Skip to main content

Posts

Janganlah berbuat kerana fadhilat

Seluruh penduduk kampung diundang untuk menghadiri majlis hari raya dirumah tok penghulu. Diwar-warkan setiap penduduk akan menerima habuan berupa duit raya dan juga hadiah-hadiah lainnya. Maka pada hari yang ditetapkan,berbondong-bondonglah orang kampung menerjah kerumah ketua kampung untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan. Ada yang datang membawa anak isteri,berjalan kaki,ada juga yang menaiki basikal,motor dan sebagainya. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Berbaju baru kemas dan wangi,tak kurang juga yang hanya berpakaian lusuh dan berbau hapak. Dalam keriuhan dan kekecohan itu tiada siapa yang mempedulikan orang lain. Semuanya fokus kepada apa yang bakal diterima. Bila dah ramai macamtu biasalah..bilik air rumah tok penghulu yang cantik pun dah jadi hancing. Maklumlah..bukan semua pandai guna toilet moden-moden sangat ni. Ruang tamu pun jadi berselerak dengan makanan yang bertaburan. Dapur lebih lagi lintang pukang. Tapi keadaan tu tidak pun menjejaskan para penduduk yan...

Ish..gagah!

Aku tak kategorikan diri aku ni seorang yang rajin. Tapi aku rasa aku ialah seorang yang gagah. Bukan gagah perkasa macam badang tu ye. Gagah yang dimaksudkan disini ialah..entahlah tak reti nak terangkan. Rajin selalu digunakan untuk anak dara yang ayu. Buat kerja sopan santun. Kalau basuh pinggan sambil sinsing lengan baju kurung kemas je. Rajin mengemas rumah. Rajin menyapu. Gagah pula ialah sejenis kerja yang bila dibuat orang akan kata,gagah! Mungkin kerja yang dibuat tu orang lain tak buat kot. Samada berfaedah atau tidak. Huhu.. Aku akan gagah bila masuk bab makan contohnya. Tengah makan,tak rasa pedas. Aku akan gagah korek peti ais cari cili api. Lepastu ternampak pulak tempoyak budu. Mulalah cari limau nipis untuk padankan dengan benda alah tu. Itu bukan rajin,tapi gagah. Atau,akan gagah drive dari rawang sampai ceruk-ceruk KL semata nak cari makanan yang diidamkan. Orang tak akan kata,eh rajinnya.. Tapi orang akan mendengus dan berkata,ish gagah! Itulah serba sedikit ...

Kelahiran Ramadhan

Bismillahi allahu akbar..allahu akbar..subhanallah fatabarakallah.. Alhamdulillah..terima kasih Tuhan.. 26/7/2012 bersamaan 6 Ramadhan,jam 2.50 petang waktu Mekah,adik ipar kami Liyana telah pun selamat melahirkan bayi perempuan yang telah diberi nama NurAjibah Mubarakah binti Mohd Humam. Kelahirannya dijangka pada 25 Ogos namun Tuhan lah yang telah mentakdirkannya untuk berlaku pada hari ini. Pengalaman yang tak terlupakan bila Liyana bersalin dirumah dibantu oleh bidan Kak Solehah Patani. Tak perlu gunting dan jahit pun. Aku dan Kak Azwa pun secara tak langsung telah menjadi assistant bidan. Subhanallah..ini kali kedua aku menyaksikan proses kelahiran. Sebelum ni tengok Zainab anak Kak Atiah lahir. Kalini anak Humam pula. Rasa semput,berdebar,sesak nafas seolah aku pun bersalin sekali. Lebih-lebih lagi tengok betapa peritnya Liyana meneran Yaallah... Hinggalah saat mula nampak kepala bayi keluar debaran kian memuncak. Kami bertakbir ketika akhirnya si kecil meluncur keluar dari ...

