Skip to main content

Satun 13

Berangan memang indah,apa lagi angan-angan tu akhirnya jadi kenyataan. Baiklah.. Angan-angan itu merugikan kecuali disertakan dengan doa. Manalah tau akan dimakbulkan kan?




Macamlah waktu dalam tarhil kami selalu berangan nak pergi Thailand.. Bukanlah suka sangat dengan negara yang banyak ba alif ba ya tu tapi anganan itu akan muncul bila rasa jemu dengan makanan tahanan maka Thailand akan terus muncul dalam ingatan sebagai negara yang mengungguli bahagian makanan diiringi Indon dan Indon. Indon kena sebut dua kali!

Tiba-tiba bila ekspo barangan halal yang sepatutnya diadakan di Jitra telah dipindahkan ke Satun,Thailand  (menurut laporan akhbar yang tiada henti mempromosi),maka jadilah angan-angan itu sebagai kenyataan bila kami diberi peluang untuk ikut sama memeriahkan ekspo itu. Berderet-deretlah kenderaan Malaysia melintasi sempadan Thai lengkap dengan surat izin gabernor membawa barang-barang dari pelbagai tempat untuk dilonggokkan diperkarangan Tesco Lotus atau sebutan Thai nya ialah Tesco Lotat. Banjirlah Satun dengan rakyat Malaysia.




Ekspo barangan halal ini sememangnya diperlukan masyarakat yang kini semakin sedar tentang kepentingan mendapatkan makanan atau barangan halal bagi menempa hati yang baik. Halal bukan saja pada label,tetapi halal yang ditetapkan oleh Tuhan itu sudah tentulah halal yang juga dapat membersihkan hati dari segala kekotoran yang sudah mendarah daging.

Setelah selama ini hanya tengok dari jauh je kemeriahan ekspo-ekspo ni,bila kali ni Allah izinkan untuk ikut serta,macam-macam rasa ada. Termasuk rasa jakun. Tak taulah jakun tengok khemah ke,tengok pengunjung ke,yang pasti jakun tengok makanan. Ok.







Thailand mempunyai nilai sentimental tersendiri buat kami adik beradik. Dulu waktu kenit-kenit duduk Sg Penchala,tiap kali dengar nak pergi Thailand wahhh hati pasti berbunga-bunga. Mana taknya,Thailand waktu itu bermakna jumpa Abuya dan Ummu setelah berpisah berbulan atau bertahun lamanya. Hati kecil kami pasti tidak dapat membendung keseronokan itu. Dengan menaiki van kelabu WDE yang masih ada sampailah kini,gerak subuh awal pagi. Kadang jumpa Abuya Ummu di Hatyai,pernah juga di Phuket dan Chiangmai. Dan dari dulu juga muka yang tak pernah tiada ialah Cumad. Dari aku pendek sampailah dah tinggi lebih dari Cumad,tetaplah Cumad setia menabur jasa disetiap kunjungan kami ke negara gajah putih itu atau dikalangan kami lebih dikenali sebagai negara anjing bersepah sebab realitinya lebih selalu terserempak dengan anjing berbanding gajah!!

Tiga malam,tiga teater. Gabungan Generasi Harapan,Remaja Harapan (pemuzik) dan Khadam Harapan ini (baru Adib reka nama untuk anak-anak penari dia) memberi harapan kepada kami untuk menambah rasa takutkan Tuhan dan rindu Nabi melalui usaha kecil memberi saham untuk melihat islam terus menang. Abuya kata kebudayaan ni macam habuk je. Tapi habuk tu kalau banyak sangat,sakit juga mata. Teater yang asalnya berbahasa melayu tetiba nak tukar bahasa Thai memanglah kelam kabut. Bila kelam kabut,cemas pun datang. Bila cemas datang,kecutlah perut. Aku pun tak berani tanya komen orang tentang show kami. Takut nak dengar. Moga-moga dimasa akan datang dapat buat yang lebih baik untuk islam bersama mengekalkan rasa hamba tentunya. Ummu dari jauh tak putus-putus ingatkan untuk sentiasa kekalkan rasa hamba. Janganlah sampai semua yang dipersembahkan itu menghilangkan semua rasa-rasa kepada Tuhan. Tolong!













Walaupun meriah di Satun,jumpa macam-macam orang seperti kumpulan nasyid Ratu Syahadah yang sungguh rajin menyanyikan semula lagu-lagu Mawaddah,jumpa keluarga Mak Pah yang riang ria rejoice,suka nak tergelak dengar orang Thai cakap melayu,tapi ada sedih kecil dihati kerana belum direzkikan untuk buat show semeriah ini dinegara sendiri. Sayang rasanya mesej-mesej besar tentang Allah dan Rasul belum dapat disembahkan dihadapan rakyat dinegara sendiri. Pelbagai kesusahan terpaksa dihadapi. Kerana itulah hujan emas dinegara orang tetap lebih indah bila negara sendiri hanya menurunkan hujan batu!



Namun,perjalanan ulang alik Hotel Meesuk-Tesco Lotus sambil layan lagu Al Insyirah dendangan Musab sungguh menguras airmata. Bila dengar Tuhan sebutkan tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.. Sedihnya.. Macamtu sekali Tuhan dengan kita. Boleh main pujuk-pujuk. Aku yang dulu-dulu kaki merajuk ni tapi dah tak suka merajuk dah pasal takde sapa nak pujuk,terasalah eh.. Tuhan sudi memujuk ye.. Indahnya.. Ok promosi sesaat. Jangan lupa dapatkan album pembela quran yang akan berada dipasaran tidak lama lagi. Nanti kita layan lagu insyirah sama-sama..

Dengarnya ada yang nak bawak ekspo ni keliling Thai. Terharu bila orang luar menyambut semua ini dengan tangan terbuka sekali. Itulah hiburannya.. Tuhan sedang menunai janji kepada semua yang tiada henti menagihnya. Teruslah menagih dari Tuhan. Jangan rasa rugi. Kalaulah kita tahu betapa cintanya Tuhan dengan rayuan si hamba,nescaya kita tidak akan pernah berhenti memohon dariNya.

Selamat tinggal Satun. Tak payah nak selamat tinggal sangatlah!! Rumah tok dengan rumah Cik Nab tu naik kereta tak sempat tidur pun dah sampai. Insyallah bila-bila mai lagi. Dah berkeluarga dengan orang Satun ni lagilah. Agak-agak teringin moi Thai pagi-pagi tu singgahlah kejap. Nak gi sarapan pun kena cop pasport!




Terima kasih pada Cikgu,Bob,Kecik,Sy Zai dan sesiapa lagi yang dah tolong ketik gambar-gambar ni.. Korang yang lain tu kalau ada simpan apa-apa gambar yang berkenaan,sudilah share ye.. salam



Comments

Anonymous said…
Allahuakhbar .. Islam terus menang dan x akn kalah kalah lagi. Syukran
Unknown said…
Allahhuakbar2 islam menang...
Anonymous said…
Allahu Akbar,
Anonymous said…
Ade biji mate tertggl kat ats pentas....
Anonymous said…
Teringinnyerr nak ke sane..
Anonymous said…
Wahh,Tuhan buat kemenangan mcm R b'hijrah k madinah..Tuhan berikan kemenangan di Madinah,sebelum di beri kemenangan di Mekah..masih menanti kemenangan di Malaysia.."cuma masanya yg belum tepat,bila sampai nanti semua terperanjat"AAAP..
Anonymous said…
Erv' Indonesia menunggu giliran....amin
Anonymous said…
boleh tolong upload show di satun tu ke youtube..

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b