Skip to main content

Power Kaabah II

Baiklah kawan-kawan..sebelum saya menyambung tentang penjelasan berkait lirik Power Kaabah yang cukup kontroversial itu,ingin saya anjurkan kepada semua yang sudi membaca blog dhaif ini untuk meluangkan sedikit masa bagi mempelajari atau mengkaji serba sedikit tentang hadis berkaitan peristiwa besar diakhir zaman. Mudah-mudahan disitu kita akan mendapat satu pencerahan yang akan merungkai sedikit sebanyak kekusutan dan tanda tanya yang sekian lama bersarang dijiwa dan raga kita.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang merupakan pengkaji hadis akhir zaman. Selain latar belakang ayah,datuk,moyang,piot dan seterusnya itu memang sangat menekuni perjuangan kebenaran yang telah disabdakan Nabi akan muncul diakhir zaman ini,ibu juga merupakan orang yang sangat tercari-cari arah untuk hidup secara islam,benar-benar seperti yang Tuhan mahukan. Kalaulah Newton yang menemui graviti itu memulakan kajiannya setelah timbul persoalan dibenaknya bila melihat apple jatuh dari pokok,apakah mustahil untuk Tuhan jadikan juga peristiwa-peristiwa yang membuatkan hati manusia bertanya-tanya dan mencari-cari Tuhannya?! Maka hasil gabungan dari dua manusia yang sama-sama Tuhan masukkan rasa cinta pada islam ke hatinya itu,maka lahirlah kami anak-anak yang sedari kecil dibentuk pemikiran untuk hidup dijalan yang sedang dijalani ini.

Ada antara kita yang menemui kebenaran itu kerana mengambilnya dari ibu dan ayah yang memang kuat mengamalkan islam. Tapi bukankah banyak juga kita mendengar kisah mereka yang terpaksa menyusuri laluan sukar untuk akhirnya mendapatkan islam didalam kehidupannya. Ada yang lahir sebagai kafir,setelah itu diberi hidayah dan islamlah dia. Terpaksa pula menghadapi tentangan hebat dari keluarga dan masyarakat. Ada juga yang islam,tapi hanya pada nama. Kemudian Tuhan bisikkan ke hati untuk benar-benar mengamalkan islam dengan cara yang Tuhan mahu. Bermacam-macam lagilah kisah yang berlaku untuk sampainya iman kedalam hati. Lihatlah Nabi Ibrahim yang sebelumnya mencari-cari siapakah Tuhannya! Apakah matahari itu Tuhan? Atau bulan? Begitulah kisah yang perlu kita renungkan dan insafilah kerana kita mendapatkan iman dan islam yang berharga itu tanpa perlu bersusah payah mencarinya.

Saya masih ingat diwaktu masih kecil,Imam Mahdi adalah satu hal yang sangat pantang diperkatakan dinegara kita. Ayah terpaksa merantau 7 tahun keluar negara demi mempertahankan keyakinannya terhadap Imam Mahdi,hingga dia sendiri dituduh mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi. Hikmah besarnya ialah beliau banyak menemui para ulama' didunia bersama jemaah mereka yang sama-sama menunggu jadual Allah itu berlaku. Malah ada diantara mereka yang menyampaikan,kenapa kamu datang dari jauh mencari islam,sedangkan islam itu ada pada kamu dan negaramu!

Maha kuasa Allah.. Diusia 26tahun ini,dan kini saya di Mekah,ramainya orang Malaysia yang sempat saya temui disini secara terang-terangan berbicara tentang Imam Mahdi. Ada yang malah datang bertanya-tanya persiapan apakah yang perlu dilakukan untuk menyongsong ketibaan pemimpin besar itu! Gelombang apakah yang telah merubah hati dan pemikiran rakyat Malaysia ini?

Untuk menjelaskan perihal lirik Power Kaabah,ternyata membawa saya hingga kesini. Saya terpaksa mengimbas kembali semuanya sedari awal kerana semua itu dimulai dari satu keyakinan yang terpahat dalam hingga ke dasar hati. Walau ianya diragui oleh mereka yang tidak mengetahui,namun kesesatannya belum terbukti. Biarlah Tuhan yang mengadili.

