu akan sangat membantu kos perjalanan selama 3 bulan di Eropah. Manakala jualan barang yang kami bawa pula adalah sebagai sok sek sok sek keperluan selama disana. Dan biasanya Tuhan buatkan ada saja pihak yang akan bermurah hati tumpangkan rumah,belanja makan,belanja pakai dan lain-lain. Walaupun begitu tetaplah kami pernah melalui pengalaman tidur dalam kereta ditempat rehat sebab tiada rumah untuk ditumpangi,pernah juga tidur diruang tamu rumah orang yang sempit seramai 13orang. Dan biasa juga tidur tersengguk disofa rumah orang. Sekarang ni dah mudah. GISB dah ada rumah dan premis di Eropah. Jadi sapa nak kesana sekarang ni dah tak risau nak kena tidur dalam kereta. Huhu..

Hikmah besar dari semua ini ialah,satu hari tu sorang simpati lama Abuya di Kent (UK) mengajak kami kerumahnya. Rumahnya jauh dari London. Kira kampung jugalah. Konsep rumahnya pula ialah cerita seram. Pokok merimbun yang menutupi sebahagian besar rumahnya itu memang meremangkan,dibelakang rumah pula ada pokok yang jenis boleh tarik kaki orang tu tahape nama dia. Memang seram. Tuan rumah tinggal dengan anak lelaki bujangnya. Kedua-dua mereka itu juga menyeramkan. Bila sampai waktu tidur,tuan rumah dan anaknya mohon izin untuk masuk tidur dan meninggalkan kami terpinga-pinga nak tidur mana. Seram kan? Kami seramai 8orang pun ambil keputusan untuk layan jelah ruang tamu tu. Aku merengkot atas sofa diruang makan,Fatim bawah meja makan,Fah tergolek tepi pasu,adik-adik laki diruang tamu berhimpit-himpitan. Dah penat sangat. Esok paginya tuan rumah dan anak pun turun solat subuh jemaah dengan kami. Lepas solat tu dia menangis. Hish makcik jangan buat hal! Dia cakap selama ni dari zaman arqam aku selalu dengar orang tuduh Abuya mewahkan anak-anak. Tapi bila aku tengok kamu semua sanggup tidur dalam keadaan serba kurang diruang tamu rumah aku ni,jelaslah bahawa segala tuduhan itu tidak benar sama sekali. Hah! Makcik ni memang pandai menyeramkan kami!

Abuya memang betul nak pastikan bahawa kami ke Eropah tu dapat kekalkan rasa hamba. Jangan berangan macam pelancong pergi Eropah nak borong handbag ye. Sedar diri sikit kau tu pergi berjuang. Bukan bersenang lenang. Pernah kami hadapi satu kesusahan yang tak mampu ditanggung lagi lalu kami call Ummu untuk mengadu. Wahh..seronok kau dapat mengadu ye. Sekali tu Ummu boleh relaks je cakap,Allah.. Nikmat dapat ke Eropah tu dah besar sangat. Setakat ujian kecik ni apalah nak diberatkan. Ha padan muka! Macamlah kau tak kenal Ummu nya. Iyah dulu selalu ngadu cikgu rotan,hasilnya Ummu akan rotan Iyah lagi teruk dari cikgu. Hahah.

Jadi itulah yang Abuya maksudkan dengan memberi kesusahan kepada anak. Supaya kelak mereka tahu untuk jadi miskin dalam kaya dan boleh kaya dalam miskin. Selagi Tuhan tidak ditinggalkan,insyAllah semuanya dapat diatasi.

Abuya.. Terima kasih..

Comments

Anonymous said…
Abuya :'( terimakasih memberikan kami kasih sayang yang sebenarnya, walau kami bukan dari darah Abuya..tapi kasih sayang Abuya sangat terasa :'(
Unknown said…
Itu yang paling mahal dlm kasih sayang ᴬᵇᵘᵞᵃ...dpt mengajar anknye miskin dlm kya,kya dlm miskin...yang tiada di luar dan di mna2...hnya ada dlm jemaah ᴬᵇᵘᵞᵃ dan keluarga ᴬᵇᵘᵞᵃ...شُکْرًا ats semuanya...mahal sungguh kasih sayang seperti itu...: )
fyfah96 said…
Ksih syg luar biasa sperti ni ,sp y pernah rse cmni je tw . .fhm sgt keadaan cmni . .
fyfah96 said…
Sp yg pernah lalui ksih syg sperti ni je akn fhm cmne sbnrny ksih syg . . .meksih abuya beri kmi fhm erti ksih syg toq dptkn TUHAN & mberi ayh y tegas tpi dlam 2 ad ksih syg . .sperti mna abya beri ksih syg kpda ank2 abya . .
fyfah96 said…
Ksih syg y jrang org thu,sp y drezkikn je akn tw & fhm . .
sunflower said…
Best sgt perkongsian ni! Tq Ibu Khaulah..
Unknown said…
Terima kasih Abuya :'(
Unknown said…
"̮ƗƗuƗƗu"̮ ,lupelak yang k.olah ni dah jdi ibu...ketinggalan zaman betul aku ni...haha...
mey mey said…
Tulislah laaaaaagiiiii sekejap2 saya cek ada post baru ke x........
Anonymous said…
Bila nak sambung cerita?
Unknown said…
slm...ble nk update lg blog nih.. x sabar menanti..;)
Unknown said…
salam..ble k.olah nk update lg cite2 dlm blog ni..x sabar menanti.dah beberapa hari bkak xde update..
Unknown said…
:(xsangka...sangkaanku mmg selama nie merosot..Ampun Abuya...ana antara org yg pernah m'nganggap Ank2 Abuya mewah!!
Unknown said…
Ampun Abuya!!!sangkaan ana meleset!!!ana antare org yg pernah ade sangkaan yg buruk ttg Anak2 Abuya...:'(...

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b