Skip to main content

Alahai penilai

Berilmu dengan beramal adalah 2 perkara yang jauh bezanya. Setiap orang boleh saja mendapatkan ilmu,tapi tidak semua orang mampu beramal dengannya. Samakah seseorang yang mempunyai sijil kedoktoran tapi bekerja sebagai pemandu teksi,dengan seorang yang memiliki sijil yang sama dan memiliki klinik sendiri? Kita dinilai melalui ilmu,tetapi akan lebih dipercayai bila mampu mempraktikkannya. Seseorang yang punyai phd dalam bisnes tetapi bekerja makan gaji,dengan seorang yang hanya belajar bisnes secara kecil-kecilan tetapi mempunyai rangkaian perniagaan yang besar. Kira-kira siapakah yang lebih dipercayai?

Ada yang belajar tinggi dibidang agama sehingga keluar negara dan berjaya menggenggam segulung ijazah,tetapi tidak pun berjaya mewujudkan sistem kehidupan islam (Sedangkan islam itu agama praktikal). Tapi ada yang hanya belajar agama dari guru kampung namun berjaya membangun satu model kehidupan yang menjadikan islam sebagai cara hidup. Diantara kedua ini siapakah yang dilihat lebih berhak bercakap tentang agama? Agaknya siapakah yang akan lebih dijadikan tempat rujuk?

Seorang yang memiliki sijil sebagai tukang masak,tetapi tidak pernah pun menghasilkan apa-apa masakan,dengan seorang yang hanya belajar masak dengan ibunya tapi berjaya membuka sebuah perusahaan katering. Siapakah yang dilihat lebih berjaya? Siapakah yang akan mendapat nama didalam bidang masakan? Apakah mereka yang hanya punyai sijil atau mereka yang berjaya supply makanan ke merata tempat?

Lagi contoh.. Seorang guru yang mengajarkan vokal tetapi tidak pun memiliki sebarang album dengan seorang penyanyi yang mempunyai puluhan album dan ribuan peminat. Siapakah yang akan sering dipanggil untuk show kesana kemari? Siapakah yang akan lebih dikenali?

Melihat contoh dan perbandingan diatas saya kira cukup untuk kita melihat jauh kedalam diri kita. Andai kita hanya baru mampu berilmu atau bercakap tentang ilmu tanpa sebarang pembuktian atau praktik,rasanya lebih baik kita renung seketika sebelum menyambung kata-kata lebih-lebih lagilah hendak mempersoalkan mereka yang lebih dulu beramal dan membuktikan ilmu yang ada. Sekarang ni mana-mana company pun akan mengutamakan pengambilan pekerja yang berpengalaman berbanding pekerja yang baru saja habis belajar bersama sijilnya. Kerana apa yang diamalkan atau dipraktikkan itu ialah bukti untuk timbulnya kepercayaan orang terhadap kita. Lebih-lebih lagilah didalam hal agama terutamanya islam. Jika kita hanya tahu mengkritik sedangkan hidup kita belum pun melambangkan islam sebenar,apa lagilah jika orang yang dikritik itu kelihatannya lebih menonjol dalam pengamalan islam sebagai dinul hayah,sepatutnya kita malu dengan mereka. Kalau pun memang ada kelemahan disana sini,sekurang-kurangnya mereka sudah mencuba dan berusaha sebaiknya untuk merealisasikan ilmu yang ada. Bukankah hasil praktik,seseorang akan mendapatkan ilmu yang jauh lebih baik dan tinggi dari orang yang hanya belajar ilmu secara teori walau punyai sijil sekalipun?

Aku sendiri memang jenis suka kritik-kritik ni. Selalu melihat ada yang tak kena pada hasil kerja orang lain. Sedangkan pada hakikatnya aku pun bukanlah mampu sangat untuk menjadi pencetus. Hanya senang menjadi penilai.. Alahai...

Comments

Anonymous said…
Like gegiler post kali ni... SETUJU...
So kt dah d keputusan dgn poblem skrg ni...
Terima Kasih Abuya...
Thnks kOlah...

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...