Skip to main content

Power Kaabah vs Power Sabun?

Baru-baru ni katanya ada satu blog (saya pun tak tengok) yang menyiarkan tentang lagu Power Kaabah dendangan Generasi Harapan. Bermacam-macam komen yang diterima dan boleh dikatakan kebanyakannya negatif. Hasil tulisan saya yang bertajuk Mawaddah vs Kpop tu pun banyak menerima komen. Positif dan negatif. Ada yang bertanya,apakah yang saya boleh terangkan tentang lirik Power Kaabah. Saya pun tak pasti apakah nadanya mengejek atau benar-benar ingin tahu. Sebab membaca tulisan,tidak sama dengan mendengar langsung pertanyaan. Walau bagaimanapun saya anggap ianya tetaplah satu hal yang positif. Dan untuk mendapatkan promosi besar-besaran,walaupun berunsur negatif,tetaplah tak mudah. Paling kurang bila tersebar macamtu,manalah tahu ada hati yang Tuhan beri untuk celik dan dapat menilainya dengan lebih baik.

Saya sebenarnya kurang suka mengenengahkan sesuatu yang kontroversi diblog ni. Bukan kerana takut menerima risiko,tapi rasa macam tak puas bila penjelasan hanya dibuat dengan tulisan. Sebab ada hal yang tak cukup jika sekadar ditulis atau dibaca. Perlukan melihat pada memek muka,nada bercakap,melihat dari dekat,bertanya dan sebagainya. Itu pandangan saya. Tapi dikeranakan tiada pilihan,maka menulis juga adalah satu pilihan. Sebab kita bukan ustaz ustazah yang diberi ruang cukup besar dimedia untuk menyampaikan apa-apa ceramah mahupun kuliah. Maka kita buatlah media sendiri. Itupun mahu disekat. Ok takpe. Lupakan saja.

Pernah tak dengar kata-kata bahawa manusia akan memusuhi apa yang tidak diketahui? Rasanya ungkapan ini cukup banyak digunakan. Tapi banyak juga yang tahu dan tetap memusuhi. Ok ini dipanggil dengki. Kita tak nak cakap pasal orang yang dengki,tapi kita nak cerita tentang sesuatu yang dimusuhi kerana tidak pun dikenali. Tak kenal maka tak cinta. Ye dak?

Power kaabah-kalau diterjemahkan lagi,ia membawa maksud kuasa Kaabah. Bercakap tentang kuasa Kaabah,bukan menafikan kuasa Allah ye. Bahkan Allah lah yang menjadikan Kaabah itu bersama kuasa. Ala..macam kuasa Superman,Spiderman dan semua yang kita taksubkan tu. Kalau tak taksub,takkanlah tv,pawagam,dvd dan semua yang berkaitan dengannya dibenarkan penyiaran dan penjualannya secara legal dinegara kitakan?

Rasanya Power Kaabah lebih logik dari Superman. Sebab? Kaabah telah terbukti berjaya mengumpulkan jutaan manusia sepanjang tahun berdatangan kepadanya,malah menjadi perhimpunan manusia paling ramai didunia. Superman? Pernah ke sapa-sapa jumpa? Dongeng jela kan? Dongeng-dongeng pun mendapat tempat yang cukup tinggi dalam masyarakat. Tahniah!

Lagu Power Kaabah itu jelas menceritakan tentang Kaabah yang berkuasa (dengan izin Allah) menarik hati manusia kembali kepada Tuhan. Kalau tak percaya,silalah bertanya pada mereka-meraka yang kerap datang umrah atau haji. Apa yang mereka rasa bila tengok Kaabah? Tak pasal-pasal mengalir airmata. Bukan ada sapa pukul pun! Padahal secara fiziknya,Kaabah tukan batu hitam je. Macam takde apa-apa je. Tapi kenapa melihatnya,hati sangat terhubung dengan Tuhan. Bertambah rindu pada Rasul. Itulah bukti bahawa Kaabah itu adalah simbol/rumah Allah yang telah mampu membolak balik hati manusia yang dekat dengannya.

Ada yang gelak sebab dalam bait lagu tu disebutkan,sedangkan sabun pun ada power.. Kelakar ye? Tak pernah orang sebut sabun dalam lagu. Bait lirik itu sebenarnya nak sampaikan,bukanke dalam iklan sabun selalu cakap," fab total baru,berkuasa menghilangkan kesan degil " atau " axion..sekali colek,minyak tanggal segera dengan kuasa serta merta " dan macam-macam lagilah. Itulah yang dikatakan,sabun yang hanya sabun itu pun ada kuasa (seperti yang kita percaya-walaupun sekadar dalam iklan) apa lagilah Kaabah yang merupakan rumah Allah! Kaann? Lebih-lebih lagilah berkuasa merubah hati manusia.

Ok..panjang lagi penjelasan tentang lagu ni sebenarnya. Tapi kita jadikannya bersiri boleh kot ye? Sampai jumpa..

P/s: sorrylah kalau ada yang terasa dengan nada penulisan saya. Bukan apa..saja nak bagi isu berat ni jadi santai sikit.


Comments

Unknown said…
oww...begitu rupaya...maceh22
Unknown said…
oww...begitu...erm saya suke cara penyampaian dakwah macamtu....betul-betul menarik perhatian...tp saya x pham knape ada saudara kite kate sesat....hem...
Anonymous said…
Setuju! betul la tu. puteri abuya melalui msg awak dah paham sgt tentang ketuhanan. cuba korang tengok ni http://www.illustrasiaku.com/lagu-nasyid-paling-bodoh-sepanjang-zaman/ maksud i org2 yang komen tentang lagu ni. i terlihat perkataan "syirik" dari komen seorg perempuan. tapi perempuan tu nampak x bertudung seksi pula tu. puteri abuya boleh dikatakan syirik jugakan kalau tak bertudung? bukn dia je. ramai tukang komen tapi pic2 dorang tu langsung tak tutup aurat. termasuk lelaki perempuan. i tak sokong dorang. i sokong puteri abuya :)
Anonymous said…
assalamualaikum kak khaulah, mne nak dpt lgu fatihah-sofwah ya? tq n may Allah bless
Wartakopi said…
assalamualaikum, kalau nk share artikel bersiri ni boleh ka?utk penjelasan kepada umum
Unknown said…
aku sgt stuju..dlm fb aku tgk rmai yg tlah jtuhkan hukum..aku tkut nk jelas kn di fb..tkt org pndg serong plak..bila aku mnghayati lagu n lirik 2..bru aku pham..jgn skdar dgn n trus nk terjah..pas2 kate murtad la..sesat la..apelah..lain kali jgn gunakan akal syaitan klu nk nasihat org lain.
Unknown said…
sy sgt suka lagu mawaddah yg dulu2..tp kenapa lirik lagu sekarang neh mcm x berapa nak sedap ye?
Lirik tak sedap? Ok..nanti bolehlah saudara tlg sumbangkan lirik yg lebih sedap ye :-)

Anonymous said…
salam kak olah,sy suke bce blog akk ni...byk yg tjwab..bla la agk nye kta blh jmpa dpn2 ni..rndu kt group mawaddah..nk tny..xmau blik mlysia ke??^_*

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...