Rasanya membaca kisah diatas,dah ada yang boleh agak kemana hala tujunya. Mungkin ada yang akan terus berkata,dah sah memang sesat! Namun siapa tahu,mungkin ada yang berkata,aku pun perlu mencari tahu tentangnya! Pilihan ditangan kita. Tak salah untuk terus belajar dan belajar. Lagi-lagilah sekarang ni boleh google je :-)

Comments

Unknown said…
Macam mana pula boleh yakin Imam Mahdi tu adalah ayah kamu sedangkan Imam Mahdi dan alam ghaib dan hari kiamat itu merupakan rahsia-rahsia Allah. Apa yang membuktikan bahawa Imam Mahadi itu ayah kamu?
Maaf..ayat mana yg mengatakan saya yakin bhw ayah saya itu imam mahdi ye? :-) mungkin boleh semak semula.trmksh..
Anonymous said…
Assalam...tu la,klaka gk,rasa k.olah xd kate pon ayahnya I.M...At...
Anonymous said…
Assalamualaikum, kak Khaulah. :) Sejujurnya, pada awalnya bila semua org keras menyatakan bahawa ilmu dan apa2 sahaja yg abuya ajarkan itu sesat, sy dgn mudahnya percaya. Tetapi kemudian terlintas dihati, sesatnya yg macam mana sekali? Krn setahu sy, ekonomi al-arqam suatu ketika dahulu sangatlah berkembang baik cara islam..malah lebih disegani ramai. Anak2 didik abuya juga sangatlah terjaga dari segi luaran dan kerohanian, malah mereka hidup juga lebih dgn cara islam. Jauh sekali cara2 hidup barat seperti anak2 melayu sekarang. Sy jd terfikir, dimana salahnya al-arqam sehingga dikategorikan sesat? Org kata..sesat kerana salah sesetengah anak didik yg kemudiannya mengagungkan abuya, bkn salah abuya yg mengajar mereka utk mengagungkannya. Dan ada juga pihak yg berkata sebaliknya. Sy dh buat research kt internet, brtanya dgn kawan2 yg tahu tentang al-arqam/rufaqa. Setiap pendapat mereka berlainan, dan sy pun sampai sekarang mahukan jawapan yg benar.. Yg benar-benar benar. Kak Khaulah, mohon terangkan pada sy. Sejujurnya, sy suka cara dakwah yg disampaikan melalui lagu2 nasyid mawaddah/generasi harapan. Sampai ke hati, menusuk kalbu dan rasa diri kerdil disisi Tuhan..menambahkan keinsafan dan buat sy sedar kepentingan hidup berTuhan dan kepentingan menyebarkan dan menjalankan segala perintah ALLAH melalui dakwah. Sekali lagi, sy mohon kak Khaulah buat sy faham dan sy dapat jawapan dari setiap segala persoalan yg agak mengelirukan. Kerana sy dh penat mendengar segala kejian caci makian org, adakalanya yg dicaci itulah yg terbaik sebenarnya tetapi manusia tidak tahu. InsyaAllah..jika niat kita baik, Allah akan sentiasa permudahkan segala urusan kita juga. :)

Kak Khaulah.. Mohon dapat email kpd sy di nurzaali@yahoo.com utk menjawab segala persoalan sy ni. Sy juga ingin tahu kebenaran sebenar. :) Terima kasih banyak2 ye kak. Satu lagi, terpulang kpd akak nk publish ataupun simpan je comment ni. Tp sy mohon kak olah boleh ceritakan atau terangkan kpd sy ye. Terima kasih lagi sekali kak. :)
Anonymous said…
Assalamualaikum, yang nak dilabelkan sesat bukan kita, bukan pihak kerajaan bukan pihak apa-apa. Kalau dah kita ni tidak mengikut sunnah Rasulullah. Memang jelas kita sesat.

Kalau al-aqram pulak, cuma dia takda negara sahaja, walhal Rasulullah ada pelaku, hukum dan juga negara. sama-sama kita renungkan. :)
Anonymous said…
Puan putri. Btul k A ghaib? sdp lgu pwer kbah. Mlm bersama mufti N9 tu sy ada sama..kita bgmbr sma.
Gestan Prima Pariska said…
Jangan terburu2 dalam memberi penilaian, komen, atau bahkan tuduhan.

Kata orang Jawa ""Ajining diri dumunung aneng lathi, ajining raga ana ing busana" artinya: nilai diri seseorang yang murni ada dalam lisan (hati), sedangkan nilai lahiriah seseorang pada busana (penampilan)

Al-anaatu minallahi wal ‘ajlatu minas syaithan (HR Tirmizi) 
Artinya: Kehati-hatian datangnya dari Allah dan ketergesa-gesaan datangnya dari setan 
OT girls said…
Assalamualaikum...dlm lagu power kaabah, ape maksud "Allah dan rasul telah tiada"

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b