Skip to main content

Posts

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Ramadhan bersama Pemimpin Hati

Salam Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah kian menuju ke penghujungnya. Aku pernah dengar orang cakap, tanda-tanda akhir zaman tu ialah bilamana masa dirasakan cepat sangat berlalu. Sebab dulu waktu aku sekolah rendah, nak tunggu cuti hujung tahun tu lama sangat. Jenuh tunggu. Tapi sekarang ni sedar-sedar je dah 2017. Rasanya baru je haritu 2015. Bila cepat masa berlalu, cepatlah juga umur meningkat. Tiba-tiba je dah 31 tahun. Rasa macam semalam baru je 18 tahun! Hmm.. Baru terfikir, apa yang aku dah perbuat dengan umurku di sepanjang 20an nya itu ye? Oh Tuhan.. Aku selama ni sebenarnya tak pernah fikir pun, tak pernah rasa besar pun nikmat berpemimpin. Hanya setelah benar-benar difahamkan oleh para pemimpin, lebih-lebih lagi pemimpin hati yang tugasnya mendidik hati, nak betulkan segala perjalanan hati, barulah nak belajar betapa mahalnya mendapatkan pemimpin dan pimpinan dalam hidup. Nak cari pemimpin yang boleh memimpin itu tak mudah, apatah lagi pemimpin yang boleh pimp...

Sayu.Pilu.Rindu Ramadhan

Salam 14 Ramadhan. Dah lama tak naik keretapi jalur Alor Setar - KL Sentral. Dan Allah rezekikan aku untuk menaikinya setelah kali terakhir berbuat demikian di saat harganya masih sekitar belasan ringgit dan kini harganya dah sama dengan tiket kapal terbang. Lamanya..  Merenung ke luar jendela, melihat pemandangan yang jarang dapat dinikmati. Pemandangan dari tingkap sebuah keretapi. Namun yang lebih besar dari itu, aku baru tersedar bahawa telah lebih 2 minggu Ramadhan berlalu meninggalkanku namun aku belum mengisinya dengan apa- apa. Hatiku masihlah seperti dulu. Ibadahku tanpa rasa. Puasaku biasa-biasa saja. Terawikh tidak pun menambah rasa hamba.  Oh Tuhan.. Di Ramadhan ini, oleh para pemimpin hati aku belajar lagi tentang keagungan bulanMu ini. Kau tawarkan pelbagai hadiah untuk si hamba dengan syarat mereka itu bertaqwa. Hadiah istimewa itu pula bukan calang-calang nilainya. Hadiah terbesar ialah mendapatkan keampunan Tuhan. Siapalah yang tidak mahu diampunkan? Den...

Ramadhanku

Ramadhan. Berpuluh tahun sudah Allah rezkikan aku menghadapi Ramadhan. Nikmat yang cukup besar. Tak terbilang. Lebih lagi tidak setimpal dengan apa yang sering aku persembahkan. Ramadhan kali ni sekali lagi aku menyambutnya jauh dari tanah air. Bukan hal yang tak biasa sejak tahun-tahun kebelakangan. Hal yang luar biasalah jika dapat berpuasa di Malaysia tercinta. Berada jauh di tanah inggeris,berpuasa untuk 19jam benar-benar memberi warna yang berbeza disudut rasa. Warna yang terlahir dek suasana lahir juga warna yang tercorak oleh suasana batin.  Oh Tuhan.. Acapkali Ramadhan disambut dengan amukan perasaan yang bercampur baur dan saling berlawan. Berlaku juga ujian-ujian besar dalam hidup di bulan suluk agung ini. Diatas semua itu,hal yang paling ditakuti ialah bilamana hati menyedari bahawa kejahatan selama ini nafsu lah puncanya memandangkan syaitan diikat kuat dineraka namun maksiat tetap berlaku jua.  Dapatkah sebulan penuh berkat ini memadam dosa sekian t...

Back to school part 2

Aku tulis lagi tentang salah satu kaedah Abuya didalam mendidik dan mengajar. Nak ulang lagi nih. Kisah Abuya mengajar tentang ilmu yang tinggi-tinggi tu dah semua faham. Dah semua tau tentang buku mengenal diri melalui rasa hati. Aku pun selalu jugak dah kongsikan disini. Tapi ini aku nak kisahkan bagaimana bentuk kami adik beradik belajar dengan Abuya dan mak-mak dirumah yang dah macam sekolah bahkan kadang-kadang lagi strict dari sekolah. Nak kongsi satu sisi lain dalam pendidikan oleh Abuya kepada kami. Moga-moga boleh jadi panduan untuk adik-adik dan anak-anak yang sedang dilatih menjadi pendidik ye. Banyak soalan tentang ni. Aku terpaksa jawab kat sini.  Orang selalu cakap yang kita ni macam tak belajar. Macam orang tak sekolah. Merata-rata. Muda-muda dah tunggu kat pasaraya kat kafe. Aku rasalah kan,kadang-kadang cara kita tu yang sebenarnya membuatkan orang merasa kita macam tak sekolah. Padahal Abuya Ummu adalah orang yang sangat menyekolahkan kita terutama kami anak-...

Back to school

Baiklah. Harini terasa nak menulis sesuatu menggunakan akal fikiran dan perasaan seperti seorang pelajar sepanjang masa dan seumur hidup. Ya sesekali akan berfikir dan berperasaan  seperti seorang tukang masak sepenuh masa bila kena masak buffet tiap-tiap minggu dan menerima tempahan kenduri kawin secara mengejut. Kadangkala seperti seorang mak bila nak tinggal anak-anak menangis sorang-sorang dalam kapal terbang sambil doa Oh Tuhan tolong jaga anak-anak aku! Berlaku juga bak kata Abbad bagaikan perilaku seorang nenek. Entah waktu bila! Tapi kalini marilah berbicara seperti seorang pelajar. Okay. Yang lebih khususnya ialah seperti seorang pelajar sekolah. Atau pelajar universiti. Aku bercakap tentang menjadi seorang pelajar dengan skop yang kecil saja. Yang sempat dan bakal disentuh. Tanpa menafikan kewujudan skop yang lebih besar yang boleh kita diskusikan dimasa akan datang apabila Tuhan mengizinkan. Sebab kalau Tuhan tak izinkan,berjam-jam mengadap blog pun tetaplah tidak d...

Sembahyangkah aku?

Apa agaknya yang berlaku pada hati para sahabat ketika sembahyang ye? Sampai bau hangit. Terbakar kerana takutkan Allah. Ada yang sejak dari ambil wudhu' lagi dah menggigil bahkan ada yang pengsan. Semua itu kerana didorong oleh perasaan takut yang teramat sangat kepada Tuhan. Apa pula yang berlaku pada hati aku waktu sembahyang? Bezanya perasaan yang dirasakan. Pening kepala,lebam mata menangisi diri yang belum mendapatkan rasa yang sepatutnya didapatkan oleh seorang hamba ketika bertemu Tuhan maha segalanya.  Aku tak bangga pun dengan sembahyang aku. Terlalu banyak pengkhianatan yang berlaku. Dalam sembahyang fikiran haru biru. Perasaan tak menentu. Bukan kerana Tuhan.. Tapi kerana berjayanya syaitan dan nafsu. Tuhan.. Aku pun nak juga rasa-rasa tu. Kalau mati sebelum dapatkan sembahyang yang agung,malangnya.. Neraka.. Nauzubillah Rezekikanlah aku juga.. Kadang aku bertanya,aku sembahyang,jumpa Tuhan yang sama,tapi kenapa rasa jadi berbeza? Yang sebenarnya,be...