Skip to main content

Dilema anak Abuya

Di Syria aku pernah berjumpa dengan seorang ulama' yang terkenal dan disegani. Memiliki sekolah yang menempatkan pelajar dari berbagai negara. Namun sayangnya,anak-anaknya sendiri bersekolah dengan kerajaan dan tidak pun begitu mengambil peduli dengan perjuangan ayahnya. Aku kira hal itu banyak berlaku dikalangan para ilmuwan dan orang-orang besar yang mana anak isteri mereka pun tidak mengikuti apa yang mereka perjuangkan. Kerana itulah Abuya sangat tegas dalam hal mendidik anak-anak bagi memastikan tiada yang tercicir dari sistem kehidupan yang Abuya bawa. Kalau ada pun yang terkeluar,itu bukan lagi salah Abuya kerana semua pun tahu bagaimana tahap ketegasan Abuya didalam mendidik.

Dilema lagi menjadi anak seorang Abuya ini ialah bagaimana hendak mengimbangkan perasaan kepada Abuya samada sebagai seorang pemimpin atau sebagai ayah kandung. Melihat Abuya sebagai ayah ternyata tidak cukup untuk membuatkan kita taat setia bersama selamanya. Lihat saja berapa ramai anak yang lari dari ayah ibunya kerana merasa boleh hidup tanpa mereka. Abuya bukan sekadar ayah,tapi lebih besar lagi Abuya ialah pemimpin. Pemimpin yang memandu hati-hati anak buahnya untuk sampai kepada Tuhan. Oleh itu tiada kroni,tiada kompromi.

Bila melewati zaman nakal dungu tak fikir panjang,tibalah aku ke fasa untuk lebih matang. Chewah.. Waktu tu aku selalu mendengar dan semakin melihat betapa Abuya ini bukan ayah biasa. Maka tumbuhlah rasa takut dan segan yang teramat sangat kepada Abuya. Kalau nak turun tangga,tiba-tiba terserempak dengan Abuya,cepat-cepat aku lari. Kalau tiba-tiba Abuya panggil masuk bilik,cepat-cepat capai tudung konon malu nak tutup aurat. Kalau perasan Abuya tengok,cepat-cepat akan menyorok. Aku rasa macam haru biru gila perasaan terhadap Abuya waktu tu. Malu,takut,segan,hormat,sayang,malu balik,takut,segan, ulang-ulanglah perasaan tu. Hinggalah pada suatu hari.. Jeng jeng jeng..

Abuya dan Ummu panggil aku. Dub dab dub dab. Aku ada buat salah ape ni? Sampai je depan Abuya,Abuya tengok je aku lama-lama. Allah.. Takde arahlah aku nak tengok mana. Abuya cakap,kamu ni Abuya perhatikan selalu lari dari Abuya. Selalu elak-elak. Kalau Abuya tengok dari jauh,kamu menyorok. Kenapa? Cuba tengok Kak Atiah tu,pandai bawak diri dengan Abuya. Selalu duduk dekat-dekat,cerita-cerita. Kadang tu bawak baby siapa-siapa ntah tunjuk kat Abuya. Dia betul anggap Abuya ni ayah. Kamu? Tak pernah pun nak duduk-duduk dengan Abuya. Lari-lari saje. Ummu pun menambahlah.. Ye.. Abuya tu haraplah abak-anaknya tu dekat dengan dia. Mau duduk sama,makan sekali. Tapi ini tidak. Depan Abuya pun pakai tudung! Malu tak bertempat! Sedih Abuya dengan kamu.

Yaallah Ya tuhan.. Waktu tu Allah je tau perasaan aku macamana. Airmata dah nak menitik tapi tahan-tahan. Rupanya selama ni aku salah berperasaan. Menganggap Abuya itu pemimpin sudah tentulah sepatutnya melihat Abuya juga sebagai ayah. Bukankah seorang pemimpin itu juga seorang ayah? Takut pada Abuya itu patutnya dihati. Bukan takut didepan tapi dibelakang buat tak reti. Aku sedih sangat waktu tu. Aku tak niat nak buat Abuya sedih. Aku cuma menghadapi dilema macamana nak berperasaan terhadap Abuya. Aku keliru. Rasa nak pecah dada waktu tu. Lepastu Ummu cakap,dahlah tu.. Pergi ikut hantar Abuya naik. Bawakkan baju Abuya sekali (waktu tu ada baju Abuya yang baru dapat dari dobi). Aku pun dengan rasa bersalah ikutlah Abuya naik atas. Sampai kat bilik aku beranikan diri untuk cakap, Abuya... Khaulah minta maaf. Abuya janganlah marah dan sedih dengan Khaulah. Nanti Allah pun marah dengan Khaulah. Abuya toleh kat aku Abuya cakap,ye.. Dah tak marah dah. Aku pun keluar dari bilik sambil menangis semahu-mahunya. Rasa macam bodoh sangat. Tapi puas sebab dapat jawapan dan panduan dalam berperasaan. Aku yakin Abuya tau sebenarnya gelodak hati aku selama ini. Sebab tu Abuya buatkan sebab untuk diberi panduan pada aku.

