Skip to main content

Posts

Telekung GH

Salam semua.. Sihat ke? Baiklah.. Kalini nak update lain sikit. Nak promosi jualan telekung GH. Stok tak banyak. Siapa cepat dia dapat. Telekung berbagai warna. Cantik-cantik. Moga selari dengan niat nak bercantik untuk jumpa Tuhan. Moga tambah khusyuk. Aminn.. Telekung ni sangat sesuai bagi mereka yang selalu travel. Ringan,boleh keronyok sesuka hati. Selalunya telekung ni kita suka pening nak bubuh mana. Kalini tidak lagi. Telekung akan menjadi benda yang paling suka nak bawak pasal ringan gila! Siap dengan beg sekali. Beg itu pula sangat cute sehinggakan anda boleh gunakan untuk jadi purse ke pasar malam ye. Kaum bapa yang tak boleh pakai telekung,bolehlah hadiah sehelai untuk isteri,anak,mak,adik,kakak anda. Boleh juga dibuat hantaran bagi mereka yang nak mendirikan masjid. Ok disini disertakan gambar-gambar contoh telekung. Boleh tengok boleh pilih. Siapa yang berminat boleh hubungi 0197727313 . Takpun,singgah je studio di Bch Rawang ni. Sekali lagi diulang! Stok terhad! Kalau sap...

Practice makes perfect!

Punyalah banyak topik yang boleh ditulis,sudahnya ia berakhir dengan tidak menulis sama sekali! Tahape2! Dekat 2 bulan jugakkan? Huh! Dah tak larat reply smiley macam-macam pada yang bertanya bila nak update blog hah?! Baiklah.. Aku dah pun disini. Moga sedikit sebanyak memberi kepuasan dihati. Akhir-akhir ini jadual hidup sudah semakin teratur alhamdulillah. Dah makin kemas hala tuju. Tidur cukup,makan cukup,mudah-mudahan boleh kerja lebih dari cukup. Jemputan show membawa aku dan adik-adik sekali lagi boleh keliling Utara-Selatan. Sabah pun jemput tapi moga dapat dipenuhi dilain kali. Terima kasih pada semua yang sudi mengundang Generasi Harapan dan menjadikan kami sebahagian dari hari bahagia anda. Tuhan,rahmatilah semuanya. Oh ya.. Sedang menunggu jemputan dari Australia. Ok! Jadual shooting kembali berpusing. Tabik aku pada Kakak,Lilah and team yang bertungkus lumus menjayakan rancangan ' Telatah Puteri '. Nanti korang tengok ye. Bagi komen sekali. Dah masuk siri 2 dah! Un...

Untuk Zainab

Nab, 6 tahun lepaskan,hari nilah Angah tengok susahnya Mama nak lahirkan Nab. Lama Mama tahan sakit. Panjang doa Jad Jaddah moga Mama dan Zainab dua-dua selamat. Alhamdulillah.. Lepas beberapa jam,lahirlah Zainab. Terima kasih Tuhan. Terus Baba bagi nama 'Zainab' sebab waktu tu Baba sedang ziarah makam Saidah Zainab. Jad pula tambah Attamimiah Almadaniah. Zainab Attamimiah Almadaniah binti Mahmud.  Nab, Ingat ke waktu umur Nab 3 tahun,waktu tu kita duduk Jordan dengan Mama dengan Alang,Atam,Mandak,Pak Teh,Mak ude,Pak Njang,Pak Ude,Cik Bokah,Acu kurus Acu gemok,kakak-kakak banat,abang-abang banin semua? Baba je takde. Selalu Zainab tanya, " Baba mana? Zainab rindulah. Semua orang ada Baba. Zainab je takde. Tapi takpelah,Zainab ada Jad "  Pandai Nab jawab sendiri.  Sesekali Nab call Baba Nab cakap, " Baba keif halak? Ana bintak ya Baba.. "  Kuat Zainab jerit! Nanti Baba jawab, " Na'am.. Na'am.. Tob'an " Bila Zainab tengah menyusu,Angah Al...

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi...

Album Pembela Quran

Salam semua.. PROMOSI HARUSLAH GUNA HURUF BESAR YE! BERSEMPENA DENGAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.. BAGI SEMUA YANG SEKIAN LAMA MENANTI MAHUPUN BAGI YANG TAK MENANTI,DENGAN INI DIUMUMKAN BAHAWA ALBUM BARU - PEMBELA QURAN - GABUNGAN GENERASI HARAPAN BERSAMA ETIHAD,REMAJA HARAPAN DAN QATHRUNNADA TELAH PUN DICETAK. BAGI SIAPA YANG BERMINAT BOLEHLAH HUBUNGI SAYA DAN JUGA PIHAK YANG BERKENAAN. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI DARI ANDA. SEMOGA MENAMBAH TAKUT TUHAN DAN RINDU NABI. BERSAMA KITA MENJADI PEMBELA QURAN!

Puasa Abuya

Ramai yang minta aku tuliskan tentang puasa Abuya. Puasa Abuya.. Bolehkah aku menulis tentangnya? Tahukah aku bagaimana puasa Abuya sebenarnya? Aku tak pernah tau.. Kalau aku tau,kenapa aku belum boleh tiru? Aku hanya tahu bagaimana fizikal Abuya berpuasa. Tapi apalah yang aku tahu tentang bagaimana hati Abuya berpuasa? Apa yang ada dalam hati Abuya sebenarnya bila ramadhan tiba? Aku takkan pernah faham bagaimana rasa hamba yang menebal dihati Abuya itu membentuk rasa Abuya ketika berpuasa.. Yang aku boleh kongsikan ialah pengalaman berpuasa dengan Abuya dari kecik-kecik dulu ha. Bermulanya hari pertama Ramadhan,berubahlah nuansa rumah kami. Pagi-pagi lagi lepas subuh Abuya panggil semua anak-anak (kalau sedang cuti sekolah) dan minta kami dendangkan lagu-lagu kebesaran Ramadhan yang kebanyakan liriknya Abuya lah yang nukilkan. Tiap mendengar lagu-lagu,menangis Abuya. Mengalir airmata Abuya. Kadang tu sampai teresak-esak. Sensitifnya hati Abuya. Setelah itu Abuya minta semua kami untuk...

Trip dan tips ke Vietnam

Rasanya macam dah terlewat sangat tapi takpe jelah.. Cerita jelah.. Memandangkan ramai pulak yang bertanya tentang trip aku ke Vietnam haritu.. Aku kesana ikut rombongan 40 orang. Kebetulan ketua group tu ialah adik Kak Fizah (geng NMS),maka beliau telah bermurah hati membenarkan kami menyelit cukup dengan hanya membayar tambang flight saja. Hotel dan lain-lain tu ditanggung beres tidak termasuk jajanan berlebihan. Mula dengar nak ke Vietnam tu macam asing gila. Tapi baru teringat ramainya orang Malaysia terutama para peniaga berduyun kesana untuk memborong sejenis baju kurung,telekung,jubah dan sebagainya. Mengambil kesempatan untuk memvariasikan lagi butik Nur Muhammad di Segambut itu,maka sampailah kami ke Vietnam.  Dari KL naik Estima ke Johor,dari Johor masuk Singapore awal-awal pagi buta ambil flight Tiger Airways Singapore-Ho chi minh. Sebenarnya aku ada fobia sikit naik Tiger ni pasal dulu pernah ke Perth naik flight jenama Tiger ni. Macam hambar je. Tapi dah itu yang dipil...