Skip to main content

Menyongsong 2013

Mengambil sempena hari terakhir ditahun 2012 ini,aku gagahkan jari jemari (yang pendek tak runcing layaknya orang tinggi) ini untuk mengetik discreen touch ipad 2 ku ini.

Kian kencang debaran didada bersama lemah longlai lututnya bila dihadapkan Tuhan dengan berbagai peristiwa yang memaksa hati diaktifkan untuk sentiasa terhubung dengan Tuhan tanpa putus-putus lagi. Melepasi semua kejadian turun naik jatuh bangun yang telah Tuhan tetapkan itu,bagaimanalah hati tidak menyerah dibawah takhta kekuasaan Tuhan yang maha agung dengan segala kebesarannya. Bukankah Tuhan raja segala raja itu pencatur kepada semua yang ada ini?

Pernahkah terbayangkan bagaimana gelombang hati Nabi Musa bersama pengikutnya ketika mana dihadapan mereka ialah laut sedang dibelakangnya tentera musuh sedang memburu. Apakah yang mereka rasakan? Bagaimanakah pergantungan hati diwaktu itu kepada Tuhan? Hanya membayangkan saja sudah cukup untuk nafas seakan terhenti,jantung bagai tidak berdegup lagi.

Tidak sanggup untuk terus menyelami pula rasa hati pengikut Nabi Allah Ibrahim ketika Baginda sedang dibakar api yang marak menjulang tinggi! Nabi yang menjadi sandaran dunia akhirat mereka sedang hilang ditengah bahangnya api,bukan sehari tetapi 40 hari. Apakah yang ketika itu dirasakan oleh setiap hati? Masih adakah airmata untuk ditumpahkan menangisi kejadian yang 'sengaja' Tuhan ciptakan ini? Harapan apa yang tinggal untuk kekal meyakini janji Tuhan dan Nabi?

Tak habis ku berfikir dimana logiknya bilamana Tuhan membiarkan kekasihnya Nabi Yunus untuk sampai ditelan ikan. Begitu sekali Tuhan sanggup lakukan. Diletaknya kebenaran itu benar-benar dijurang yang tiada siapa menyangka akan mampu terselamat tetapi Tuhan kemudiannya menyelamatkan semuanya.

Oh Tuhan..inikah yang terpaksa dihadapi bilamana diri berjanji untuk memilih jalan hidup para rasul dan nabi? Mustahil rasanya mengumpul kekuatan jika bukan kerana ada Nabi bersama.

Kalau beginilah caraMu Tuhan memperlakukan agamaMu,demi meminta hati si hamba benar-benar bergantung hanya padaMu,sungguh kami akur dan setuju. Andai menerima kemenangan itu bererti terpaksa melepas segala kebesaran yang disukai nafsu,kekalkanlah kami terus dijalanMu. Biar sampai kami tahu untuk mengangkat muka ke langit,sedang hati kekal dibumi.

Selamat menyambut tahun baru 2013 untuk semua yang setia disini. Semoga tahun ini kita dapat menyerahkan hati kepada Tuhan setelah memenanginya dari nafsu dan syaitan..

Comments

sirun qalbu said…
kak aula...andai kte akk wt nvel sy pst sy org ptame dpt kn nye...hehhe..bes sgt cter2 yg akk tlis kt blog2 akk...ade lcu,sdih,epy.
Anonymous said…
sanah hilwah
Anonymous said…
selamat berjuang...mencari realiti ketuhanan. hanya Allah yang mengizinkan untuk terus menerokai perasaan iman yg ihsan dan hati hidup dalam pemeliharaan kehambaan bertuhan.

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b