Puasa tradisi

Rindunya nak puasa di Malaysia. Bila kawan-kawan hantar gambar bazar Ramadhan yang panjang berderet,hati memang ditarik-tarik. Diorang pun satu,tak sensitif langsung! Kalau kat Malaysia tu sape yang tak ke bazar kiranya macam jakun sikitla. Bazar tu dah kira termasuk dalam syarat sah puasa rasanya. Aku antara pejuang yang sangat gagah dimedan selera bazar Ramadhan. Walaupun payah akan ku jalani. Hebat tak hebat? Namun dalam rasa rindu yang memuncak terhadap 'nuansa' kemeriahan bazar disana,ada terselit kelegaan pada hatiku disini..cheh ayat tak boleh sastera lagi ke? Maksud dari bait syair diatas ialah,aku memang rindu gile dengan suasana Ramadhan(bazar)di Malaysia. Tapi jauh disudut hati sebenarnya aku lega sangat. Kenapa lega? Sebab disini tiada bazar. Bila tiada bazar,fikiran pun tenteram. Tak perlu nak beria merancang jadual untuk membeli makanan,nak makan apa,nak lahap yang mana. Aku hanya teringatkan makanan betul-betul bila juadah dah terhidang diatas meja untuk berbu...

MAHU atau PERLU

" Tuhan tidak berikan apa yang kamu mahu,tapi Dia memberikan apa yang kamu perlu " Ungkapan diatas memang mudah untuk dilafazkan. Namun realitinya bila kita dihadapkan dengan situasi sebenar,tidak sedikit orang yang melatah,melenting malah ada yang menyalahkan Tuhan. Aku sendiri secara ilmunya cukup faham dengan apa yang dikatakan bahwa Tuhan memberi apa yang kita perlu. Tapi secara praktiknya,selalu je berlaku bila aku akan rasa sedih ketika Tuhan tak bagi apa yang aku mahu. Malah waktu tu aku fikir hal tulah yang aku perlu. Lupa dah kata bahawa Tuhan lagi tau apa keperluan kita. Memanglah manusia selalu lupa. Bukan orang melayu je mudah lupa ye. Orang arab,cina,india,orang putih,orang hitam kalau dah namanya insan semuanya pelupa. Bercakap ilmu semuanya cerdik pandai. Namun mengamalkannya semua macam keldai (dungu). Hal-hal dunia sangatlah kuat diingatan tapi hal berkait dengan Tuhan semua terlupakan. Aku sedang memotivasi diri sendiri untuk bersangka baik dengan Tu...

Bukan semua mampu berjuang

Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa kecuali kesusahan dan penderitaan Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar Dan mempunyai ilmu yang memandu perjalanan hidup para pejuang Orang yang setia dan telah menjual dunianya untuk Tuhannya sahaja yang tahan Orang yang memandang Akhirat itu besar, dunia itu amat hina Yang mampu berjuang bukan macam berkelah dan piknik-piknik Berjuang adalah berkorban, berkorban, terkorban Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran, memerlukan kesabaran Berjuang adakalanya terbuang, tidak kurang juga ke penjara Kemuncaknya mati dibunuh orang Para pejuang bukan senang hendak setia dengan pemimpin Bukan mudah bersama pemimpin di waktu susah dan senang Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari be...

Puasa penuh rindu

Pagi-pagi lagi dah riuh rendah satu rumah semua sibuk bersiap untuk sahur. Maklumlah adik beradik ramai. Ada yang susahnya nak buka mata. Ada yang bangun-bangun je terus nak makan terlupa gosok gigi. Dah bergaduh pulak sebab orang dok bising mulut busuk. Nanti petang balik sekolah mesti ada aduan siapa-siapa yang tak puasa. Ada orang nampak dia makan bekal dengan kawan india/cina tepi bangunan sekolah. Habislah Abuya denda duduk dalam bilik air 2jam. Ada juga yang kena denda berbuka dengan tamar dan susu je. Tapi nanti dapat juga berbuka best akhirnya. Kalau kecik-kecik dulu sesekali dipanggil berpuasa dengan Abuya di Thailand/Singapore laaaagilah indahnya. Setiap hari Abuya tanya nak buka puasa apa. Mesti semua cakap nak burung puyuh goreng kegemaran seisi keluarga. Dapat duduk hotel. Makan pun sedap. Alah budak-budak..itulah hiburannya pun. Satu hal yang dah jadi seperti tradisi yang tak terlupakan..setiap kali lepas subuh Abuya akan kumpulkan semua anak-anak dan kami semua aka...