Skip to main content

Abuya rindu Kak Idah..

Seterusnya dari Mesir,kita dengar kisah Zahidah (Mama Aman) bersama Abuya. Kisah tentang memahami bagaimana kasih seorang ayah.. Memahami sayang seorang pemimpin.. Bacalah,hayatilah dan fahamilah..

Waktu kecil aku memang manja dengan Ummu Ain iaitu ibu kandungku. Tapi bila umur dah masuk darjah 5,Abuya pisahkan aku dan hantar aku tinggal dengan Ummu (ibu tiri) di Labuan. Memang terasa sedih waktu tu. Memang aku tak faham langsung maksud Abuya! Abuya sengaja nak pisahkan aku dengan mak kandung aku dan suruh duduk dengan mak tiri. Kemudian bila memasuki tingkatan 1 Abuya hantar pula aku masuk asrama di Rawang. Jadi aku kehilangan semua keluarga. Abuya,Ummu,adik beradik yang lain. Tinggallah aku 2 tahun disitu tanpa berhubung dengan mereka. Aku terasa seperti hidup keseorangan walau ditengah ramai. Aku pun buat macam-macam perangai. Waktu tu aku selalu fikir kenapa Abuya tak pernah tanya tentang aku? Aku pun buatlah macam-macam hal. Sampai kadang-kadang tengok orang beli ubat gigi pun aku terliur. Anak-anak orang lain ada baldi pun aku cemburu. Yelah.. aku tak pernah dapat duit belanja. Umur pula masih muda,memang aku tak faham langsung!

Satu haritu Kak Atiyah balik dari Jordan. Dan dia dengar macam-macam hal tentang aku. Kak Atiyah ni memang sensitif dan prihatin dengan nasib adik-adiknya. Adik kandung mahupun adik tiri. Akhirnya aku pun kena pindah duduk kat Kedah. Waktu tu Abuya baru keluar dari Labuan. Bila Abuya tahu aku buat hal,Abuya pun jumpa aku dan tanya dengan tegas! Zahidah,kamu nak Abuya doakan kamu mati atau lumpuh? Aku jawab dua-dua pun aku taknak. Namun dengan pertemuan tu aku masih tak faham lagi. Dan aku teruslah dengan kebodohan aku dan masihlah mengekalkan perangai jahat. Memang..bukan mudah memahami kerja-kerja Abuya. Menyebabkan kita selalu tersalah sangka! Sedangkan ugutan Abuya itu adalah untuk aku berfikir dan berubah. Janganlah sampai perangai aku menyusahkan Abuya dan perjuangan Abuya. Tapi aku ni tak fikir macamtu pun! Yang aku fikir hanyalah Abuya tak sayang aku. Betapa bodohnya aku!! Sedangkan Abuya tu sangatlah penuh dengan kasih sayang. Begitulah seterusnya. Aku buat hal,Abuya ugut. Aku buat lagi. Kejamnya aku! Aku teruslah dengan sikap aku tu hinggalah suatu hari..

Abuya cakap dengan mak-mak aku yang Abuya rindukan aku. Abuya cakap rindu tu sampai menangis-nangis. Waktu tu aku dah duduk di Pochan. Abuya panggil dan peluk aku. Abuya tak cakap banyak,hanya menangis dan peluk je aku. Aku pun nangis sama. Waktu tu hati aku terus berkata sebenarnya Abuya menangis sebab aku belum jadi anak yang baik. Aku selalu kecewakan Abuya. Dalam pelukan tu aku tahu yang Abuya nak aku jadi anak yang baik.

Berlaku juga sebelum pemergian Abuya,Ummu Ain bawa aku jumpa Abuya. Abuya peluk aku setengah jam. Waktu tu aku dengan Abuya je takde orang lain. Yaallah aku tak pernah rasa macamni,berdua dengan Abuya. Waktu tu aku rasa sangat yang Abuya sangat sayangkan aku. Sebagai ayah,Abuya nak aku berubah menjadi lebih baik. Walaupun tiada kata-kata Abuya pada aku,tapi hati aku faham sebenarnya sebagai ayah mana ada yang tak sayang anak. Lebih-lebih lagilah Abuya. Abuya adalah hak semua orang,bukan hak kami anak-anak je. Jadi bukan Abuya biarkan aku selama ni sebab tak sayang. Abuya mengutamakan perjuangan islam dari anak-anaknya. Dan memang anak tu pun dah dimasukkan dalam sistem perjuangan. Kalaulah Abuya kerjanya hanya fikirkan keluarga,habis islam macamana? Selama ni aku fikir aku nak Abuya layan aku je. Faham perasaan aku je. Perasaan Abuya adakah aku fikir? Takde pun! Aku tak fikir pun yang Abuya tu pejuang islam. Hidup matinya untuk islam. Bila aku buat perangai,aku sebenarnya dah menyusahkan Abuya. Perasaan Abuya sebagai ayah pun aku tak fikir,apatah lagi perasaan Abuya sebagai pemimpin!

