Assalamualaikum Kak Atiyyah yang dikasihi, semoga Kak Atiyyah dianugerahkan rasa takut setakut- takutnya pada Allah dan rasa betapa Allah tak pernah zalim di atas sikap dan dosa-dosa yang kita lakukan kerana merasakan Maha adilnya Allah akan semua yang dilakukan ke atas diri kita. Mohon keberkatan Mursyid dan Kekasih-kekasihnya. Ini sebahagian dari apa yang Wadud lihat sepanjang duduk bersama dengan Kak Atiyyah khususnya ketika Wadud berada di Jordan semoga Wadud dan Kak Atiyyah insaf dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat:- 1- Sangat tak menjaga syariat. Kalau pakai tudung mesti ada nampak sikit rambut sebab tak pakai anak tudung bahkan pernah ditegur tapi Kak Atiyyah kata tak selesa dan rimas. 2- Pernah keluar, Kak Atiyyah minta remaja perempuan keluar dari kenderaan Dodge dan tinggalkan dia dengan remaja lelaki kononnya ada hal penting yang nak disembangkan sedangkan sangat tak bersyariat kerana tiada mahram. Akhirnya berlaku maksiat. Kak Atiy...