Skip to main content

Cerita yang direka

Walaupun pusat bagi ummat islam,Mekah Madinah itu letaknya di Saudi,namun janganlah menyangka bahawa islam di Saudi itulah yang terbaik. Sepertilah juga dengan air bandung,janganlah disangka ianya berasal dari bandung. Bahkan orang bandung tidak tahu menahu apakah itu air bandung! Ok itu satu contoh tamsilan yang takde kena mengena!

Pegawai soal siasat berbadan besar dan berkulit hitam manis masam itu sibuk menyalin semua jawapan yang disampaikan oleh Ummu. Sesekali dia minta aku ulang balik terjemahan aku untuk ditulis dengan lebih kemas lagi. Kerja manual tulis tangan tu dah memang sistem mereka. Kalau guna komputer lebih lagi melambatkan sebab taip guna satu jari. Soalan yang ditanya berkisar tentang bisnes,visa,aqidah dan juga sedikit tentang politik Malaysia. Bila mendengar tentang perkembangan bisnes GISB diseluruh dunia,bahkan mereka sendiri melihat bisnes kita di Saudi,beberapa kali pegawai penyiasat tu cakap,kamu kan kaya,takde masalah kewangan,kenapa kamu tak buat visa pelabur? Ummu pun ceritakan bagaimana sepanjang 2 tahun ni kita berjuang untuk dapatkan iqamah. Ada banyak pihak yang menawarkan pertolongan. Ada yang jujur,ada juga yang menipu. Ummu cakap lagi,kami datang untuk Allah dan Rasul,rindu nak berada diperkampungan Allah dan Rasul. Sebab tu sanggup tinggalkan kampung halaman sendiri. Pegawai tu pun ceritakan bagaimana dia sebagai penduduk Mekah menyaksikan sendiri kepayahan orang lain untuk datang ke Mekah. Ada yang sakit,tua,misikin,tapi sanggup berhabisan demi Mekah dan Madinah. Tapi dia kata,ada je kawan-kawan aku yang lahir dan duduk di Mekah dari kecik tapi tak pernah sekalipun ke Kaabah. Sedihnya.. 

Sedang asyik disoal dan menjawab,masuklah dua orang geng jubah senteng yang sedang memegang plastik penuh dengan handphone-handphone kami yang telah dikutip dari rumah lagi. Yang sorang tu ada tahi lalat besar dipipi. Sempat je aku ingat! Rupanya depa ni dari jabatan agama yang turut terlibat dalam operasi penahanan. Macam JAIS lah kiranya. Tapi JAIS tak pakai jubah senteng. Bila masuk je bilik tu,depa terus je sergah kami. " Bila Imam Mahdi nak keluar? Keluar dari Kaabah ke? Ayah engkau mana? Mati ke hidup? " Sergahan itu dibuat dengan penuh gopoh gapah sambil berdiri lalu lalang. Tak profesional langsung! Pegawai imigresen yang kurang beragama pun tau beretika. Ini orang agama pulak takde akhlak! Haish.. Sama je pattern kat mana pun! Adalah 2-3 kali juga depa keluar masuk sambil menjerkah tu. Kemudian aku tengok pegawai soal siasat tu bagi isyarat pada kawannya untuk tutup pintu. Supaya puak kalut tadi tak ganggu,katanya. 

Soal siasat berjalan lancar. Dari awal lagi pegawai tu ingatkan aku untuk terus terang,jangan sorok-sorok. Aku cakaplah,buat apa nak sorok? Kalau sorok pun,kamu memang dah tau! Hal Imam Mahdi yang paling sensitif tu pun kita terus terang habis dah. Depa cakap,orang Malaysia memang mumtaz. Sepanjang bertahun-tahun kerja ni,susah nak cari orang Malaysia yang buat masalah. Lepastu yang sorang tu cakap,aku dah berbelas tahun kerja bidang ni,aku tengok orang seimbas pun aku tahu dah orang tu baik ke jahat. Dan bila aku tengok je kamu,aku tau kamu orang baik-baik. Aku masuk rumah kamu tadi (waktu serbuan) bersih,bersistem. Yang lelaki dibawah,perempuan diatas. Tak bercampur gaul. Kecuali suami isterila. Pakaian kamu pun sopan. Tuhanlah yang buatkan dia melihat semua kebaikan itu. Itu yang aku pelik bila ada media yang melaporkan kata kami ditahan kerana ada kegiatan pelacuran dirumah. Pepandai je tau! Kami kot yang disoal siasat. Macamana pulak orang lain boleh reka-reka cerita ni? Pihak konsulat Malaysia pun hairan dengan kenyataan akhbar yang melaporkan berita palsu itu. Sayanglah.. Sebab sikap takde etika dikalangan wartawan hingga boleh siar berita palsu macamnilah yang menghilangkan kepercayaan masyarakat kepada media. 

Selesai soal siasat,datanglah Mejar Turki yang mengetuai operasi penahanan tersebut. Orangnya kelihatan serius tapi bila masuk je bilik,dia cakap dekat kami,Malizia mumtaz sambil mengacungkan ibu jarinya. " Wein Mahathir Mohamad? " Cara dia tanya mana Tun Mahathir tu macamlah Tun tu jiran sebelah rumah kami. Dia memuji-muji Tun dan juga Malaysia. Katanya,negara kami lebih kaya dari negara kamu,tetapi negara kamu jauh membangun. Masyaallah tabarakallah.. Dia memuji-muji tu dia lupa ke yang kami ni tahanan? Hehe.. 

