Skip to main content

Nothing but the truth

Aku menulis entry kali ini dengan berinspirasikan satu kisah yang aku dapatkan lewat pembelajaranku akhir-akhir ini. Kisah seorang wanita yang bekerja sebagai wartawan di satu akhbar yang menulis tentang politik. Kehidupannya tak ubah seperti wanita lain bersama suami dan ibu kepada seorang anak lelaki. Hinggalah pada suatu hari dia telah membongkar dan menulis tentang rahsia kerajaan yang didapatkannya dari satu sumber yang sah dan boleh dipercayai. Hasil dari itu dia berhadapan dengan banyak pihak yang tidak senang dengan tindakan beraninya dan dia diminta untuk mendedahkan siapakah sumber yang telah membocorkan rahsia kerajaan itu.

Pihak keselamatan telah menahannya dan dia hanya akan dibebaskan jika dia bersetuju untuk memberitahu nama orang yang menjadi sumber maklumatnya itu. Dia dianggap bersekongkol dengan mereka yang membeberkan rahsia sulit negara. Dan itu bukan kesalahan yang kecil. Namun wanita itu kekal memegang prinsip dan etika kewartawanan untuk melindungi hak mereka yang menjadi sumber maklumat kepadanya. Keberadaannya di jel yang dijangka bersifat sementara kerana pihak yang menahan menyangka dia akhirnya akan mengalah dan membuka mulut,ternyata berlarutan hinggalah hampir setahun.

Prinsip yang teguh dipegang itu jelas memberi kesan kepada suami dan anak lelakinya yang masih bersekolah rendah. Perkahwinannya kandas dan dia sendiri hilang hak penjagaan terhadap anaknya. Namun dia tetap dengan keputusan untuk terus mempertahankan prinsipnya itu walhal dia boleh saja kembali kerumah untuk hidup seperti biasa andai dia setuju untuk mendedahkan identiti sumbernya itu. Ternyata wang dan kehidupan selesa bukanlah tukaran bagi prinsip yang disemat kedalam hatinya dan dia merasakan itulah tanggungjawabnya dan dia dipihak yang benar. Walhal yang sedang dihadapinya itu ialah negara!

Dia berpandangan,jika dengan segala hukuman yang dia terima (berpisah dengan anak dan menanggung derita hati seorang ibu) itu akan menggadaikan prinsipnya,maka tidak akan ada lagi orang yang berani memberi maklumat yang benar kepada wartawan kerana takut identiti mereka sebagai sumber maklumat akan terbongkar. Tidak ada lagi yang akan menyatakan kebenaran hanya kerana takut kehidupan terbarai.

Orang menganggap dia wanita bodoh dan kejam kerana sanggup merisikokan nasib anak dan keluarganya sendiri demi prinsip yang digenggam. Dan wanita itu berkata,bila ada lelaki yang dipenjara kerana mempertahankan prinsipnya,dia dianggap hero,dan bila lelaki meninggalkan keluarganya untuk pergi berperang mempertahankan negaranya,dibangunkan tugu untuk memperingatinya,tapi kenapa bila ada wanita yang sanggup melakukan hal yang sama,dia dianggap gila dan zalim? Kata-katanya itu ternyata membuka mata dan menyedarkan banyak pihak hingga hakim yang menjatuhkan hukuman keatasnya pun akhirnya akur bahawa wanita ini tidak akan membuka rahsianya,dan hakim kemudiannya membebaskan wanita besi itu.

Aku tersentak dengan kisah ini kerana aku kira inilah jawapan terbaik yang dapat aku berikan kepada mereka yang bertanya tentang kesesatan ayahku dan jemaahnya. Hanya kerana prinsip,seseorang sanggup dipenjara. Sedangkan ayahku mempertahankan agama dan Tuhannya. Untuk sampai diri,keluarga dan pengikutnya dapat hidup benar-benar untuk Tuhan bahkan mati keranaNya. Abuya tidak mendapatkan layanan istimewa dari negaranya,dia dibuang 7 tahun keluar negara,dicaci dihina oleh semua akhbar,media,masjid,mufti dan fatwa,tapi dia kekal memegang prinsipnya kerana yakin bahawa Tuhan bersamanya. Jemaahnya diharamkan,segala perniagaannya dihancurkan. Dia sendiri ditahan 10 tahun oleh ISA. Tapi kenapa dia boleh bangun semula? Kenapa pengaruhnya bahkan mendunia? Sedangkan segala cara telah diguna untuk melenyapkannya! Segala cara! Dia bahkan tidak memiliki apa-apa kekuatan melainkan sepenuhnya bersandar kepada Tuhan! Pernahkan terdetik dihati kita,kalau begini sekali keadaannya..jangan-jangan inilah kebenaran?!

Comments

Unknown said…
kak...maaf klo sy tnya pada akak macam n....erm...adakah ayah akak meninggal dunia atau ghaib....stiap jwapan akak sy akan bersikap husnuzon....insyaallah...
Anonymous said…
salam akak...

saye ade terbace pasal makanan kuskus tu....

rase mcm nak terleleh air liur nie....

boleh tak saye nak mintak resepinye???
Anonymous said…
Assalamualaikum,waktu janji makin hampir mmbuktikn kbnrn jemaah,masih boleh lg baiah ke? Mcm mne?
Saudara Zaid,ayah saya kekal hidup didalam hati orang2 yang menyayanginya.. :-)

Saudara anon,kita tidak pernah terlambat utk menuju Tuhan

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...