Skip to main content

Posts

Tuhan lebih tahu..

Tuhan lebih tahu tentangmu dari diriku. Maka,untuk dekat denganmu,aku harus dekat dengan Tuhanku. Kerana Tuhanlah yang memahamkan aku tentang siapa kamu. Aku tidak akan pernah mengenalimu jika bukan Tuhan yang membawamu kesisiku. Aku tidak pernah membayangkan bagaimana bentuk jalan yang akan ku lewati. Semuanya ku percayakan kepada takdir Tuhan yang maha mengaturkan. Aku tidak percaya dengan usahaku sendiri. Sebaliknya Tuhanlah yang memberikan segala yang terbaik yang kudapatkan hari ini. Maha besar Tuhan. Jarak yang sering berada diantara kita itu pun aku kira Tuhanlah yang mengisinya. Kadang aku adukan kepada Tuhan betapa hatiku kerinduan. Ajaib. Tuhan tidak pernah gagal dalam menghubungkan hati kita untuk tidak menjauh. Disaat aku punya banyak sekali hal yang ingin aku ceritakan,padamu,aku minta Tuhanlah yang sampaikan. Dan..setiap itulah aku sering mendapatkan jawapan. Tidak banyak yang engkau tahu apa yang ada dihatiku. Dan aku juga tidak pernah berjaya memberitahumu segala...

Hakim telinga busuk

Waktu kecil dulu kan biasa orang tanya,besar nanti nak jadi apa? Antara cita-cita waktu kecil saya dulu ialah hendak menjadi hakim. Entah macamana boleh terfikir macamtu. Padahal waktu tu bukanlah faham sangat tentang pekerjaan sebagai hakim tu. Tapi biasalah..budak-budak..cita-cita nak gempak je. Sekarang bila dah besar barula tau bahawa bukan senang nak capai cita-cita. Kalau taula macamni,waktu dulu cakap jela cita-cita nak jadi artis ke apa ke.. Yang kuat rasa nak jadi hakim tu tak silap waktu darjah 4 kot. Tapi bila satu hari dengar sape ntah cerita kata,kalau hakim tu tak adil,kat akhirat nanti telinga dia busuk. Erk?! Takutnya..terus dan-dan tak nak jadi hakim dah. Tak ingat dah waktu tu tukar cita-cita nak jadi apa. Pramugari kot! Sedangkan kalau fikir-fikir balik,memanglah setiap amalan jahat akan dibalas dengan azab diakhirat nanti. Bukan hakim je. Kalau kau jadi doktor,tapi tak beriman bertaqwa,sama jekan? Tapi pasal dengar ayat ‘ telinga busuk’ tu yang tak tahan tu. Ras...

Bila lelaki dipoligami

Bukan mudah untuk menjadi pengurus kepada sebuah restoran bertaraf 3 bintang. Lebih-lebih lagi kalau restoran itu dibuka diluar negara dan semua pekerja merupakan warga tempatan atau lebih tepatnya orang arab. Saya tidak memiliki sebarang sijil terkait pengurusan perniagaan. Hanya berbekalkan sedikit kelebihan bahasa arab dan juga sedikit pengetahuan terkait selok belok negara tersebut iaitu Jordan. Cukup mencabar. Tapi kerana saya yakin,kejayaan tidak datang dengan hanya kemampuan kita,tapi yang lebih besar ialah kemampuan yang maha hebat iaitu kuasa Tuhan yang maha mentakdirkan,maka saya ambil peluang ini sebagai satu lagi ‘sekolah’ yang mesti saya tempuhi. Bergelanggang di Restoran Qasr Lubnan membuatkan tiap hari saya termenungkan bahawa upaya kita sangat terbatas. Tuhan lah hakikatnya yang menjalankan semuanya. Kita tidak akan pernah boleh mendabik dada kerana sekali Tuhan cuit sahaja,semuanya boleh lenyap hanya dalam sekelip mata. Saya cukup bersyukur dengan kewujudan pekerj...

