Skip to main content

Roh hijrah mencetus hati yang ajaib!

Bila suatu malam Nabi bersama Saidina Abu Bakar keluar secara rahsia melarikan diri dari kekejaman musuh yang telah mengepung rumah Baginda,maka Saidina Ali yang ketika itu baru berusia 9 tahun telah merelakan dirinya untuk menggantikan tempat Rasulullah diperbaringan. Terkejutlah orang kafir bila melihatkan orang yang berbaring dibawah selimut yang disangkakan Muhammad itu ternyata seorang budak kecil yang sangat berani berkata,kalau kamu mahukan Muhammad,kamu carilah sendiri!

Demikian peristiwa hijrah yang cukup agung telah Tuhan lakarkan sebagai satu kesaksian bahawa kebenaran dari Tuhan itu berjalan dengan penuh kepayahan,namun semuanya dapat dilepasi dengan penuh keajaiban. Tuhan mempertaruhkan nasib agama dan orang-orang kecintaannya dengan meletakkannya dalam keadaan yang cukup getir. Membuatkan setiap hati bergantung harap penuh kepada kekuasaan Tuhan.

Siapakah yang telah menciptakan hati seperti Saidina Ali yang cukup berani diusia yang begitu muda? Budak 9 tahun dizaman ini masih leka bermain,tak sempat pun memikirkan tanggungjawab terhadap agama! Namun didikan oleh tangan Nabi akhir zaman itu ternyata telah menghasilkan hati-hati yang sangat ajaib. Bukankah Saidatina Asma,puteri kepada Saidina Abu Bakar yang juga sangat muda telah mengambil peranan cukup besar dengan menjadi penghantar makanan kepada Rasulullah dan bapanya yang sedang bersembunyi didalam gua? Saidatina Asma dengan cukup berani telah sanggup memikul beban dengan menghilangkan kesan jejak agar tidak dapat dikesan oleh pihak musuh. Sehingga dia ditampar oleh Abu Jahal! Tapi kental hatinya terhadap Tuhan. Hati semacam inilah yang dicari. Apakah masih boleh kita temui diakhir zaman ini?

Hijrah sungguh membawa keinsafan dan kesayuan didalam hati. Mendorong kita kembali merenung kekurangan diri. Apakah roh hijrah itu telah kita perolehi? Tanyakanlah kepada hati..apakah kita demi agama sanggup nyawa menjadi galang ganti?

Wahai anak kunci kepada seluruh kejayaan..tolonglah hijrahkan hati-hati kami sepertimana yang Tuhan kehendaki. Hati yang sejahtera,bersama rasa redha yang paling tinggi terhadap Tuhan yang turut meredhainya. Anugerahkanlah..

Salam Maal Hijrah kepada semua umat islam para pencinta kebenaran yang meyakini bahawa kemenangan itu pasti dan kian menghampiri. Muharram datang membawa bersama harapan agar Tuhan ciptakan lagi keajaiban sepertimana yang telah sering dilakukan terhadap sejarah perjuangan kebenaran.

Comments

Anonymous said…
Salam Kak Olah...

Camne sambuat maal hijrah kat sane???

kongsi2 la gambar ngan kami kat Malaysia nie...:)

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b