Sekarang ni aku dah besar,dah kawin,dah jadi mak orang pun. Tapi aku masih ingat waktu kecik-kecik kami adik beradik selalu nasyid depan Abuya. Antara lagu yang sering kami dendangkan ialah lagu anak-anak cahaya mata. Setiap kali nasyid lagu tu,aku tengok Abuya mesti menangis. Lebih-lebih lagi ketika sampai ke lirik..
" apakah mereka kan jadi Yahudi? Jadi Nasrani atau Majusi? Atau mereka kan jadi Mulhid. Mereka amanah dari Allah "

Kalaulah dari dulu lagi aku kenangkan semua ini,mesti aku tak sanggup nak buat jahat. Sebab Abuya tu tak nak anak-anaknya jadi jahat. Dulu aku memang tak faham kenapa Abuya suruh aku duduk dengan Ummu. Sekarang aku dah dapat jawapannya. Kerana Abuya sayangkan aku,Abuya tak nak aku rosak dengan kemanjaan. Seperti yang semua tahu,Ummu ialah seorang ibu yang sangat tegas didalam memastikan pendidikan keatas semua anak-anak Abuya. Jadi sampai sekarang aku sayangkan Ummu seperti mak kandung sendiri. Walau dalam hati ada takut,tapi juga ada sayang. Sekarang aku selalu doa moga aku terus bersama Ummu sampai bila-bila sebab dengan didikan Ummu saja aku akan sentiasa dipandu menuju akhirat. Aku tak kisah apa orang nak cakap tentang Ummu,tapi aku sangat tahu bahawa garang-garang Ummu itu macamlah garangnya Abuya. Garang tapi sayang! Garang kerana takutnya melihat aku tidak selamat.

Terima kasih Abuya dan Ummu..
Tanpa mereka siapalah aku..
Maafkanlah aku,Abuya dan Ummu..
Aku tak mampu kerana sebenarnya kesalahan-kesalah aku itu tak layak untuk diberi maaf.. :-(

P/s Oh ye.. Kisah adik-adik aku ni memang hasil tulisan mereka. Aku hanya editor. Ngedit ejaan,tanda baca,penat oooo!! Lagi penat dari menulis tentang kisah sendiri.. Memang nak kena mintak royalti dari depa ni!


Comments

Unknown said…
Haha,gmbo time kecik....skang dah besar pnjang dah....trime kasih sudi kongsi citer....
Unknown said…
Berkorban tuk adik2 sekali-sekala....✗ pe....
Unknown said…
Tacingnye!.."̮ x_x
Anonymous said…
Pernah ke kita dgr seorang ayah ckp nk doakan anak mati atau lumpuh, kalau bkn faktor betapa abuya tu nak mmbawa perasaan anak tu pentingnye islam.. Nk jadikan jiwa anaknye diisi sepenuh hati pergantungn dgn Tuhan, Benarlah kata2 Abuya "Abuya kamu xsama mcm ayah org lain dlm memberi ksh syg"..
Anonymous said…
Boleh ksai tahu siapa nama yg dlm gambar semua org tu? Kami ni bukan kenal semua anak2 abuya,,,biasa dengar nama je,,maaf lebih2 bertanya plak,,
Anonymous said…
Wuaaaaa...sedihnyee..:(
Anonymous said…
Dalam ramai2 anak abuya, Zahidah lah yg paling kami x kenal dan jarang2 dgr name nye, akhirnye menjadi adik ipar... Kami pn menumpang berkat keluarga besar ini... (Angah)
Unknown said…
subahanallah beruntungnya korang ye..... 100x lebih cemburu kat anak-anak abuya ni, huhuhu
Unknown said…
Ruginya klu xrasa apa2 bila dengar cerita nie..ampunkan kami Abuya :'(
Unknown said…
Ruginya klu xrasa apa2 bila dengar cerita nie..ampunkan kami Abuya :'(

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b