Minggu sibuk-Jerash

Assalamualaikum.. Minggu sibuk sudah bermula. Kembali bersama keluarga besar Bandar Ikhwan Jerash,Jordan. Seronok tengok adik-adik ni semakin masyi(sebati) dengan aktiviti masing-masing. Penambahan beberapa projek baru juga menambah meriahkan suasana disini. Terima kasih Tuhan kerana sentiasa melimpahkan rahmatMu keatas kami. Semoga kami mampu menjadi hamba yang bersyukur. Bila tengok ahli-ahli baru di bandar ni,bertambah terhibur. 2 ekor kuda,Ibrahim dan Hajar juga 20 ekor ayam membuatkan tak menang tangan hendak mengurusnya. Kesian juga tengok adik-adik yang dah semakin kurus. Maklumlah,muka bumi Jordan yang berbukit bukau ni membuatkan kami seolah berada diatas bukit dan dilereng-lerengnya. Setiap hari kena berlari kebawah bukit,dan mendaki bukit lagi. Mana tak pecah lemak semua. Hehe.. Kadang-kadang binatang-binatang dah sendawa kekenyangan,tapi orang tak sempat nak sarapan. Hai..naik lemak betul menatang-menatang tuh. Alhamdulillah..perjalanan restoran pun semakin lancar. S...

Lagu buat mangsa tsunami Acheh 2006

Satu pengorbanan mangsa Tsunami Terutama yang meninggal dunia Demi sampai beralihnya peta dunia dan wajah manusia Dari kegelapan dan kezaliman Kepada cahaya kebenaran Semuanya dikira cukup berjasa Masakan Tuhan yang baik akan mensia-siakan Pengorbanan dan kematian mereka Diterima baik oleh Tuhan Kini mereka bahgia bersama Tuhan disana Mati lemas mati dihempap Disisi Tuhan adalah syahid Bunyinya azab hasilnya indah Tuhan lakukan semua itu Sebagai penghapusan dosa Kematian mereka berjasa Mengubah dunia yang berdosa Kepada dunia yang sejahtera Ertinya semua tangisan itu Tangisan kegembiraan Lalu apa lagi mahu dikesalkan dan disedihkan Melainkan menunggu khabar gembira Yang pasti tiba Marilah bertaqwa kepada Tuhan Yang punya segala-galanya

Tsunami Jepun: Mesej dari Tuhan

Riuh rendah hiruk pikuk tunggang terbaliklah dunia akibat gempa bumi,tsunami dan akibat-akibat yang melanda Jepun hari ini. Kejadiannya tidak sebesar Acheh,tapi kesannya jauh lebih merbahaya. Berapa banyak negara yang turut terkena tempiasnya. Berapa banyak kerugian dilaporkan yang melibatkan negara-negara berkuasa didunia. Diwaktu ini,segala teknologi yang sekian lama dibanggakan,hanya mampu dibiarkan tenggelam,terbakar,hancur dan hanyut beserta penderitaan yang tersisa. Jepun dikenali sebagai negara yang cukup tinggi teknologinya. Bahkan Malaysia sendiri pernah mengambil dasar pandang ke timur sebagai menunjukkan kekaguman terhadap negara matahari terbit itu. Dengan kecanggihan teknologi mereka hingga mampu menjadi kiblat kepada negara-negara didunia,saya kira mereka terlahir sebagai satu bangsa yang sombong. Secara lahirnya orang-orang jepun ini lemah lembut dan kaya dengan adat dan kesopanan,namun,dalam hal menolak Tuhan,itu adalah dikira sombong yang paling tinggi. Apa ertinya...

Cinta tanpa syarat

Pernahkah kau mengalami satu perasaan cinta yang datangnya dari lubuk hati terdalam kepada seseorang? Rasa cinta yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hingga kadang menimbulkan rasa sakit didada. Cintakan seseorang dengan sepenuh hati hingga engkau sama sekali tidak mengharap balasan cinta darinya kerana engkau merasa tidak cukup sempurna untuk layak dicintai olehnya. Saban hari engkau berharap agar dia yang dicintai akan diberikan kebahagiaan oleh Tuhan selama-lamanya. Disudut hati engkau sanggup untuk melakukan apa saja,berkorban segalanya,namun hakikatnya egkau terlalu lemah untuk mengotakan keinginanmu sendiri. Tapi betapalah engkau ingin sekali nyatakan bahawa kelemahan itu tidaklah sampai menafikan kecintaanmu padanya. Hanya kerana engkau memang seorang manusia biasa yang punya seribu satu kekurangan yang belum tertampungkan. Kau panjatkan doa pada yang maha esa,nyatakan padanya betapa engkau sangat mencintai dia. Dan..berharap cukup Tuhan yang menjadi saksi cinta. C...