Pegawai soal siasat tadi kemudiannya membacakan sambil lalu hasil soal siasat dengan Ummu. Mejar Turki mengangguk-ngangguk sambil melihat kearah kami. Dia bagitau bahawa nasyid,tahlil,doa itu bidaah. Tapi dia kata benda tu takde kaitan dengan aku. Kamu bebas berfahaman begitu. Aku cuma nak cakap je,katanya. Aku pun senyum jelah. Tak sangka begitu sekali toleransi yang ditunjukkan. Dia ada juga menyentuh tentang Imam Mahdi. Bila aku cakap,yang tunggu Imam Mahdi ni bukan kami je,tapi seluruh dunia,Mejar Turki terus cakap,insyAllah Imam Mahdi akan datang! Aku tak pastilah apakah dia betul-betul percaya atau sekadar menyedapkan hati kami. 

Hasil soal siasat berjalan dengan baik alhamdulillah. Mejar Turki beberapa kali cakap kat kami,kes kamu ni kecik je. Masalah visa je. InsyAllah lepasni aku boleh tolong kamu untuk bagi iqamah pada pekerja Indonesia. Aku bagitaulah kat dia yang kami perlukan iqamah untuk pekerja Malaysia. Senang nak kerja dengan sesama negara. Walaupun dalam hati aku tak niatlah nak maksudkan begitu sebab dalam GISB ni warga Indonesia sangatlah menyumbang tenaga untuk sama-sama membangunkan apa yang ada sekarang ni. Tapi Mejar Turki cakap,orang Malaysia susah sikitlah sebab Malaysia ni takde iqamah untuk buruh. Teruslah aku cakap,haa.. Sebab tulah kami usaha buat iqamah dengan cara 'jalan belakang'. Dia pun angkat bahu jelah sambil senyum kambing. Pening dengan undang-undang sendiri kot. Orang Malaysia dibenarkan bisnes disini,tapi tenaga untuk kerja-kerja buruh sangatlah susah. Hanya kerja profesional saja yang agak cerah peluangnya. 

Jadi dalam hal menahan kami ini,ada 2 pihak yang terlibat iaitu pihak imigresen dan pihak agama memandangkan dakwaan yang dibuat ialah berkaitan visa dan aqidah. Tapi yang akhirnya mengambil alih kes ni ialah pihak imigresen. Kerana itulah kami dihantar ke tarhil (depoh tahanan imigresen) tempat transit sementara untuk dihantar pulang ke negara masing-masing. Sebab kalau kami didakwa berkaitan aqidah,kami akan dihantar ke penjara sebenar. Memang dari dalam tahanan kami mendengar momokan cerita-cerita dari luar berkaitan kes kami ini. Aku pun tak pastilah dari mana sumbernya. Antara cerita paling lucu yang pernah 'dicipta' ialah dikatakan sewaktu ditahan,pihak berkuasa ada menjumpai bahan-bahan bukti 'kesesatan' GISB iaitu keris yang ada tengkorak dan juga tangkal-tangkal azimat. Hah! Kelakar tak kelakar la kan. Realiti yang berlaku ialah kami dibebaskan tanpa didakwa atas kesalahan menyeleweng agama. Aku sendiri direzkikan berurusan langsung dengan pihak konsulat dan imigresen yang handle kes kami ini. Jelas.. Dari sumber rasmi ini,tidak pula kami dengar kisah seumpama. Malah ketika Abg Am dan 5 orang lagi dipanggil untuk soal siasat pun,bila ada pegawai yang nak timbulkan isu agama,pegawai-pegawai yang lain terus saja menafikan semuanya. 

Itulah hikmah terbesar bila iqamah kami tak sempat disiapkan. Kalaulah waktu ditahan kami semua mempunyai iqamah,kemungkinan besar ada pihak yang akan cuba mendakwa kami dengan kesalahan agama. Maha besar Tuhan yang telah mencaturnya dengan cukup sempurna. Orang-orang penting yang menguruskan perjalanan GISB di Haramain,Tuhan buatkan tidak pula ditahan. Alhamdulillah.. Dengan itu projek-projek disana tetaplah berjalan seperti biasa. Mat'am yang sebelum ini disita pun dah dibuka semula. Rumah di Mekah dah ada yang jaga. Binatang-binatang di Chalet pun ada yang boleh tengok-tengokkan. Logiknya semua kami akan ditahan tanpa tinggal sikit pun kerana sewaktu soal siasat mereka minta maklumat semua  yang dibawah GISB. Tapi alhamdulillah.. GISB masih dapat dipertahankan. 

Semua cerita ini adalah hal sebenar yang berlaku yang dialami sendiri oleh semua kami yang terlibat. Setiap pengalaman yang dilalui adalah 'saksi' yang cukup penting,yang tidak dapat ditidakkan oleh mereka yang tidak menempuhi semua ini. Itulah keadilan Tuhan maha agung yang mentakdirkan setiap dari kita menempuhi pengalaman yang berbeza. 

Banyak lagi cerita yang aku nak kongsikan disini. Kisah dengan Abuya pun tak habis-habis lagi. Aku harap Tuhan akan terus mampukan aku untuk dapat menulis. Minta maaf ye atas kekurangan dimana-mana..









Comments

Unknown said…
Best2..."̮ tula..."̮ ap motif dorg nk reka2 cite ni..."̮ tp jnji tuhan ttap jnji tuhan..."̮ xde sape bleh ubah..."̮ AAAP..
saye..;) said…
ape mksod trhil sbnrnye..
prog utk tgh mlm tu nme diye diambil smena sjrh ni ke..??
Ibu bole tk nk mntk izin nk sbrkn cerite nih.???.sbb kdg2 ade kwn2 n sedare saye yg tk fhm dan diye pon prcykn je rekaan cerite yg org buat..
kittyLady84 said…
Sayang,
I'd love to hear from you.,,more.I've read most of your blog posts.and looking forward to meet you again.
Love,
kittylady84@gmail.com
Anonymous said…
Teruskan menulis!

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b