Abuya itu garang tapi penyayang,penyayang tapi garang. Abuya memang penuh dengan kasih sayang tetapi penuh juga dengan ketegasan. Abuya tak pernah nyatakan secara langsung sayangnya kepada kita,tapi cukup hati sangat merasakannya. Aku pun tak pasti apakah ada adik-adik aku yang pernah berperasaan sama macam aku ni. Kerana watak kami ber39 ni sangatlah jauh bezanya. Aku dah minta depa tuliskan pengalaman mereka bersama Abuya. InsyAllah akan datang akan aku post kan pula cerita mereka!

Comments

Anonymous said…
Terharunye..
Anonymous said…
Terima kasih banyak...
Unknown said…
Begitu rupanya Abuya brperasaan .. Jd selama ni trjawablah soalan sy slama ni sbb ayah sy ni PZ1 jd sy pn xtau mcm mna nk brperasaan dgn betul kat ayah sy ni.

Syukrn k.Olah sbb kongsikn pngalaman, sngat dpt mmberi manfaat pda org lain.
Penghijab Jemaah said…
Susah sgt nak elak malu tak bertempat ni kan? Akulah salah sorgnya.. Benda patut malu tak malu, yg patut tak malu, segan gila nak mampus! Bencilah diri aku ni!
Unknown said…
Kongsi la lagi pengalaman bersama Abuya.. :)
Unknown said…
Terima kasih.....krna sudi kongsi cara ᴬᵇᵘᵞᵃ berperasaan........
Ucuk Mama said…
Terharu dan sebak membacanya...
Anonymous said…
salam. puteri Abuya yang dihormati. nikmat besar bilamana dilahirkan sebagai anak Abuya, maka ujian yang menanti jua besar. lihatlah apa yang dilalui oleh Sayidatina Fatimah RA sebagai puteri kesayangan Rasulullah. Namun Sayidatina Fatimah mengambil sungguh2 apa yang datang dari Rasulullah maka dia terpilih untuk menjadi penghulu syurga. Jadi puteri Abuya ambillah peluang ini sungguh2 dan bantulah org yang Abuya siapkan untuk perjuangan masa kini, iaitu ibumu Bonda Wasilah
Teriima kasih wahai penyambung perjuangan Abuya atas perkongsian rasa
Anonymous said…
Ok.. Lepas ni nak dengar cerita Humam dgn Jun.. Sgt best dan bermakna pengalaman2 mereka.. Moga ada perkongsian dari mereka juga.. Ibu khaulah kalau sehari buat 2,3 entry best jgak.. Anak2 Abuya yg lain tulis pengalaman, Ibu Khaulah jdi editor dan masukkan dalam blog. Hehehe.. Mzb.
SK Taman Seroja said…
Good r u crite pglmn cam ni khaula...klu compile sume sure jd novel da dr awal..

Err, cicit tiri abuya yg atas ni, nape pggil khaula ni k.olah? Klu ikut hirerki, khaula tu nenek tiri u la kan? :-)

Btw, good job.
Anonymous said…
Syukran banyak2.....
Anonymous said…
Trimakasih ibu khaulah, ini sangat penting bagi kami semua unt terus menyuburkan rasa2 dg A. Muga2 kami semakin kenal dan sungguh2 unt meniru dan memperjuangkannya. Salam dr kami. Semoga Allah senantiasa memuliakan ibu.
Anonymous said…
Berjurai2 air mata umu mohd baca semua cerita2 dr khaulah..rindu yg sangat mendalam pd A.tk membantu kami menambah kerinduan pd A.

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b